Showing posts with label iklan. Show all posts
Showing posts with label iklan. Show all posts

Thursday, 6 September 2012

Jemputan Ke Parti Makan Free Aidilfitri

Salam Aidilftiri, pada semua yg mengenali, dijemput makan free di majlis rumah terbuka kuaga ku di ;
       
                  Teratak Keluarga Rosly & Aishah
Bandar Lama, Kg Gajah,Perak
 Sabtu/8.9.2012

Macam2 ada,datang je bawa perut kosong utk diisi..
Nak follow pun boleh,esok petang balik kampung. Sapa nak ikot..jom!


haha..kitar semula gambar raya. kad jemputan tak sempat nak scan!

Friday, 17 August 2012

Puding Jagung 1st Ever !



Malam itu selepas berbuka di rumah Bell, aku amik keputusan untuk tidur satu malam di rumah beliau. Lagipula, di rumah sewa aku hanya tinggal aku sorang sebatang kara. Tam dah akhir2 Ramadhan baru ingat pada keluarga dan pulang ke kampung halaman beliau di Rawang, Aben pula macam takde rumah sendiri, pergi menyeludup masuk secara senyap2 di rumah kawan beliau untuk menumpang tidur. Jarak antara rumah Bell di Subang bukan jauh pun. Kalau Bella kentut pun aku boleh dengar bunyi nya melalui telefon. Perjalanan hanya ambil masa 5 minit sahaja jika memandu secara berbahaya dan melanggar lampu merah.

Selepas masing2 kekenyangan selepas melantak Maggi Goreng dan Biskut Oreo, kami menonton movie Wanted yang dah berapa kali ulang di TV3 sambil mengunyah Super Rings bersama air soya. Satu kombinasi menu yng macam tak berape nak kena. Tiba2 Kak Diya selaku kakak kandung dan bodyguard Bell menghasut aku untuk membuat Puding Jagung. "Esok jela' kata aku sambil buat2 tidur kerana malas. Hehe. Akhirnya memang aku betul2 tertidur sebelum ending movie Wanted. Tak dapat nak lihat aksi Wesley balas dendam.

Thursday, 19 July 2012

Iklan 1#

flyers hasil tangan ku. jeng..jeng..sungguh amatur.


* SKIM GRADUAN
* PINJAMAN PENUH
* CTOS DITERIMA
* NO BOOKING FEE
* TRADE IN ACCEPT
* INTEREST RENDAH
Document yang diperlukan hanya:
* SALINAN IC & LESEN
* 3 BULAN PENYATA GAJI
* 3 BULAN PENYATA BANK
Kepada sesiapa yang mahu membeli kereta keluaran Perodua, anda boleh hubungi 0147344133 (aben)
abenperodua@gmail.com. TQ :)