Monday 24 September 2012

Plants Vs Zombie Rentung

buku rujukan

Jam menunjukkan 3.27am, aku masih lagi merajinkan diri di opis di Serdang. Biasa disaat ini kalau dirumah, aku telah berpelukan enak dibuai lena. Namun, disaat orang lain sedang beradu, aku sedang gigih mencari sesuap nasi demi anak tekak dan anak2 kucing dirumah. Cis, intro nak syahdu jer. Lepas raya haritu, aku menjadi penganggur terhormat dirumah. Daripada aku enak saja dirumah, jadi surirumah, makan pakai Laling tanggung, baik aku menolong beliau membanting tulang. Sekarang kami sedang gigih menyiapkan research dan rekod lanskap di taman2 perumahan sekitar Puchong under MPSJ. Bagi aku tender ini agak gila sebab kena siap kan rekod details segala jenis tumbuhan berserta ukuran di sekitar 10 taman perumahan dalam masa 10 hari. Tugas ini agak mencabar, kesan dari berjemur di bawah sinaran matahari, tona kulit aku sudah bertukar lebih kurang sama dengan tona warna kulit Aben. Haha. 


Seronok sebenarnya kalau kerja outdoor ini. Boleh mengular, lepak2 dating dekat taman. Tapi bila dah dekat dateline, masing2 mula mengelabah, pulun sungguh2 supaya tak deathline. Bila jumpa jenis2 tumbuhan yang boleh dibaham, kami rembat sahaja sambil minta izin dalam hati. Sekarang pula musim buah, tebu, jambu air, mangga, buah asam jawa, ciku dan segala jenis buah buahan tempahan yang halal dimakan kami rembat melainkan buah halkum dan buah chest. ( nak taip chess sebenarnya ) Untuk ukur ketinggian pokok, ada gadjet khas jenama Bosch yang digunakan. Tapi aku tak pandai pun guna, jadi semua itu diserah pada Laling. Tugas aku hanya catit nama pokok, ambil gambar dan kira jumlah. Tapi tugas tak terhenti disitu sahaja, selesai semua kerja di site, pulang ke opiz kena siapkan report pula. Bos sudah lah kuat membebel, tak padan dengan rambut kena dapatkan rawatan Yun Nam Haircare, tapi anggap saja masuk telinga kanan, keluar telinga kanan balik. Tak masuk dalam2 pun. Aku sekarang dah macam mabuk pokok, pantang nampak pokok ditepi jalan, secara automatik aku akan ingat nama saintifik mereka. Nama sudah lah pelik2.


Penat kerja ini 2 kali ganda dari kerja biasa. Rumah pun aku tak sempat kemas, baju pula kena hantar dobi, memang takde sempat dan tiada tenaga nak basuh. Tambah pula dengan tekanan dari boss, memang aku agak stress. Tapi stress itu hilang bila kerja kami asyik mengilai dan ketawa saja. Dari mula perjalanan ke tempat kerja, hingga lah pulang di lewat malam. Kalau ada nampak, 2 orang gadis merempit sedang terkinja2 di atas motor dari Kota Damansara ke Serdang, itu kami lah itu. Tapi kalau dah 7 hari kau ketawa, akan ada satu hari yang kau akan diam, dah hari2 hadap muka, naik menyampah pun ada. Aku pun tak pernah terfikir wujud juga kerja buat inventory pokok ini dalam dunia ini. Macam tak masuk akal sahaja. Biasa dengar, tanam pokok, tebang pokok, racun pokok. itu biasalah kan. Memang dalam dunia ini banyak kerja yang pelik2. Asalkan ia nya kerja halal dan pendapatan nya akan membuat kan aku mengheret Laling ke IKEA hujung bulan ni, aku layan saja.