Monday 16 July 2012

Kenduri, Baby dan Lily

Pejam celik , pejam nasib baik celik lagi 4 hari umat Islam seluruh dunia yang sudah disunat dan akhir baligh wajib menunaikan ibadah puasa. Termasuk lah aku yang baru terkocoh2 nak ganti puasa. Kemudian , buat2 lupa berapa jumlah hari yang patut diganti. Hari minggu lepas, aku telah mencemar duli di majlis menyambut kedatangan Ramadhan di kampung Aben di Melaka. 2 kali ayah telefon ingatkan aku supaya jangan lupa balik. Maka, diwajibkan ke atas ku untuk pergi makan free di kenduri itu. Akibat gila meraban tunggu Tam Tim Tom membuta sebentar, kami bertolak dari Kota Damansara menuju ke Masjid Tanah pada pukul 2 pagi menaiki seekor kancil kesayangan ku yang nama timangan beliau " Baby" .Sepanjang perjalanan, aku nyenyak tidor di sit belakang berpelukan dengan Moi.


Kenduri ini dibuat sekali sempena cukur jambul anak perempuan sulung Kak Ngah Pikah, ex school mate aku dulu. Kakak pada Tam Tim Tom. Anak saudara pada Aben. Masa zaman study di Labuan dulu, aku cuma rapat dengan Kak Pika. Tam aku kurang kenali dan memang aku tak nak kenal pun sebab masa dulu sebagai seorang junior yang mempunyai ramai kakak angkat dan abang angkat, adik pada jejaka hot di skol, aku hanya berkawan berdasarkan paras rupa dan wang disaku. Haha. Gila kasta dan racist. Tapi sekarang aku pula yang jadi mangsa buli Tam, ada je benda dia nak cari pasal dengan aku. Mungkin mahu membalas dendam kerana aku berlaku sombong dahulu. Ala, Honey dulu pun aku pernah reject. Hehe.. But people change. Me either. So, dunt judge me by my past.



Unik nya di kampung Aben ini , tradisi gotong royong masih dikekalkan. Boleh la menyaksikan makcik2 kampung bergosip dalam loghat Melaka. Juga berpeluang untuk mengusik makcik2 yang mampu melatah 100 patah perkataan dalam 6 harkat bila dicuit pinggang nya. Hehe. Berbeza di tempat aku. Even nak buat birthday party pun akan guna khidmat catering. Ma juga tak terkecuali bila mahu buat open house dirumah, siap ada list catering kegemaran beliau. Mungkin faktor masa menjadi punca. Nway, disebabkan ia program gotong royong, aku diwajibkan merajinkan diri menolong apa yang patut seperti membasuh pinggan mangkuk dan menyeludup puyuh goreng secara senyap2. Nanti Kak Ina nampak, kantoi pula. Sebagai seorang yang bernafsu makan luar biasa, mana tahan kalau tengok saja. Jika mahu tunggu waktu membaham,kompem habis dulu dan hanya tinggal tulang dan kulit saja.

Selesai majlis, kami menuju ke Tanjung Malim hantar Fatin balik UPSI. Sudah lah Fatin kena masuk sebelum 10PM, gegas aku drive seperti Abg Michael. Aben pula membuta saja di belakang bersama Moi. Tapi laju mana la sangat Baby ku itu. Bawa 120/km sudah rasa melayang di awangan. Hantar Tam dahulu ke rumah tumpangan beliau dan teruskan perjalanan. Dari tol KD 8.35pm , tiba di UPSI 9.10pm, kesian baby ku.. bekerja keras demi tuannya. Ailebiyu..Sebelum pulang, singgah sebentar di Danau Kota, disitu lah aku dan Honey berjumpa dengan Akon dan Lady Gaga. Nanti lah aku cerita. Setibanya di rumah, semerbak mewangi menusuk ke hidung. Adakah para malaikat bertandang di rumah semasa ketiadaan kami? Oh tidak! Rupanya my beautiful lily dah kembang! 4 hari aku tunggu kau. Cantek ! :)

u're so beautiful..
Rindu buah hati ku, Marimar. Rindu dengar dia jawab bila kena tanya ;
" Sape name Mar?' she says :"Aye! "