Chapter 1#
Disini , aku belajar tinggal di flat. Jujur , selama 21 tahun , ini kali pertama aku tinggal kat rumah yang tinggi melangit , boleh jumpa macam2 jenis orang. Kawasan yang agak menakutkan bila malam menjelma. Sampah merata, busuk. Jujur , itu membuatkan aku jadi seorang yang paranoid. Bila tengok lelaki yang meragukan ,mungkin beliau acid-spalsher atau perogol bersiri. Bila tengok perempuan yang aneh, mungkin beliau seorang GRO atau ibu ayam versi manusia. Lagi merimaskan , ada manusia yang tak reti nak beza kan antara tandas dan tangga. Sudah besar, masih kencing merata. Itu mesti kerja lelaki kan? Kalau perempuan nak kencing di tangga , susah2 je nak kene cangkung pastu jaga line lagi.
Semua ini harus aku hadapi , sebab ini jalan yang aku pilih. Aku tinggalkan kesenangan untuk lebih mengenal erti kehidupan. Lagipun , aku sekarang masih tiada pendapatan. Oh..dimanakah lowongan~
Chapter 2#
Aku sudah dapat kerja. Assistant di Saraya Zareth. Sebuah butik ekslusif dan mewah penuh dengan design baju yang giler2 cun. Harga pun cun. But no wonder , kualiti fabric sangat terbaik dari ladang Korea dan Japan. Pada anda yang tinggal berhampiran , boleh lah berkunjungi sambil bermain mata dengan ku di butik ini, terletak di The Strand, Kota Damansara. Rutin harian aku , cleaning > invertory > Qc> layan pelanggan.> tailoring. Mujur aku ada dulu ambil sijil dlam bidang fashion & tailoring. Sekurangnya aku ada basic dalam bidang ini.
Chapter 3#
Aku dah mula pergi kerja dengan menjadi hantu bonceng. Motor Yamaha LC Black Maria aku pinjam dari Ady. Member kacak ku dari yang tinggal di Selayang. Jadi , bermulalah kehidupan aku dengan menjadi ‘ciloker’ di tengah jalan ibu kota. Bukan celaka okay !
Saat traffic KL sesak yang amat dasat dalam perjalanan dari Kelana Jaya menuju ke Kota Damansara, aku akan menyilok di tengah2 barisan kereta. Perrgh! Serius ! mula2 cuak giler. Sebab even aku ada motor di rumah , tapi agak lama juga aku tidak membonceng. Disini terpaksa pula aku menunjukan aksi2 yang begitu ekstrem. Jalan di sini menyebabkan aku menjadi seorang yang berani dan keji.