Wednesday, 7 September 2011

Parti Tanpa Maksiat Bersama Keluarga Di Aidilfitri 1432H

Ibu aku adalah seorang anak yatim piatu. Secara tidak langsung aku juga adalah seorang cucu yatim piatu. Tiada atokanda dan opahanda. Kerana mereka telah pulang ke alam barzakh beberapa tahun yang lepas. Atas kerana ketiadaan atok dan opah , keluarga sebelah ibu ku kian jarang berjumpa dan tinggal bersama dibawah satu bumbung ketika menyambut hari raya. Namun untuk tidak merengangkan kasih sayang yang sedia terjalin , setiap tahun kami akan mengadakan sebuah parti liar atau family gathering secara islamik dengan bertemakan tahlil dan kenduri arwah. Seperti tahun yang lalu , pada hari raya ke3 parti itu diadakan di rumah peninggalan pusaka nenek moyang yang agak creepy. Ditambah pula dengan Syawal yang menjelma , kemungkinan hantu raya juga pasti turut sama berhari raya.



Selain keluarga ,  saudara mara , turut dijemput jiran tetangga dan juga geng masjid iaitu ahli2 Pas dan Tabligh. Owh~ Nampaknya tiada aksi racist atau rusuhan berlaku walaupun prinsip politik kita berbeza. Perbezaan politik kita simpan ke tepi demi perpaduan ummah di bulan Syawal ini.





Kanak2 girang yang belum akil baligh sedang gembira bermain bola diluar , namun di dalam rumah pula mereka sedang tekun bermain Plants Vs Zombies.



Selesai majlis tahlil dan bacaan yassin , hujan turun dengan renyainya. Hujan itu rahmat.
Tapi bukan Rahmat Kedai Runcit.





Tukang masak diimport dari Penang. Cuaca yang sejuk kerana hujan renyai membuatkan perut  masing2 seperti perut mangsa kebuluran. Hingga tiada berlaku sebarang pembaziran.





seisi bergosip


perebutan hak penjgaan Aina berlaku antara Abg Zainal vs Pak Chu

Akhirnya , kemenangan berpihak pada Pak Chu. Segera melarikan Aina dengan menaiki sebuah motosikal curi.


W.A.J.A.H










kembali pulang ke tempat asal ku..