Wednesday 8 August 2012

Dates Pancakes



Aku  ini bagai dilahirkan dengan perut yang menerima makanan yang berasaskan tepung sebagai makanan ruji. Mungkin masa kecik sudah disumbat dengan tepung. Maksud aku susu tepung. Natijahnya, aku ketagih pada makanan berunsur tepung, lagi2 kalau roti, cake, dessert dan segala jenis makanan sebenarnya. Cucur pun boleh membuatkan aku gian, lagi2 kalau cucur udang hasil air tangan Ma.
* gulp, sudah kurang pahala puasa.


Entri kali ini ntah yang keberapa yang melibatkan kisah Pancakes. Cuma ada sedikit kelainan kerana aku menambah beberapa biji kurma tanpa biji didalam aduan pancakes ini. Sebenarnya aku tak berapa minat untuk makan kurma begitu saja. Waktu berbuka pun kadang2 kurma dipinggirkan sebab popia basah itu lebih mengiurkan. Jadi , untuk tidak membiarkan kurma terdampar di meja makan sebagai perhiasan rumah, baik kita eksploitasi kan nya dengan cara yang sihat.


Bahan bukan terlarang yang digunakan :
  • 2 cawan tepung gandum cap Sauh. Bulan lepas punya tak habis2 lagi.
  • Susu
  • Garam
  • Baking powder (kalau guna tepung masuk bakul angkat sendiri ( self-rising flour, tak perlu guna baking powder)
  • Sebiji telur ayam
  • Beberapa helai kurma. Aku guna kurma yang dapat percuma hadiah dari bos, imported from USA. Sejak bila USA ada pokok kurma aku pun was2.


* Seperti gambar rajah diatas, tepung diayak dahulu menggunakan penapis kopi. Biasalah, rumah bujang, semua alatan boleh di dapur multi purpose kan. Seperti pisau digunakan untuk menebuk tin susu, lesung batu boleh digunakan pakai untuk mengetuk paku di dinding, dan pelbagai lagi alatan yang boleh digunakan mengikut kreativiti masing2.

*  Kemudian campurkan tepung bersama susu, susu apa pun boleh guna melainkan susu ibu sebab tiada ibu dijual di pasaran. Eh? Aku guna susu tepung Anlene + susu pekat. 

* Masukkan baking powder, aku masukkan main agak2 jer. Iskh2..

* Masukkan garam sedikit. Bagi rasa lemak berkrim dan disukai ramai.

* Pecahkan telur dan masukkan ke dalam mangkuk. 

* Cincang halus2 tanpa belas kasihan kurma yang telah dibuang bijinya. Nak masukkan sekali dengan biji pun takpe , nanti boleh pokok kurma tumbuh dalam perut anda. Cis! Ini usikan yang selalu aku kena masa zaman aku ada akal dan ilmu dibawah paras kerak bumi, bila mengadu kat abg aku tertelan bijii manggis, mesti dorang cakap, " Siaplah kau, nanti kena opret sebab pokok manggis tumbuh dalam perut kau. Haha. ( ketawa keji ) Semenjak kejadian itu aku cukup berhati2 bila makan manggis, takut tertelan biji.

Yang hitam itu kucing sedang melintas. Nama dia Akon.

*  Campur semua bahan dan gaul sehingga sebati. Nak lagi mudah dan cepat tapi menambahkan takrif bil letrik anda, boleh gunakan blender dan blend semua nya hingga hancur lumat.

*  Panaskan kuali leper, kuali melengkung pun takpe. Aku guna kuali melenkung je. Tu pun kuali rembat kat rumah Umi. Hik..Hik..Kalau guna non stick pan jenama Fetal yang mahal tu, tak perlu la untuk gunakan sebarang pelincir. Tapi kalau org bujang macam aku ni pakai kuali pinjam, kena letak sikit minyak atau butter atau marjerin untuk mengelakkan ia melekat.

* Kemudian, masak pancake sehingga garing keperangan. Untuk dapat kan saiz yang sama, anda harus guna senduk yang sama dan kuantiti yang sama. Buat kerja harus bikin seni sikit hookay. Kalau malas tapi nak jugak dapatkan bentuk yg sama bila diukur oleh bakal ibu mertua, boleh guna acuan yang org buat goreng telur mata kerbau tu.

* Boleh dihidang bersama syrup, caramel sauce, madu, choc sauce atau susu pekat.Atau enak juga dimakan begitu saja. 

Menu utk dibaham semasa iftar Dates Pancakes + Mekdi Chicken Foldover.
Snickers tu wajib. Thanks Honey :)