Monday 6 August 2012

Entri Jiwang ~Muhasabah Cintamu ~

Abg Hasnul tagged madah berhelah ni. Macam2 tau2 je adikmu ini tgh ada krisis dalaman. 
Thanks. By the way, kalau nak wat show berunsur islamic boleh invite beliau. Suara beliau enak sikit dari Mawi. Eh? sempat promo.Boleh add beliau di Fesbuk ---> http://www.facebook.com/diwani.nasheed/info

~Muhasabah Cintamu~

Jika sangsikan dia, tanyalah dia
Supaya ia mengungkai sangsi mu

Jika ada berita buruk tentangnya, kajilah
Supaya hati mu tidak salah menghukumnya

Jika ada berita baik tentangnya, senyumlah
Sebagai tanda syukur terhadap kesenangannya

Jika dia lebih dari kita, tumpang gembiralah
Itulah kasih sayang sesama

Jika dia benar-benar bersalah, doakan dia agar diampunkan
Agar tak sempat mengata dan menyulam umpat & kata

Jika kita bersalah dengannya, minta maaf saja
Itulah sunnah Rasul namanya

Jika dia bersalah dengan kita, maafkan dia
Nanti lembut hatinya untuk memohon maaf dari kita

Jika dia berdiam diri, kita tanya-tanyalah khabarnya
Supaya tidak putus rasa bersama

Jika dia jarang bersama mu, atau jarang bertanyakan kesusahanmu, ingatlah dia pasti ada kesusahan yang mungkin lebih hebat dari mu, hingga menghalangnya utk bersama selalu

Jika dia bermusuh denganmu, berbuat baiklah kepadanya,
Supaya lembut hatinya nanti InsyaAllah

Jika dia jelas menolak Mursyidnya, doakanlah dia peroleh kebenaran, agar dia kembali menerima Gurunya yang memimpinnya

Jika dia adalah aku, terimalah aku seadanya,
Sesungguhnya aku bukan insan sempurna

Jika dia adalah kamu, insyaAllah tiada yg terselit di hatiku terhadap mu, agar tiada tersekat hubunganku dengan mu kerana Allah... 

Jika dia yang kamu yakini tidak bisa berubah langsung pada hemat kamu, doakan sahaja kematian untuknya jika itu baik baginya dihadapan ALLAH, Agar dosa-dosanya tidak berpanjangan...

Agar tidak berterusan menderhakai TUHAN
Dan tidak berlanjutan menyakiti KAWAN...

Semoga bermanfaat @}----- ♥♥♥


P/s : Banyak benda nak citer, banyak hal nak kongsi.
Tapi..semua masih dalam draft. Nanti la. Bye.