Tuesday 21 August 2012

Ucapan Khas Aidilfitri 2012


Hari ini hari ketiga buat umat islam menyambut Syawal tanda bersyukur kerana berjaya berpuasa selama sebulan ( bagi lelaki normal dan wanita hamil atau sudah monopause) Namun, masih belum terlewat untuk aku membuat ucapan khas sempena Aidilfitri walaupun rata2 ramai yang sudah simpan baju kurung serta baju melayu  mereka didalam almari. Biasalah, kalau sudah pulang ke kampung halaman, dunia siber, akan disisihkan buat sementara waktu kerana mahu meluangkan masa dengan keluarga yang selama ini hanya dekat di Fesbuk,namun jauh dimata. Tambah pula dengan line 3G yang semput2, sibuk melayan anak saudara, dan membuat lawatan dari rumah ke rumah, memang tak sempat la nak bukak latop. Ini pun aku update blog di Panorama Hotel, Taiping. Aku sekeluarga bermalam kat sini sebab esok ada open house keluarga di Batu Kurau.

Sebagai seorang manusia biasa, aku takkan terlepas dari salah dan silap, dari caci maki dan mengumpat anda, jadi..aku memohon ampun maaf dari hujung rambut yang baru dipotong sehari sebelum raya aritu, hinggalah ke hujung kuku kaki ku.

Kepada bekas kekasih, musuh lama atau musuh baru, jiran sebelah rumah yang aku tak penah tegur, kawan fesbuk, dan follower di Twitter, ku pinta ampun dan maaf kalau ada tersalah kata dan tingkah laku.

Stalker, mana yang tersentap dan tacing dengan segala kata cacian yang telah ku lemparkan, kita kosong~kosong~kosong~ (sambil nyanyi lagu Najwa Latif)

Pengkaji resepi, andai kata ada resepi yang korang buat tak jadi, jangan salahkan aku,sila salahkan enjin carian sebab link kan ke belog aku ini.

Ma & Abah, i love u both damn much. Maafkan anakandamu ini, selama 22 tahun dibela dan dimanja, terima kasih atas segala kasih sayang, jasa dan wang yang diberi tanpa minta dibayar semula. Kalau minta bayar pun, aku takkan mampu.

Family sendiri dan mertua ( eh?) semoga raya kali ini kita sambut bersama dengan penuh kegembiraan dan hilai tawa sambil melahap segala jenis makanan hingga ada yang sembelit hingga terpaksa cari buah pisang utk melancarkan perjalanan proses di perut dan punggung ( in case kalau jadi cam Sha )

Especially Bella, Olah, Yam , Ateh, Along, Kak Ainie, Abg Hafiz, Abg Aswady, Encik B.O, kawan2 Da Blitz team, Izan, Kimi, Abg Dee, Wada, Abg Jay, Atip , Ard.. dan nama2 yang aku tak sebut,  tapi korang tahu sapa korang dalam  hidup aku, aku minta maaf kalau ada salah dan silap, pasni aku buat lagi. Hehe. 

Buat Honey
 "Mungkin dahulu terasa sepi, Hanya keluarga yang menemani
Tapi sekarang tidak lagi, Syawal kali ini ku tak sabar, Hati terasa berdebar-debar
Oh yeah..Diri sudah berpunya " ~sambil nyanyi lagu Yuna


Barangsiapa yang mengenaliku, dan tahu lokasi rumah, jemputlah datang..ada kuih raya percuma dan duit raya bagi kanak2 12tahun kebawah.


Selamat Hari Raya Aidilfitri ! :)