Tuesday 27 March 2012

Konvensyen Bidadari Dunia_PICC



24hb dan 25 Mac lepas aku terpilih untuk menjayakan sebuah misi di Konvensyen Bidadari Dunia di Putrajaya International Convention Centre. Butik Saraya Zahret telah mendapat sebuah tapak booth dengan separa harga. Kot. Jadi, sebagai seorang senior, aku la yang menjadi mangsa untuk bertugas di luar. Event selama 2 hari itu adalah outsation yang paling jauh dalam rekod aku sepanjang aku kerja di SZ. Event kali ini adalah anjuran ILuvIslam dan Karangkraf.

we luv islam :)

Sepanjang event, takkan nampak sebarang kelibat wanita yang berpakaian mendedahkan aurat kerana semua nya memakai hijab Hana Tajima. Ahli panel yang dijemput juga semua nya hebak2 belaka tak terkecuali artis2 yang sudah pulang ke pangkal jalan seperti Wardina, Irma Hasmie, Nora dan Catriona Ross. Artis wanita yang tersohor di saentero Semenanjung Jawa , Ainie Syeema juga tidak ketinggalan berada disitu.


baby, me @ PICC
Sabtu,24hb
Selepas Qada' Subuh ( tipu) Seawal 8.30am , aku bertolak dari rumah  dengan membawa bekalan pakaian dan wang yang mencukupi selama 2 hari disana. Yang aku tinggalkan hanya lah tapak kaki dan kekasih hati. Perjalanan dari Subang Bistari ke PICC memakan masa hampir 1 jam kerana aku pergi dengan menongeng teman yang setia menemani ku dimasa saja aku pergi kecuali ke bilik tidur.. Oh~AGJ 1136. Hampir kebekuan aku di atas motor sepanjang perjalanan dari Subang ke Putrajaya melalui lebuhraya ELITE kerana cuaca pagi yang begitu dingin. Sampai di PICC tepat pukul 9.30am tanpa sebarang bantuan GPS kerana hanya berpandukan firasat rasa hati. Ceh~ padahal tengok signboard.

nite & day

Untuk hari pertama aku hampir mengalami sesak nafas dan memerlukan bantuan CPR dari Abg Aaron Aziz  kerana crowd yang begitu ramai kerana kami diserbu seperti artis fofular yang peminatnya berebut2 mahu mengambil autograf. Tapi apa kan daya, aku bukan lah seorang  artis K-Pop walaupun aku berbakat besar dalam tarian poco2.

awak..bile awak merajok,lagi awak comey,tahu?
sempat lagi ko..

ini baru artis u ols..with Catriona Ross!
Akibat kesibukan dan kesesakan yang melampau, aku sehingga terlupa untuk memuaskan nafsu makan. Sehingga pukul 4 ptg, baru tersedar dari lamunan dan barulah perut terasa begitu lapar seperti mangsa kebuluran. Jenuh aku pusing satu PICC tapi tidak ketemui sebarang gerai, booth mahupun pusat untuk ku melempiaskan nafsu serakah makan ku ini. Terpaksa aku keluar, untuk mencari sesuap nasi. Sepanjang perjalanan, timbul rasa benci aku terhadap Putrajaya. Giler kau..sehelai gerai atau restoran pun tiada. Yang ada hanyalah tasik..jambatan dan pejabat kerajaan yang dah memang sah2 tutup di hari weekend. Jauh aku mengembara berserta doa dan harapan. Dan akhirnya dapat juga aku menapau Nasi Goreng Umai di Umai D'Lake Garden,Putrajaya.

mangsa kebuluran
masa untuk membaham penuh lahap !

Selesai tugas pukul 11.30pm. Disebabkan outstation kali ini adalah yang paling jauh, aku terpaksa mencari port tidur di sana. Jadinya, aku telah prepare dari awal supaya aku tidak tidur merempat di bawah jambatan Putrajaya, mahupun melabur wang di hotel2 murah yang memang tak berapa nak murah disini. Untung bagi aku yang mempunyai kenalan dan kawan di mana2. Tibalah masa untuk aku meng eksploitasikan mereka. Haha. Untuk tinggal di rumah Kak Ainie di Bangi, jaraknya walaupun tidak jauh, tapi oleh kerana aku dah memang tiada tenaga untuk ke daerah lain, jadi aku membuat keputusan untuk tinggal semalaman di rumah Zuhaili atau nama nyah beliau Ely atau nama manja beliau El. Oleh kerana El adalah seorang yang berlainan jantina dengan ku, aku membatalkan niat utk tidur dirumahnya kerana aku harus menjaga wibawa ku sebagai Juara Ustazah Pilihan, jadi malam itu tidur di rumah awek beliau, Cik Ida di Presint 9. Selamat ko dah berpunya El. Hahaha..

nite @ pj 

Ahad,25hb
pagi di Putrajaya :)

Bagi mengelak aku kebuluran seperti semalam hari, awal2 lagi aku sudah mengisi perut di kedai mamak Presint 9. Sesungguhnya aku tiada pilihan lain walaupun aku tidak gemar makan di kedai mamak walaupun ada gosip liar mengatakan roti canai itu lebih enak jika dibuat oleh mereka yang berbulu lebat. Sungguh racist gosip itu bukan?

muke minta penampor! ~ Dimana ada aku,disitu ada kamu! :)
bos! roti telurr satu !

Alhamdulillah, hari kedua aku tidak keseorangan. Penyelamat sudah mari ! Disebabkan keghairahan oleh crowd yang tidak dapat dibendung oleh aku yang keseorangan , Jue terpaksa diculik dari butik untuk bantu aku di booth. Hehe.. padan muke ko Jue ( keji aku didalam hati..)


Abg Ya, Kak Yati n me :)
senyum keletihan :)

Selesai closing..12.30am. Perjalanan pulang harus dimulakan. Tiba di rumah tepat 2am. Penat dan lelah keringat ini hanya Tuhan dan katil sahaja yang tahu. Tapi semuanya berbaloi demi wang dan pengalaman.


wajah letih + marah 

Isnin :  Cuti ! Hoyeh ~ Tidur mati sehingga jarum jam 5pm.

Selasa : Badan masih lemah. Pagi , aku sarapan PCM sepapan! Waaaa!