Friday 2 September 2011

Entri Tiada Guna 2#

18SG ; Entri ini kurang sesuai pada mereka yang berumur 18tahun ke bawah. Mengandungi unsur seram , jijik dan ganas yang tidak keterlaluan.




Hari Raya ialah pesta yang kaya raya dengan makanan. Akibat hampir hesteria menghadap menu yang terbentang di depan mata dan melahap tanpa memandang kanan kiri , perut sakit mula mengambil tempat. Menuju ke kamar sepi untuk melepas hajat di hati. Hampir selesai.



Tugasan terakhir sebelum keluar , mahu flush. Rupanya tidak keseorangan , terkejut melihat seekor anak kucing di dalam lubang tandas yang dalam itu! Menjerit seperti dirasuk hantu kucing. Si anak kucing juga mengiau meminta tolong. Dua dua panik ! Seorang peyelamat tiba berlagak seperti catwoman. Angkat dan mandikan anak kucing yang sedia bernajis itu. Flush tandas. Misi selesai.


Watak utama ; Aku
Heroin ; Mak aku
Mangsa ; Anak kucing yang malang
Secret Weapon ; Hasil kumuhan hidangan di hari raya



Fakta serius ; kesian sungguh dengan kucing tuh. Sudah la terjatuh dalam lubang tandas , najis pula jatuh dibadan beliau. Wui ! Tak baik gelakkan orang , nanti terkena diri sendiri baru tahu.