Tuesday 23 April 2013

Hai. Apa Kabar?


Lama aku sepi,
mungkin ada yang menyangka aku sudah mati dalam berkongsi rasa dan cerita.
mungkin aku sudah jumpa jalan yang benar lalu telah bertaubat masuk jemaah Tabligh
pergi berdakwah dan tidak lagi mencarut dan mengarut di blog ini,
atau aku sibuk mencalonkan diri dalam PRU13. -- Oh tidak.
Kerana aku hanya pihak diatas pagar,
memandang mereka yang masing2 memperjuangkan ntah untuk apa dan pada siapa.
Yang terlalu fanatik hingga soal warna menjadi masalah.
Come on..hidup penuh warna warni kehidupan..
Enjoy it !


















Aku hanya pura2 tiada masa,
namun yang sebenarnya rumah sewa ku tiada internet,
Mahu berlagak guna handphone pintar baru hadiah dari kesayangan,
seakan tiada fungsi.
Wifi jiran2 semuanya berpassword.
Mahu ke cc.. terpaksa menumpang kasih kereta Zany, aku sudah lah tidak suka terhutang budi.
Kehidupan ku teruskan.. tanpa JGX tercinta, yang sudah 2 bulan di bengkel.
Aku claim insurans..jadi process nya agak lambat.
Sibuk juga buat persiapan untuk Battle of Chef di Penang Jun ini.
Setiap hari yang dilalui punya cerita sendiri,



Bangun.Mandi. Kelas.
Curi makan dalam kitchen. Namun masih berat badan masih ditakuk lama.
Suap belaan makan. Angel, Betta dan Tiger Bard.
Awang dah mati. Arwah baik semasa ia hidup. ( Awang adalah seekor kura2 )
Mandikan cactus. Koleksi dah bertambah. Boleh buka ladang lepas ni.
Parti liar.Gosip.Mengumpat.
Menangis. Gembira. Sedih dan  tawa..
namun harus senyum demi esok mula.
Hanya satu hal yang setiap hari buat aku rasa yang sama.
Kau buat aku sentiasa jatuh cinta..


1tahun 5bulan