Sunday 19 June 2011

Facebook --> Face to Face

Zaman skrg nie, hampir semua orang , tak kira lah pak cik2 yang sudah mati pucuk , makcik2 yang menopause , serta kanak2 riang yang belum akil baligh sekalipun. Rata - rata semua telah memiliki akaun sosial paling faymes ciptaan Encik Mark Zuberg ( aku salah eja ni ) iaitu Facebook. Utk menambah kenalan FB anda boleh add aku --> ainie syeema  ( cara cara nak promote diri ) hahaha.. :)






Bila dah ada Facebook , mesti lah ada list kawan ( nama pon laman sosial )
Ada segelintir penduduk FB yang hanya mjadikan senarai kenalan mereka di FB sebagai koleksi peribadi. Padahal sebenar nye..satu ekor pun ko tak penah poke mahupun berjabat salam.!
Tak kurang juga mereka menjadikan FB sebagai pusat kasino dgn bermain judi yang halal.
Bercucuk tanam di Farmville dan juga bercita2 besar dengan mencipta cafe maya di Cafe World!

Antara kawan2 di alam maya FB nie , ramai juga mereka yang aku kenal ...telah aku berjumpa secara 'live'
Ini lah diantara kenalan maya yang aku sempat berjumpa , bersekemuka , dan berpelukan mesra ! Ada juga yang tak sempat dirakaman kan wajah mereka . So , aku taruk mana yg ada dalam koleksi peribadi sahaja.




                                                          21.11.10 / Kampar


Bersama Erra Kyra ( bukan nama penuh )
Lokasi perjumpaan di R'nisa Bake House , Kampar tempat aku bertugas dulu ( skg kedai tu dah dirobohkan oleh pihak berkuasa )
Gadis kelahiran Kuala Lumpur ini telah memilih utk menjadi pendatang izin dengan berkahwin dengan seorang cowok gantang dari Jakarta dan kini beliau menetap disana.
Wanita yang berkebolehan berutur dalam bahasa Jawa ini ,bukan calang2 budak kecik ok ! ( she's 20 ) semasa entry ini ditulis. Mempunyai sebuah butik peliharaan sendiri di Jakarta yang diberi nama manja --> Errasz Boutique. 

Model tak berbayar ini sedang mengayakan salah satu dari blaus cantek yang dijual di butik beliau.Jauh import nie..masih kekal lagi bau aroma udara kota Jak di baju tersebut sehingga kini ( tipu)
p/s : aku beli dengan harga beratus2 ribu tau !! ( rupiah )

~the end~



                                                          27.03.11 / Teluk Batik


Sepetang bersama Encik Shaiful Izwan ( bukan nama sebenar )
Diulangi : beliau tiada kena mengena dengan mangsa liwat --> Shaiful Bukhari mahupun Izwan Pilus walaupun beliau boleh berkaroke tanpa henti selama 20jam !
Sewaktu gambar ini diambil mngunakan camera hp Nokia 3310 aku , ini adalah kali ketiga pertemuan aku bersama jejaka al kacaki ini.Atau nama saintifik nya ialah Encik B.O. Punca beliau dipanggil En B.O oleh ku , kekal misteri sehingga kini.
                             Jejaka yang berusia 27 tahun ini bukan sahaja pakar dalam melempang bola bowling  mgunakan tangan kanan ( aku kalah sokmo ! ) , dia juga berbakat besar dalam dunia baking dan cooking . Beliau yang bekerja sebagai Ahlong di sebuah bank , pernah memecahkan rekod dalam sebuah rancangan  realiti tibi , MasterChef  dengan menjadi peserta pertama yang di undi keluar oleh juri profesional gara2 terlalu hebat dalam dunia masakan ! Bravo senor !
Bercita - cita untuk memiliki sebuah kilang pai halal dan sebuah pusat karoke tanpa maksiat , beliau juga membuat kerja sambilan di masa lapang dengan memburu lintah bulan dan kemudian dijual pada pengemar makanan eksotik.


~ Lemon Meringue Pie ~
Hasil air tangan beliau.Hebat bukan? :)
Beliau sempat meluangkan masa utk mbikin pie ini semasa aku berkunjung di Kelantan pada Feb lalu. TQVM !

~the end~



                                                          11.6.11 / Seremban

Malam pertama bersama Cik Esya Qutiecakes ( nama fb beliau ) 
Ini kali pertama kami berjumpa selepas beliau tanpa segan silu meng add aku sebagai friend di FB. Sejak itu kami sering beramah mesra , berkongsi pendapat dan sesekali mengumpat tanpa niat.
Setelah mengenal  hati perut masing2 , aku memutuskan untuk berjumpa beliau di rumah nya di Taman Tasik Jaya , Senawang . Niat sebenar aku ke rumah nya ialah ingin mgepau kek coklat moist beliau  dan mencuri secara senyap2 resepi kek tersebut . Tetapi hampa.. aku cuma disambut dgn pelukan manja dan dijamu dengan Dominos Pizza. Layan jela ~


p/s : perasan tak ? aku memakai baju yang sama semasa berjumpa en.Bo dan Kak Esya? haha..
dah macam uniform rasmi utk perjumpaan kawan maya jer :D
~ the end ~

12.6.11 /Nilai
Wanita hebat yang di dalam gambar ini adalah , Kak Ida seorang teacher cengei yang mgajar di sebuah sekolah khas pekak dan bisu di daerah Nilai , Nogori Sembilan. Beliau yang mengajar subjek bahasa penjajah yakni bahasa omputih , sangat berbakat dalam bidang jerit menjerit terutama apabila berhadapan dengan permata hati beliau , Siti Maisara dan Mohd Afdal atau nama timangan nya Si Kacak.Beliau juga mempunyai ilmu pertahanan diri yang tinggi seperti sepak tajang dan silap mata .
( ayat klise yang selalu diluahkan pada ku ialah --> " nak kene tajang nie "
Ganas bukan?

Inilah dia Si Kacak yang aku cerita kan di atas. Sempat juga dia memetik bunga dan mhadiahkan pada ku sebagai kenang kenangan sebelum aku berangkat pulang !
Dalam hati ada taman woo..

~ the end ~