Saturday 13 August 2011

Aku Mahu Pil Bangun Tidur

Masalah aku dari kecil , susah hendak bangun pagi. Lagi2 bila Encik Subuh menjelma.
Memang tak pernah ada jodoh . Nasib baik aku kerja dengan family , kalau dengan majikan lain, mesti hari2 kene maki.


Bila aku buat alarm pukul 8.30am , mesti aku akan off dan sambung tido balik.
Takde penawar ke bagi penyakit misteri seperti aku ni? Kalau aku pergi jalani di Rawatan Darul Syiffa, barangkali mereka beri aku air penawar jampi ustaz jer.


Sungguh aku iri hati pada mereka yang boleh bangun awal pagi.
Mahu saja aku menghasut mereka untuk sambung tidur semula. Dah macam2 petua aku pernah amal, tepuk bantal la , baca serapah bomoh siam la , tido awal la , tido sambil berdiri la.
Namun , semua nya gagal belaka. Hampa kecewa !


Bila tabiat ni akan berubah !?  Asal terlewat je disebabkan tabiat buruk nie, mesti kena maki :
' Eni bodoh..eni bodoh..eni bodoh...' kata aku pada diri sendiri.


Saat entri ini ditulis , jam menunjukkan 6.19am , azan Subuh kedengaran.
Aku ingin solat Subuh buat sekian kalinya selepas lama ditinggalkan tanpa rela.
Mungkin Tuhan dengar bisikan kata hati ku.
' Sampai bila mahu solat Subuh dengan niat qada?' Maut tidak akan menunggu mu ~