Friday 19 August 2011

Chocolate Lava Cake + Vanilla Ice Cream



Kek Coklat Lahar atau nama glamor beliau , Chocolate Lava Cake ialah sejenis makanan halal dalam kategori pencuci mulut yang wajib dimakan ketika masih panas.
( warm dessert ) First time aku menikmati dessert ini semasa lunch di Secret Recipe sehari sebelum SR disabitkan atas tuduhan produk keluaran mereka didapati kurang halal dan mempunyai unsur meragukan. Selepas disiasat , rupanya tuduhan itu hanya lah sekadar gosip liar. Makanan di Secret Recipe akan jatuh haram jika kita memakan makanan dari SR yang dicuri. Tapi , bagi mereka yang masih ragu , usah gundah gulana, dunia belum berakhir. Anda boleh menempah sebarang jenis kek di
R'nisa Bake House. ( ceh , sempat promo )


Demi mengubati ketagihan pada Lava Cake , aku pun berguru dengan Chef Rive. Beliau sempat berpesan , " U jgn upload gambar I kat Fesbuk tau. I ni ramai peminat "
Aku kurang percaya kata2 itu. Kemungkinan besar beliau banyak berhutang dengan Ahlong. Kot. Demi menghormati permintaan terakhir beliau sebelum kami berpisah, aku hanya upload di blog. Blog dan Fesbuk tak sama kan.hehehe..

kisah sebenar : muka aku yang wanted !



Bahan yang diperlukan :

  • 180gram coklat masakan / dark coklat compound
  • 200g butter cap halal jakim
  • 5 biji telur ayam original dari ibu ayam
  • 2 biji telur kuning
  • 350gram tepung brownies mix*






    * Brownies mix ada dijual di kedai basikal. Eh , tak.. kedai yang menjual bahan2 kek. Brownies mix boleh diganti dengan tepung kek , tapi hasil dan texture kek anda akan sedikit berbeza.


Langkah - langkah ;


  • Cairkan coklat menggunakan kaedah double boil sehingga cair spenuhnya. Jika tiada gas dirumah , boleh cairkan di dalam microwave atau pun di bawah sinaran mentari.

  • Masukkan telur , telur kuning dan butter di dalam sebiji mangkuk yang bersih. Pukul sehingga sebati.

  • Masukkan pula tepung brownies dan di akhiri oleh coklat cair tadi.

  • Pukul hingga sebati dan tidak berketul2 ketul.




paipkan di dalam paper cup. Boleh juga menggunakan mangkuk tahan meletup seperti ramekin


siap sedia untuk diseksa ke dalam oven pada suhu 170c / 180c.
Bakar selama 13minit SAHAJA.
Namun , tetap bergantung pada saiz badan dan jenama oven masing2.
Asalkan bahagian atas nya sudah kering , boleh la diangkat.


sementara tunggu kek ini masak , sila jawab teka teki ini ;

~ Dalam banyak2 cup , cup apa yang tidak boleh di guna?



salah tu..





cuba lagi..



okay , jawapan nya... Cup Krun Krap , Sawadekaaaap ! hahaha 
( okay , tak kelakar pun )



selamat dimakan ketika masih suam.
Boleh disimpan didalam peti ais , tapi perlu dipanaskan semula sebelum dimakan untuk mengekalkan lava mengelegak di tengah kek ini.



fakta serius : saya seorang penagih tegar kek ini. Lava nya yang mencurah2 ditengah + texture seperti brownies yang smooth inside dan terasa indah bila dinikmati bersama aiskrim vanilla !!


Selamat Mengemokkan diri seperti saya ! :)


Amaran : Larva dan Lava ialah berbeza. Sila ulangkaji buku Sains Tahun 6 untuk mengetahui apakah itu lava dan larva.