Thursday, 3 January 2013

Bermula Hari


Semalam, hari yang sangat memenatkan.
Banyak benda yang kena urus. Pergi lapor diri sorang2, Alhamdulllilah takde yang sudi culik pom nak buat sup tulang. Im a big girl, takkan nak nanges plak. Orang dewasa menangis buruk, tak nampak comel pom. Hostel limited. 100sebulan fully furnish dan ada wifi. Aku yang terakhir, hanya katil atas yang available. Aku dah la takut pada ketinggian.hari2 kena makan pil anti gayat. Atau rela beri rasuah utk dapatkan katil bawah. Roomate berlainan course.takde geng la nak bergosip. Takpela yang penting dia cantik dan ada wifi. Dapat tengok pemandangan indah hari2 sambil layan youtube.Aku harap dorang tak kerek dan pengotor. Kalau kerek, aku kisah apa. Bukan aku hisap susu mak korang pom. Kalau pengotor, aku sanggup cari bilik sewa lain.

Isnin baru mula orentasi. Selama beberapa hari yang berbaki, masih merdeka. Pergi shopping, sebenarnya takde apa yang penting pom nak dibeli, saja habiskan sisa2 wang tanpa fikir di hari kemudian. Menuju ke salon, cut and wash. Rambut dah memang pendek, saja potong nak bagi selesa. Aku rasa rambut kesayangan lagi panjang dari aku. Amoi tu ingat aku chinese. Pom pam cakap kantonis. Respon aku sekadar senyum. Masa nak bayar, aku cakap ; 
'Sorry, am malay' 'ya ka..padan la u tak faham i cakap' aku harap dia tak ngutuk rambut aku. Bila dah jenis on off, hal camnie sentiasa terjadi. Doakan aku semoga sentiasa kekal dalam iman.

Esok nak hantar kereta pergi mandi bunga. Kali terakhir mandi, kesayangan yang mandikan di rumah sana. Nak harapkan aku, aku pandai drive jer. Tahap malas jaga kerata sampaikan aku rasa aneh.camne ada makhluk halus dalam keta aku nie.nak kata aku ni manis, aku bau wangi dan rasa masin bila kena cium..mungkin kena bersahabat dengan semut, supaya aku akan rajin seperti mereka..Dah la, makin banyak aku tulis, makin aku nampak macam riak dan takbur. Nanti makin kuat plak korang rasa nak santau aku.

Nway, aku tak tau la kalau aku sorang je yang rasa benda nie, tapi bila tengok sorang dewasa memakai helmet bawa motor bersama sorang kanak2 belum akil baligh yang tidak memakai helmet,aku rasa dia pentingkan diri. Kena langgar lori..baru kau tahu erti penyesalan.yer,aku marah.sama macam aku marah bila tengok sorang dewasa hembus asap rokok depan muka sorang kanak2 riang.aku tak rasa kau macho.baik ko jadi bapok.