Wah ! Creepy bukan tajuk entry ini? Ini kisah benar , tiada yang benar selain yang benar benar belaka. Pada tepat pada 12malam,hari Khamis malam Jumaat , aku dan 2 orang kawan ku yang mereka adalah bekas pasangan kekasih sonsang bercadang mahu pergi ke sebuah istana lama untuk menjejaki seekor roh yang tidak aman dan berkeliaran. Okay , aku tipu. Sebenarnya, kami pergi pada pukul 3petang. Hari Rabu. Istana itu mana boleh masuk waktu malam. Kellies’ Castle yang terletak di Batu Gajah , Perak banyak menyimpan kisah aneh dan menakutkan. Apa lagi? Usah biarkan hidup anda di selubungi mesteri.
Sebelum bertolak dari rumah aku , Olah dan Yana ( nama artis mereka ) melantak Strawberry Pie dan Pavlova yang aku telah bikin khas untuk perut mereka. Dan untuk memberkati lagi perjalanan , kami menunaikan Solat Zohor dengan niat Jamak takyah secara berasingan. Kami menjalar di jalan dengan menaiki Vios yang diseludup secara haram dari ayah Yana. Kerana kereta aku masih dalam bengkel untuk di cat. Hendak membonceng motorsikal, sit hanya untuk 2 orang. Dan Olah terlalu besar untuk dimasukkan didalam bakul. Dan takut juga kalau naik motor kesana. Nanti hantu bonceng ikut balik pula.
Istana Kellies atau lebih glamer dengan nama Kellies’s Castle, bukan jauh pun dari rumah aku. Hanya 60 minit jika menaiki kereta dan ambil masa setengah hari jika menunggang basikal. Nak laju sikit , boleh menaiki jet peribadi sewa dari TUDM. Aku ini nama sahaja lahir dan menetap di Perak , tapi selama 21 tahun , ini kali kedua aku membuat lawatan ke sini. Kali pertama datang waktu melawat sudah tamat kerana hantu2 disini mahu berpesta ketika malam menjelma. Sebelum masuk , caj yang dikenakan rm5 pada pelancong. Yana mula ragu2 semasa hendak menyerahkan MyKad kerana beliau ada bekas warganegara Scotland celup walaupun wajahnya seperti pelakon anak mami .rm4 jika anda berwarga Malaysia. Kanak2 yang belum akil baligh , masuk adalah percuma. Jika anda seorang OKU , separuh harga. ( tak silap aku la ) Olah mula la buat2 cacat seperti Usop Wilcha, namun, nampaknya lakonan beliau tidak menjadi dan tetap dikenakan bayaran tanpa caj tersembunyi.
berlari ke langit |
ibu2 tunggal sedang memikir masa depan |
Sedikit sebanyak yang aku tahu tentang sejarah Kellie’s Castle setelah buat kali pertama masuk ke istana yang haunted ini , ia adalah kesan peninggalan seorang mamat kelahiran Scotland , William Kellie Smith yang menyimpan angan2 mahu menetap di Malaysia. Namun , hajatnya tidak kesampaian berikutan ajalnya tiba dahulu sebelum istana ini siap dibina. Klise orang melayu ; kalau ada yang mahu minta rumah baru , itu tandanya dia mahu meninggal dan mahu kan rumah baharu. Rumah di alam barzakh. Itu juga lah yang berlaku pada Kellie Smith ini. Dan istana ini dibina khas buat isteri nya yang tercinta. Jika istana ini siap dengan sepenuhnya pasti kisahnya akan sama sahaja dengan kisah Taj Mahal dan bakal mencecah harga jutaan ringgit.
Sebelum menaiki anak tangga ke atas ,kami menelan pil mabuk udara dan membaca doa keselamatan. Istana ini walaupun tidak setinggi KLCC , namun ia sudah membuatkan aku rasa gayat hingga mengigil kaki semasa berada di puncak menara gading istana ini. Sudah lah tiada sebarang piawaian keselamatan , tangga begitu curam , ruang yang gelap dan sungguh menakutkan. Begitu banyak bilik dan ruang tanpa sebarang perabot mewah kerana hanya ada batu bata , tahi kelawar , putung rokok sebagai hiasan dalaman. Namun , kesenian masih terserlah sekalipun penuh dengan najis2 binatang dan juga orang. Eh?
Antara ruang yang kami lawati ialah bilik sembahyang. Kellie seorang yang Bergama Kalolik . Terdapat juga ruang tari menari , bilik tetamu , dan banyak lagi yang aku malas nak tulis. Tapi sebenarnya aku lupa. Yang agak menarik ialah ruang penyimpan stok arak dan mini bar. Tapi kami tak masuk pun dalam ruang stok arak itu. Hanya intai dari luar. Sudahlah gelap , menakutkan pula. Hanya Nampak rak2 penyimpanan sahaja. Nanti boleh la aku datang lagi dan bawa Barbican sebakul. Lepak di bar menakutkan dan minum sehingga pura2 mabuk sambil ditemani hantu2 disini.
Di koridor misteri inilah dikatakan roh Kellie berkeliaran tanpa tujuan. Ini kisah mistik yang diceritakan dari turun ke temurun. Tapi semasa kami datang , mungkin roh Kellie sedang melawat di ruangan lain. So , tiada pula kami Nampak sesuatu yang paranormal berlaku. Melainkan Yana secara tiba2 menutup pintu stor yang gelap gelita. Gila kau ! Menjerit aku seperti dirasuk. Seram okay ! Tak padan dengan hamil 2 bulan si Yana nie. Mahu saja aku memberi hadiah penampar jepun pada beliau. Tapi kelak aku akan didakwa melakukan kezaliman kepada ibu mengandung pula. Terpaksa batalkan niat keji itu. Tapi , tanpa kehadiran roh Kellis pun ,wajah mereka berdua sudah cukup menakutkan aku.
Selain menjadi port pesta hantu ,tumpuan lawaran pelancong , masyarakat tempatan yang mahu belajar sejarah , dan lokasi pengambaran Seekers, tempat ini juga dijadikan lokasi pengambaran , shooting pre wedding , dan model2 bertubuh seksi.
wanita2 kesepian..haha |
gaya mutu dan keunggulan |
bukti mereka bekas kekasih.hahaha |
Selepas hampa kerana tidak berjumpa dengan roh Kellie , kami pun beransur pulang. Hujan turun dengan lebatnya. Redah saja ! Habis basah DSLR aku yang bukan waterproof ini. Dalam perjalanan , kami singgah ke sebuah restoran untuk mentakadarah dengan lahapnya. Kami melantak di Nasi Ayam Nusantara yang berhadapan dengan Medan Gopeng. Hampa lagi. Nasi Itik Panggang tiada pula hari itu. Nasi Tomato bersama Teh Tarik pun okay la. Sedap juga bila masuk kedalam perut yang lapar seperti perut mangsa kebuluran. Mahu saja aku mengoder sepinggan lagi Nasi Tomato ,tapi bila ada mata2 yang memandang dengan penuh curiga , aku membatalkan saja selera besar ku itu.
Aku tiba di rumah dengan selamatnya tanpa sebarang penodaan berlaku. Berakhirlah sebuah penderitaan kerana didalam kereta mereka berdua tak habis2 bergosip tentang K-Pop , siap dengan aksi2 bajet comel oleh Yana. Terbiar aku keseorang sambil mnyanyi lagu Avril di dalam hati. Olah pula asyik berangan mahu melakukan aksi kurang bemaruah seperti dalam filem City Hunter. Entah la , aku pun tak tahu filem apa yang Olah ceritakan . Yang pasti , mesti ada babak2 yang 18SG kesukaan Olah itu.
Lensa I |
Lensa II |
Lensa III |