Tapi kali ini , ini memang kerja gila.
Part I :
Malam itu , aku gaduh besar mereka. Punca nya? Tak payah la aku bagitau , nanti kamu ( aku ) nangis. Basah latop kamu . Susah. Dan malam itu aku tidur dalam keadaan bersedih dan menyedihkan sebab sedih. Mungkin salah aku juga. Forgive me. Gimme some space to think deeply. Maybe i need sedikit waktu untuk merenung kembali diri.
Aku tersedar pukul 10pagi. Entah tak pasti bila masa aku melelapkan mata. Bangun , mandi. Dan packing baju2. Sumbat dalam beg. Tak banyak pun. Yang penting seluar dalam yang memang wajib tukar. Kadang2 aku ini lemah pundi kencing. Perfume , berus gigi, wallet , Handphone ( aku off ), Latop dan DSLR. Tak lupa, barang kemas sikit. Kot terdesak , boleh aku gadai di Kedai Emas Poh Kong.
Aku bukan lari dari rumah. Aku cuma mahu keluar sebentar. Untuk mencari ketenangan diri. Aku sudah 21. Mampu fikir sebaiknya. Jadi aku takkan lari dari masalah. Aku memandu tanpa arah tuju. Tidak siapa yang tahu dan perlu tahu. Tapi sekarang aku dah bagitahu. Wang di poket cuma ada rm245. Di Maybank hanya rm70. Sadis. Mahu kemana?!! Aku memandu dengan had kelajuan yang selamat. Cuma 70/kmj. Kereta belakang nak potong , silakan. Aku tiada mood untuk berlumba di saat jiwa sedang lara seperti lakonan Neelofa dan suami Lisdawati yang rambutnya di rebonding dalam drama Jiwa Lara.
3 jam memandu , kaki ku berhenti menekan minyak disini. Macam tak percaya ! Ini kerja gila tahu?!
Takpe lah , dah alang2 sampai , rehat sebentar bersama Passion Fruit Tea + Rendang Puff. total : m11. Mahal tahap antarabangsa ! ( muka aku ni ada gaya muka pelancong ke wui? )
Aku perlu solat. Niat jamak takhir, Zohor Asar. Bukan jamak takyah okay! Kubah masjid atau surau tak kelihatan , yang ada cuma patung berhala Hindu dan Tokong Ular Cina. Masakan aku perlu menukar agama di saat genting ini , atau solat didalam kereta sambil berbaring atau juga sengaja tinggal solat tanpa bersalah? Tak boleh jadi. Perjalanan berhenti di Brinchang. Ada hotel bajet. Rm60/ per nite. Di bawah ada pub cina yang ada bau arak yang memabukkan berserta set karoke untuk mereka yang terkeluar dari audition Malaysian Idol. Merimaskan. Cari la hotel lain. Terserempak dengan Hotel Remix. rm70/per nite untuk standart room. Mahal rm10 jer. Namun , agak selamat dari cengkaman manusia yang meragukan.Check in. Solat . dan salin baju. Mandi? Memang tak la. Kat sini cuaca sejuk giler. Aku tiada bau badan. Usah risau.
Pukul 6ptg. Aku keluar , berjalan sendiri. Menuju ke Butterfly Farm & Insek
( sengaja typo). Tiket masuk dewasa rm5.
( sengaja typo). Tiket masuk dewasa rm5.
Terasa seakan lebih bahagia bila bersama haiwan2 ini.
Pukul 9malam , aku kebosanan dan kelaparan. Harus keluar mencari sesuatu untuk dibaham. Aku search di Google port makan malam yang best di area Brinchang ini. Antara yang menarik hati : Restoran Nik Ikan Bakar. Hanya tapau untuk makan dibilik hotel. Terasa seperti ada mata2 yang memandang pula bila aku keseorangan disitu. Jika anda seorang yang mempunyai nafsu makan seperti harimau kelaparan , dan bersama pakej ketidaksabaran , usah makan disini. Kerana pelanggan mereka sangat ramai hingga sudah tidak dapat beza antara pelanggan dan pelayan. Maka nya , order anda hanya akan sampai selepas 30minit - 1jam.
Malam ini , cuaca sungguh sejuk. Disebabkan aku memang tidak ada plan untuk ke sini , aku hanya membawa stok pakaian yang nipis texturenya. Sejuk mengigil tahu? Sudah la air cond bilik hotel ini tiada suis. Atau mungkin kah itu sejuk semulajadi? Jika mereka yang datang bersama pasangan sama ada suami isteri , kekasih ataupun pasangan sonsang , boleh la melakukan aktiviti yang boleh memanaskan badan. Aku pula keseorangan , hanya mampu memeluk bantal dan bergulung dalam comforter seperti kepompong sambil melayari internet ditemani tv LCD yang hanya ada 5 channel. Tahu apa yang ada dalam fikiran aku malam ini? Bukan lelaki. la wui! Kotor sungguh otak kalian. Aku mahu unggun api. Sejuk......!!
Jam menunjukkan 5.45am. Aku masih belum mengantuk. Otak masih berfikir. Hati masih mencari ruang dalam mencari sebuah keputusan. Kesejukan ini juga aku menjadi malas. Hanya melepek atas katil empuk , remote tv ditangan , dan komputer riba di riba.
Part II :
Tersedar pukul 7 pagi. Lihat di cermin , bibir kering dan pecah. Mungkin sebab cuaca begitu sejuk membeku. Kalau hari2 aku kat sini , boleh mati kekejangan. Pukul 10 aku siap2 packing barang. Sudah masa untuk aku membalikkan diri ke rumah. Aku mandi dan menyucikan diri dengan meratakan air di seluruh badan. Okay , aku tipu. Aku tak mandi pun. Sejuk tahu? Usah risau , perfume Hope kan ada.
Suasana pagi di Brinchang , Cameron Higlands.
Keluar mencari sesuap nasi. Sorry , I tak makan mamak. Sebab mamak pun tak makan i.
( tangan di dada , mata keatas ) So , kena cari restoran Melayu. Food Court di Brinchang.
Nasi Lemak dan Teh Halia rm3.50
Selepas mentakadarah , aku menghiburkan diri ke Rose Garden.
Tiket masuk ; rm5
Terdapat patung hiasan sebagai penyambut tetamu. Boleh juga diguna pakai sebagai gadjet beribadat mengikut fahaman agama masing2. |
Walaupun nama sahaja Rose Garden , tapi roses banyak yang kucup dan tak cukup makan. Taman ini sesuai untuk mamat2 rempit yang suka guna ayat klise ; "Luar Nampak ganas bro , dalam hati ada taman."
Untuk mereka yg pecinta alam dan kanak2 yang baru nak belajar sains , boleh la berkunjung disini untuk menambah ilmu didada.
wajah jiwa pasrah |
Disebabkan aku lone ranger. Terpaksa aku set timer 10second. Sadis. Sudahla , usahla ketawakan aku. Aku bukan rancang pun nak datang sini.Mahu minta tolong mamat2 bangla yang menjadi tukang kebun disini , aku kurang yakin pula.
Pukul 12 aku pulang ke hotel dan check out. Sempat mengucapkan selamat tingal pada awek yang jaga reception. Jujur , dia sangat comel. Kalau aku lelaki , mesti aku ngorat dia. Dan kalau aku lesbian , pasti aku berlagak macho dan melamar beliau jadi pasangan aku.hahaha… Gambar dia tak de pula aku candid. Nanti kalian akan ‘ click right > save as > dan bawa pergi bomoh siam untuk di mandrem pula.
Tip untuk beliau yang comel ; rm10
selamat tinggal bilik 204. |
Singgah sebentar di Kea Farm. Pada mulanya aku tidak mahu beli apa2 sebagai bukti aku kesini. Namun , aku tewas oleh naluri wanita yang suka berbelanja hingga lupa diri. Aku beli roses la, strawberry la , jagung la , tea la dan coklat. Jumlah boros ; rm76
Selamat tinggal CH , Pahang yang membawa seribu ketenangan , dan aku pulang membawa satu jawapan.
Perjalanan ;
Pergi ; Tapah > Cameron Highlands
Pulang ; Cameron Highlands > Simpang Pulai
Minyak kereta ; rm30 ( pergi balik ) Aku naik kancil wui !
Melaui jalan Simpang Pulai lebih selamat dan tidak terlalu curam berbanding dari Tapah. Jika anda kurang mahir dalam keadaan jalan yang seperti ular kena palu, dinasihati supaya anda berjalan kaki atau menumpang kenderaan Orang Asli yang bermaustatin disitu. Sampai rumah , kaki ku sungguh sakit , kereta manual tahu?
Aku mahu rehat. Esok mahu ke KL pula ! Mahu membawa diri ke FHM 2011.
Kali ini , aku tidak lone ranger lagi. See u there guys !
candid / Gopeng |