Friday 17 August 2012

Puding Jagung 1st Ever !



Malam itu selepas berbuka di rumah Bell, aku amik keputusan untuk tidur satu malam di rumah beliau. Lagipula, di rumah sewa aku hanya tinggal aku sorang sebatang kara. Tam dah akhir2 Ramadhan baru ingat pada keluarga dan pulang ke kampung halaman beliau di Rawang, Aben pula macam takde rumah sendiri, pergi menyeludup masuk secara senyap2 di rumah kawan beliau untuk menumpang tidur. Jarak antara rumah Bell di Subang bukan jauh pun. Kalau Bella kentut pun aku boleh dengar bunyi nya melalui telefon. Perjalanan hanya ambil masa 5 minit sahaja jika memandu secara berbahaya dan melanggar lampu merah.

Selepas masing2 kekenyangan selepas melantak Maggi Goreng dan Biskut Oreo, kami menonton movie Wanted yang dah berapa kali ulang di TV3 sambil mengunyah Super Rings bersama air soya. Satu kombinasi menu yng macam tak berape nak kena. Tiba2 Kak Diya selaku kakak kandung dan bodyguard Bell menghasut aku untuk membuat Puding Jagung. "Esok jela' kata aku sambil buat2 tidur kerana malas. Hehe. Akhirnya memang aku betul2 tertidur sebelum ending movie Wanted. Tak dapat nak lihat aksi Wesley balas dendam.


Keesokan hari nya, baru lah aku merelakan diri untuk membuat sebuah puding jagung buat pertama kalinya dalam hidup. Sebelum ini hanya tahu makan sahaja. Hehe.. Barang2 semua nya telah diborong oleh Kak Diya, jadi kerja aku hanya buat saja. Selepas membaca doa masuk dapur, aku pun memulakan operasi.

Resepi aku sukat guna mata saja.

* 1 cawan tepung custard
* 1 cawan susu cair
* 1 3/4 gula pasir
* 3 cawan air
* 1 tin jagung manis
*  sedikit esen vanila ( optional )

.

* 1st sekali, panaskan air sehingga mendidih melebihi 100 darjah Celcius diatas dapur gas. Kalau gas habis, nak guna dapur kayu pom boleh.
* Masukkan gula , dan biar ia larut malam~ talakucah cah..
* Then , masukkan susu cair, kacau hingga lenguh tangan.
* Masukkan jagung manis. Lagi best kalau guna jagung manis yang tak berapa nak hancur. Sebab bila kunyah, ada bunyi krup krap.. Ohsem !
* Masukkan tepung custard. Tepung ni rupa macam tepung jagung, tapi ia warna kuning + oren. So, jgn salah beli okay.
* Kacau hingga pekat dan likat. Sampai dah tak larat dan malas nak kacau. Tutup api.
* Masukkan dalam bekas atau apa jua acuan yang anda suka. Aku guna mangkuk jer.
* Simpan dalam peti sejuk anda sehingga keras kejong.
* Boleh dipotong dadu, potong nipis2. Sukahati anda la. Yang penting boleh dihadam !


Actually this is my 1st ever Puding Jagung. Main taram jer. Komen juri, rasa ohsem ! Okay, rasa riak sebentar. Cuma wajahnya agak huduh  kan? Takde seni langsung Hurm, Lagi berapa hari je lagi dah nak raya, tapi persiapan satu apa pun aku tak buat sebab aku nak beli semua bila balik Perak nanti. Sebab tak payah keluar duit sendiri. Hehe. Atas nasihat kawan2 terutama Da Blitz team, better i move on from this situation. Tak berbaloi hadap wajah yang tak berapa nak straight ni. Lagipun i have a choice, and i'm deserve better. Pagi tadi aku dah pass resign letter kat Mr Andy. 24hours notice. Giler. Kalau company nak hold salary aku pun aku tak kisah. Aku dah tak hadap pun duit tu semua. Then, balik raya nanti, aku angkat la semua my personal stuffs. Go back to my hometown, start my new life, ( actually back to my old life) continue my carier, my real soul, far away from pressure, from debts,craps,shits, and back to my happy life, back to my room, my bed! freedom, can spend money sesuka hati, can eat semua jenis food halal yang aku starving, can buy anything i want, layan nafsu shopping cam raja. Rindu benda2 tu semua. I deal with my own sadness. Its okay, paling kuat 2minggu je pun kalau nak mental, nak merana, pastu life must go on, n enjoy the moment. My next mission, cari duit banyak2, nak beli semua gadjet2 baru, hp, dslr, lappy, tablets, & foods!! Focus on my own carier, daftar balik masuk baking class, bukak balik recepi books, perah otak cari idea for a new cakes design, trial and error, habiskan masa dating dgn encik Oven malam2, yang sepi dan sunyi. Semua tu kepuasan, sebab itu je jiwa aku. My true happiness.

Tapi bila nak mula ballik, semua tu bukan mudah.
Punca, HATI.
pesan penaja : Rokok itu membahayakan kesihatan  tenaga  lahir dan  batin anda.