Sebagai seorang yang suka mencemar duli dan makan free di majlis perkahwinan, aku tidak melepaskan peluang dan ruang untuk menghadiri kan diri ke majllis perkahwinan seorang kenalan aku yang mulanya hanya berkenalan di Facebook dan akhirnya bertukar menjadi kenalan untuk bergosip sambil berkongsi resepi2 rahsia. Gosip tentang beliau aku pernah tulis disini. Esya Qutiecakes adalah nama samaran bagi beliau yang anda boleh search di Facebook untuk ditambah sebagai rakan.
|
Esya & Zemy |
26 Mac 2012 adalah tarikh keramat beliau menamatkan zaman bujang dan sekaligus menukar status dari Cik kepada Puan. Berbekalkan perut yang kosong, aku sampai ke Seremban agak lewat. Hampir pukul 2ptg. Di fikiran ku masa itu membayangkan aku lah tetamu terakhir yang datang. Namun, aku bernasib baik kerana waktu itu pengantin baru sahaja bersanding. Mungkin mereka memang menunggu kedatangan ku.. aku terlupa yang aku adalah salah seorang tetamu penting di majlis itu. haha..
* ketawa awkward*
Biasanya benda pertama yang aku akan cari ketika datang ke majlis perkawinan selain melihat pengantin lelaki ialah misi mencari kek perkahwinan.Teruja aku melihat kek perkahwinan Kak Esya yang tersangatlah cantek dan aku percaya itu adalah hasil tangan beliau sendiri kerana beliau adalah seorang baker tersohor seantero Negeri Sembilan tapi bakal berpindah ke Johor selepas bergelar isteri. |
|
teruja!! |
|
cupcakes tower! canteeeekss..! |
|
doorgift comel |
Cuaca hari itu begitu terik, menyebabkan peluh membasahi pipi dan ketiak ku. Selepas berjabat mesra bersama Kak Esya, tanpa melengahkan masa aku menuju ke meja buffet untuk membaham sehingga terlupa untuk baca doa makan. Menu yang disediakan paling istimewa ialah Garlic Bread. Omputes gituew.
|
Garlic Bread :) |
|
hungry bird |
|
wajah gumbira kekenyangan |
Tiba-tiba datang seseorang yang wajahnya kurang ku kenali sambil tersenyum beliau menegurku, " Ni Ainie kan?" Aku tergamam seketika. Setahu aku, orang yang aku kenali di kenduri ini hanya lah Kak Esya dan Aben sahaja. Mungkin kah beliau salah seorang peminat rahsia ku yang meminati ku secara diam2? Atau seorang peniaga MLM yang mahu mengajak ku menjual gelang magnet? Dengan wajah penuh tanda tanya berunsur curiga aku bertanya kembali " Siapa ni yer" Ala.. ini Ellie la." Elle? Tidak mungkin Elly Mazlin mengenaliku. Ingatan ku berputar 360darjah. " Oh~ Kak Ellie Zafira." Beliau juga kenalan ku di Facebook yang mempunyai penyakit yang sama iaitu mabuk baking dan sawan spatula. Mujur Kak Ellie yang menegurku dulu, kerana sumpah aku tidak mengenali wajah beliau di alam nyata kerana sebelum ini kami hanya bergosip di ruang maya.
|
Ainie & Kak Ellie Zafira :) |
|
sedang seludup Garlic Bread ke dlm handbag |
|
tekun menulis karangan |
Sebelum meninggalkan majlis, aku sempat menyeludup 2 keping Garlic Bread kedalam handbag. Boleh juga dimakan didalam perjalanan pulang nanti. Kami meninggalkan majlis dengan kata2 berunsur doa dan diabadikan didalam guest book. Moga Kak Esya dan suami bahagia hingga ke akhir waktu. AMIN.
|
:) |
Amaran keras :
Kualiti gambar kurang memuaskan kerana hanya menggunakan hp Nokia 3310. Terima Kasih pada pencuri yang merembat camera ku. Kalau nak warranty card dan beg camera, boleh la pecah masuk ke rumah ku lagi.