Friday, 9 September 2011

Peach Crumble Pie



Peach mempunyai kandungan Vitamin A dan C. Lagi elok jika dapat buah peach yang fresh. Tapi payah nak jumpa. Solusi ; pergi Giant , beli je yang dalam tin. Takde la segar mana pon sebab dah bertahun2 bertapa dalam tin itu. Tapi tetap best dimakan begitu saja!


Kulit Pie

  • 220g tepung gandum cap Sauh Kapal Titanic
  • 50g cornflakes di parut halus
  • 120g butter cap halal Jakim
  • susu lembu segar dari ladang ~ kuantiti bgntung pada tahap kelembutan doh
  • sedikit almond ground
  • sedikit esen vanila

    * Pukul butter dan gula sampai kembang dan sebati.
    * Kalau doh tu lembik , taruk tepung sikit..dan kalau doh tu keras macam batu , masukkan sedikit susu
    Resepi kulit pie sama je dengan kulit pie Chocolate Peanut Butter ini , cuma aku ada tambah sedikit Almond Ground. Sahaja suka untuk menambah rasa.



  • Pastu simpan doh dalam peti besi yang sejuk , selama 15 minit.

  • Keluar kan dan tepek atas pie mould anda. Saiz 9" / 10" pun dapat gak rasa nya.

  • Tikam permukaan kulit pie dengan kejam menggunakan sebilah garfu yang telah diasah dengan tajam.

Filling / isian pie

  • buah peach dalam tin dibeli di kedai runcit Giant
  • sedikit gula
  • sebiji telur ayam original dari ibu ayam
  • sedikit esen vanilla
  • 2 sudu whip cream


  • Step 1 : Pukul telur , gula sehingga kembang dan sebati , serasi bersama.
  • Step 2 : Masukkan whip cream dan esen. Sambung pukul mereka hingga lebam.
  • Step 3 : Susun buah peach dalam kulit pie tadi.
  • Step 4 : Curah isian tadi keatas buah peach yang telah disusun.

Crumble 
  • 1/2 cup tepung gandum
  • 1/4 cup gula perang dunia ke 2
  • sedikit serbuk cinnamon
  • 1/4 cup butter cap halal Jakim ( softened )

  • Gaul semua bahan mengguna kan tangan , guna kaki juga boleh. Tapi anda sorang jela yang makan hasil air kaki anda itu.
  • Jadikan ia crumble. Sejukkan sebentar didalam peti ais 3 tingkat anda yang dibeli secara ansuran di Courts.




  • Tutup permukaan pie dengan lebihan baki doh kulit pie.
  • Keluarkan crumble , tabur dan renjis dipilis crumble di serata bahagian atas pie.
  • Seksa pie didalam oven tanpa belas kasihan dengan suhu mencecah 180c sehingga pie kegaringan , keperangan , dan kecoklatan.



Sudah masak , keluarkan. Dan biarkan ia sejuk , kemudian barulah dipotong dengan penuh rasa kelaparan. Sedia di lahap dengan gelojohnya.
Semoga anda terpengaruh dengan resepi di atas.

peach crumble pie dicicah bersama Iced Peach Tea


Entri ditulis semasa badan mengigil seperti kena sampuk , hidung berair bagaikan budak hingusan , terketar2 seperti pakinson , membalut tubuh dengan posisi fetal dalam toto bukan toto nombor ekor.  Wui ! Aku demam la. Bulan ini sahaja dan 2kali aku demam. Pantang kena setitik air hujan , demam 2 hari , pantang kene aircond tahap beku , selsema tak henti2. Antibodi aku lemah. Kurang Vitamin. Bila demam , tak mau makan ubat, sebab ubat itu tidak sedap. Solusi ; aku ambil Scott's Emulsion 
(macam kanak riang je minum Scott , ah ! janji tak pahit. hehehe ) dan juga pil khayal Coscinium sebagai supplement. Eh , itu pil HPA la.