Friday, 16 September 2011

Chocolate & Strawberry Pie


Hari ini, genap 18hari umat Islam menyambut Syawal tanda kesyukuran di atas berjaya nya mereka menunaikan puasa selama sebulan. Ada hati hendak beraya selama sebulan sekalipun puasa sekadar 20hari. Eh? Itu tanda aku seorang wanita yang subur dan normal. Dalam suasana menyambut Syawal , banyaklah pesta makanan, parti liar , open house dan kenduri diadakan. Part ini lah yang paling aku suka. Datang berbaju kurung atau ber kaftan seperti langsir terlekat dibadan, jalan berlenggang bajet ayu bersama perut yang akan diisi dengan pelbagai makanan berkolestrol tinggi percuma. Time ini lah juga kita dapat mencuci mata melihat jejaka kacak berpakaian baju melayu berserta sampin sedondon. Secara tidak langsung, aktiviti makan tanpa henti ini juga membuatkan saiz perut separas dengan dada.

Berat semasa Ramadhan ; 47kg
Berat semasa Syawal ; 45.5kg

Ajaib bukan? Makan seperti ada saka dalam badan, tapi berat semakin menurun.  Ah ! Tiada yang ajaib pun sebab weight scale di kaki lima Giant itu rosak. Mungkin ramai sangat yang guna. Membazir duit aku saja 20posen.


Berat sebenar ; 48.5kg

Tidak mengapalah , perut yang boncit itu tanda diri ku sihat dan gembira.



Untuk mengembirakan perut ku ini lagi , aku menghadiahkan beliau sehelai Chocolate & Strawberry Pie !









Untuk resepi kulit pie , sila semak kamus dewan bahasa dan pustaka. : Peanut Butter Pie / Peach Crumble Pie






Filling ;

1/2 cawan tepung gandum
2 biji telur ayam original dari ibu ayam
1/4 cawan gula pasir
sedikit esen vanila
2 bar coklat masakan
sedikit butter cap batu bata. Eh? Cap Halal Jakim la.
sedikit jem strawberry
buah strawberry segar dari ladang Tesco
sedikit glaze / jelly

Step 1 : Pasang movie Step Up sebagai halwa telinga untuk mengisi kebosanan semasa membikin pie ini.

Step 2 : Pukul tepung berserta telur ayam sehingga kembang. Pastikan telur itu telah dibasuh terlebih dahulu. Di permukaan kulit telur ada najis tahu? Hey ! Bukan telur tu.. telur ayam la.

Step 3 : Masukkan gula & esen vanilla dan pukul sehingga mereka sebati dan serasi bersama.

Step 4 : Cairkan coklat bersama butter. Cairkan secara double boiler. Boleh juga di cairkan di dalam microwave , oven , ataupun di bawah sinaran matahari.

Step 5 : Agak2 coklat tu hampir sejuk , campur ke dalam adunan tadi.


Step I : Sapukan jem strawberry di permukaan kulit pie.


















Step II : Masukkan adunan coklat tadi kedalam kulit pie.

Step III : Seksa pie di dalam oven selama 20 minit  atau hingga filling pie mengeras.

Step IV : Sejukkan. Sapu jem strawberry ke atas filling.

Step ? : Susun strawberry yang dipotong dadu dengan sesuka hati anda.



Step ? : Sapukan jelly / glaze ke atas tubuh badan buah strawberry supaya nampak berkilat dan berkilau seperti M. Daud Kilau.

Step ? : Sejukkan. Sedia di lahap hingga menjilat jari. Unless kalau anda feeling omputih makan dengan gadjet seperti sudu. Boleh jilat garfu / sudu. Aku makan dengan tangan je. hehe...




Fakta serius :  Roman numerals , selepas no 4 , aku dah tak tahu apa next nye. Itu pasal ada ??




Okay , lemak akan bertambah di bahagian perut.