Monday, 3 October 2011

LEARN TO LIFE 1#

Aku nak cerita pasal FHM 2011. Tapi nanti la.


Hari ini hari pertama aku kat sini. Aku tak tahu nak buat apa. Kerja masih belum dapat. Kerja yang aku dapat tempohari , terpaksa aku tolak demi masa depan yang lebih cerah. Daripada aku mati kebosanan di rumah  Angah akibat line maxis berokband yang hanya di tahap GPRS, baik aku ikot Angah menempel ke tempat kerja beliau di Avon Kota Damansara.Lagipun hari ini ada perlancaran produk terbaru Simply Pretty dari Avon serta ada jamuan makan. Ah ! Pantang sungguh aku menolak ajakan yang berunsur makanan percuma ini. Sementara menunggu program bermula, kerja aku hanya mencarut ringan kerana bermain Angry Bird di dalam bilik sepi.
Oi ! Babi punya babi !! ( sumpah seranah aku terhadap si babi pencuri telur )

Barisan gadis Avon > Kak Laila , Kak Syima & Angah


Sebelum program bermula , aku merajinkan diri menolong apa yang patut seperti tolong tengok , tolong makan dan tolong meniup belon. Walaupun hakikat sebenar , aku adalah seorang penakut belon. Terpaksa hipokrit sebentar demi menjaga airmuka ku di khalayak ramai. Antara acara yang menarik minat ku , demo masakan dari Chef Wan.  Nampak benor bohong nya ( nada Usop Wilcha ) Okay , ada pertunjukkan cara memakai makeup  dengan betul persembahan dari makeup artist terkemuka, ZulFazli Suhadi. Walaupun aku kurang dalam  bidang seni kecantikan, benda sudah ada depan mata, layan sahaja lah.

Abang ZulFazli. Baru balik Paris u ols! Ada bau Paris Hilton!


Selepas itu , secara tiba tiba , aku ditarik oleh seseorang untuk dijadikan mangsa dalam pertandingan solekan. Aku merelakan wajahku dinoda oleh produk kecantikan Simply Pretty dari Avon. Ternyata aku sudah curang dan belot terhadap Nutrimetics. Produk Simply Pretty seiras seperti Simply Siti. Namun , harga Simply Siti sangatlah mahal nak arwah  dan disertakan oleh gossip liar yang mengatakan produk Simply Siti itu kurang halal. Namun, berbeza dengan Simply Preety yang mampu dimilki oleh segenap masyarakat tanpa mengira jumlah wang di saku anda. 

Penculik > Kak Frina
Dalang dan Juri > Abg Zul
Mangsa > Aku





























Juri tetap adalah Abg ZulFazli. Alangkah bertuahnya aku pada hari ini kerana tanpa diduga , aku menerima hadiah saguhati berupa buku solekan ‘ Cantik dengan Sentuhan ZulFazli Suhadi. Pemenang utama menerima sebuah beg jenama Polo Original berserta  kad waranti selama berapa lama aku tak tahu. ( nada cemburu ) Terima kasih kepada Kak Frina atas kesudian nya menculik aku untuk dijadikan model sambilan beliau walaupun aku tidak dibayar sesen pun.



Menu istimewa petang itu , macam2  yang aku malas nak tulis. Tapi yang menawan hatiku ; Kek Coklat Moist !!! Aku makan seperti mangsa kebuluran ! Jujur , aku sangat rindu En Mixer , Encik Tepung , Encik Oven!! Selesai majlis , sekali lagi aku terpaksa berlakon rajin dengan mengemas butik  Avon itu dengan penuh kepuraan. Manalah tahu ada antara tetamu yang hadir mahu mengambil mereka sebagai pekerja di syarikat mereka. Balik rumah pukul8.30pm,tapi sekadar singgah di luar rumah kerana Angah terus membawa aku menuju ke rumah Kak Ika kerana ada jamuan sempena parti liar hari jadi Sabrina.

Lewat malam , pulang dengan penuh keletihan. Tidur bersama nada dengkur yang kuat.