Monday 8 August 2011

Ada aku kisah? Ada.. sikit.

Aku buka akaun Fesbuk , aku cuma ditagged oleh sindiket penjualan jamu lambat tua , skim cepat papa dan wall aku dah jadi macam papan iklan sepanjang lebuhraya PLUS utara selatan. Tiada komen , tiada mesej . Akaun Twitter? Aku tak nak buka. Aku buka akaun Myspace, tapi gagal ! Aku lupa kata laluan rupanya. Tidak mengapa lah , aku dah biasa. No pin ATM pun aku selalu lupa. Tapi aku tak kisah , sebab status akaun Maybank aku : sungguh menyedihkan. Takde orang sayang aku ker?


Aku cuba pula cek sms di telefon bimbit ku. Sebentar ! Aku ada telefon ker? Aku sungguh alpa. Kadang - kadang aku terlupa yang aku ada telefon  , dan lupa yang aku adalah orang penting syarikat.


Pagi itu , sebelum adik aku pulang ke MRSM Kulim bersama Kek Batik , beliau sempat mengambil kesempatan keatas kelemahan aku untuk bangun awal pagi dengan menukarkan henpon aku dengan henpon beliau. Cuma , aku tersedar masa dia salam tangan aku sebelum pergi. Aku rasa la..tak tau plak kalau aku mamai. Mungkin minta restu. Mungkin.


Aku tak pasti jenama henpon ini , Nokia kot. Takde OS , takde 3G , aku tak kisah kalau guna hendpon takde 3G , sebab aku tak penah buat 3G. Kesian kan? Gadis kesunyian memang camnie. Aku tak kisah kalau guna henpon baling anjing. Bak kata kutukan abang aku. Pelik , kenapa nak baling kat anjing? Anjing pandai  main henpon ker?



Aku tak kisah semua itu , yang aku kisah , mana pergi cover belakang henpon nie?!! Sungguh memalukan, !
Maaf kawan -  kawan kalau jika kalian tidak dapat menghubungi aku sejak kebelakangan ini , aku sedang mengumpul dana untuk membeli sekeping henpon baru.



Switch off , simpan dalam almari






Kali ini ..




aku betul - betul buat - buat lupa yang aku ada sebiji henpon .