Friday 12 August 2011

Puding Koktel



Petang semalam , macam petang2 yang sebelum nya. Aku buat2 rajin di dapur sambil menyapa ibu ku, ( yang pepel tu aku )

Mak , nak saya tolong apa2 tak?

Tak payah la..

Betul ?

Tolong doa je moga cepat siap masak nie.

Tu je? Okay , saya doa kat dalam bilik.
Eh ! saya mula memikir untuk buat sesuatu untuk berbuka nanti.

So , tugasan petang ini :
"Apakah dessert yang paling mudah buat pemalas seperti saya? "

Atas undian dan kata persetujuan oleh para pengundi tak berdaftar di Fesbuk  , aku akhirnya termakan oleh hasutan dan pujuk rayu Kak Yatie untuk membuat Puding Koktel ! Aku dengan segan silu membodek Kak Yatie resepi puding ini , namun beliau sekadar memberi nama2 bahan tanpa sebarang spesifikasi. Wah ! Redah jela.


  • 50 gram agar - agar
  • 2 cawan air
  • 1 cawan gula 
  • 1 tin susu cair cap tin
  • 1 tin buah koktel import dari pasaraya
  • Cawan yang canteek ( perlu ker? )

* Rebus agar - agar bersama air hingga lebur dan cair didalam periuk belanga di atas api gas.
( ada ke orang    guna api kayu zaman sekarang nie? ) hehe
* Masukkan gula , kacau hingga sebati dan serasi bersama.
* Masukkan pula apa yang patut iaitu satu tin susu cair. Susu je , tin tu boleh disimpan dan dijual.
* Kemudian , campur puding yang di masak tadi dengan buah2 an koktel berserta air nya. 



* Campur sebati dan masukkan ke dalam acuan / bekas / loyang / mangkuk ayun yang comel :)
* Sejukkan didalam peti ais 3 tingkat anda yang dibeli secara ansuran di Courts itu , tunggu hingga puding keras kejong.
* Sedia dinikmati time sejuk2 , ada buah2 koktel tuh , masam2.. masuk dalam tekak , Pergh ! memang tak ingat orang lain. Hahaha.. Saja je nak kurang kan pahala puasa anda dengan membayang kan apa yang tak sepatutnya. 
* Okay la , selamat memcuba pada anda yang termakan dengan hasutan dan godaan resepi diatas.


~ the end ~