Salam Ramadhan, hari ini sudah masuk 11
hari kita berpuasa. Bagaimana dengan puasa anda? Berjaya kah anda mengharungi
saat getir disaat melihat kesejukkan air fresh oren apabila iklah Peel Fresh ditayangkan
di televisyen anda? Atau anda telah pom menimba pengalaman menaiki van mayat
mengelingi kawasan setempat,akibat kantoi ketika anda sedang beratur drive thru
di Nasi Ganja, Ipoh. Eh? Bersabarlah, saya faham.. tengok air akuarium pom
boleh tergugat iman didada, ini kan pula air soya cincau sejuk.
Seperti Ramadhan sebelum2 ini, hobi aku
masih suka mengupdate belog dengan memasukkan unsur2 makanan yang mengiurkan
dan mengugat nafsu makan anda. Ini entry makanan pertama yang sempat aku masukkan berikutan aku kesibukan menguruskan
bisnes keluarga ku. Ceh, dah macam sajak pula. Iklan sebentar, bagi pengedar
dan pelanggan R’nisa Bake House, tempahan bagi biskut raya telah pom
ditutup. Namun, bagi mengelakkan anda
mengigau dimalam hari akibat terlewat, stok biskut di kedai kami masih anda
untuk anda borong tanpa mengikut hasutan hawa nafsu.
Pavlova adalah sejenis dessert yang
berasaskan dari meringue. Sejarah dan
hikayat tentang Pavlova, telah aku explain dalam entri ini --> Pavlova telah pom aku kongsi sebelum ini, tapi resepi kali ini aku seludup dari Chef
Azmil masa belajar dahulu. Takde la dahulu sangat sebab aku baru habis belajar
tak sampai sebulan. Hehe.
Resepi Pavlova :
Egg white ; 3 nos
Icing Sugar ; 97.5gram ( ayak dahulu)
Castor Sugar ; 120gram
White Vinegar ; 3 drops
Corn Flour ; 2tsp
Water ; 2tsp
Vanilla Essence ; drops
Egg white ; 3 nos
Icing Sugar ; 97.5gram ( ayak dahulu)
Castor Sugar ; 120gram
White Vinegar ; 3 drops
Corn Flour ; 2tsp
Water ; 2tsp
Vanilla Essence ; drops
Topping :
Topping Cream/ whipping cream
Buah buahan tempatan mahupun import
Topping Cream/ whipping cream
Buah buahan tempatan mahupun import
Method
:
Beat egg white bersama icing sugar dan
caster sugar yang telah dicampur tadi.
Pastikan mixing bowl anda tidak mengandungi kotoran yang meragukan seperti
setitik air, setitik minyak mahupun setitik peluh petani. Memandangkan meringue
takkkan menjadi kalau ada cairan lain dalam mixing bowl.
Beat menggunakan kelajuan maksima walaupun sebenarnya kelajuan itu boleh membawa maut jika anda letak kepala anda dalam mixer. Beat sehingga menjadi hard peak. Atau bila ditranslate dalam rumi ialah ‘bertanduk’. Kalau letak atas kepala, ia takkan jatuh.
Beat menggunakan kelajuan maksima walaupun sebenarnya kelajuan itu boleh membawa maut jika anda letak kepala anda dalam mixer. Beat sehingga menjadi hard peak. Atau bila ditranslate dalam rumi ialah ‘bertanduk’. Kalau letak atas kepala, ia takkan jatuh.
Masukkan campuran corn flour, white vinegar
dan water. Then, mix up sehingga sebati dan serasi bersama.
Lastly, add in vanilla essence untuk
hilangan bau bauan egg white yang tidak menyenangkan hidung anda.
Bentukkan adunan pavlova didalam tray yang
telah dilapik dengan baking paper dan
yang telah disapu kan dengan shortening. Berbelit2 ayat aku. Seksa pavlova dalam oven yang suhunya 140celcius
sehingga permukaan pavlova kering dan warna bertukar menjadi brown. Sementara
menunggu pavlova sejuk, anda isi masa anda dengan memotong buah buahan tempatan
kesukaan anda. Potong kecil2 supaya anda sedang makan kalau risaukan gigi anda
tercabut sebab lupa pakai polident. Tapi kalau gigi banyak stok macam aku,
potong besar2 pom takpe. Buah yang biasa digunakan untuk dicecah bersama
pavlova ialah buah masam2 sebab pavlova adalah sangat manis, seperti buah kiwi
separuh masak, stobeli, bluberi, mahupun Blackberry Bold. Buahan lain seperti
durian dan rambutan pom anda boleh guna juga. Terpulang pada citarasa nafsu makan anda.
Sapukan topping cream yang telah dibeat hard peak, diatas pavlova dan taburkan semua buah2 han yang telah dipotong halus tadi. Sedia untuk dijamah ketika seisi membatalkan puasa Maghrib nanti. Jika anda terliur dengan gambar yang aku paparkan, jangan jilat skrin pc anda, nanti batal pula puasa anda dengan sengajanya.
Bagi menambah wang dipoket dan dibank, aku merajinkan diri untuk membuat Mini Pavlova dan Puding Caramel yang dijual di bazar Ramadhan sepanjang bulan puasa ini .Yela, bulan puasa je ada bazaar Ramadhan kan,bulan Syawal mana ada bazar Syawal, bazaar Januari lagi lah takde. Ada khabar angin mengatakan bulan puasa adalah bulan mencari harta dan juga mencari pahala. Namun, tidak ku nafikan bulan ini aku sangat sibuk dan pura2 sibuk menguruskan tempahan biskut raya. Aku kerja shif malam sehingga 4 pagi. Kesian Bintang, setiap malam tunggu aku tanpa jemu sehingga tertido. Hingga aku bercita2 untuk beli jam banyak2 supaya aku akan punya banyak masa dengan kamu.
1tahun 8 bulan |