Showing posts with label syok sendiri. Show all posts
Showing posts with label syok sendiri. Show all posts

Tuesday, 6 August 2013

4.12pagi, waktu Malaysia

Sementara tunggu sahur, lepak tonton filem KIL. Tak tahu pula aku Junad M.Nor ada berlakon juga. Watak tambahan pujuk opismate pergi konsert Wings tapi promot lagu Isabella, dan tukang bagi kuih bulat ada inti sardin kat Akil. Aku suka lakonan beliau. Cool dan sedikit humor yang seakan tak disengaja. Pertama kali tengok, Junad jadi Nik dalam cerita Impian. Aku cerita dengan Honey kat sebelah. Honey angguk je dengar cerita aku. Aku cakap lagi yang aku nak sangat jumpa dengan Junad, terlanggar bahu pom jadi la.  Honey diam, dan pura2 tidur. Tipikal of Honey, mudah cemburu, lagi2 bila aku cakap Junad lagi comel dari dia, walaupun rambut macam Abu Bakar Elah.

filem terbaru Junad ; Odah. Dan aku belum tengok.

Monday, 10 June 2013

Meron.

Kat tempat aku ada hotel baru buka. D Hotel. 110/nite.kat bawah ada mall, boleh shopping. Tapi aku bukan nak cerita pasal hotel sebenarnya. Aku cuma terbayangkan sebuah conversation..

Britney : Donna, kau tido mana malam ni?
Madonna : D Hotel.
Britney : yela, tapi hotel mana?
Madonna : D hotel la.. Tak paham ke?
Britney : aku tau la hotel, tapi hotel apa?
Madonna : D Hotel! D Hotel!!


Esok aku ke Penang. 5 hari. Kat sana aku tido ampartment 3 bilik. Boleh mengintai Abg Zul mandi. Kih..kih..

Tuesday, 15 January 2013

Dedikasi 15#

Pengakuan jujur..
aku tak leh dengar suara mamat ni,
boleh horny, seksi
stim aku. Hahaha.
Dedicated to Encik Cactus




I won't let you fall...

You're never gonna be alone
I'll hold you 'til the hurt is gone. - nickleback


Thursday, 10 January 2013

Full Of Happiness

Macam2 benda nak cerita,
Macam2 hal nak kongsi,
Macam2 rasa nak luah.
Tapi sekarang agak sibuk,
Tempat baru, 
Enviroment yang baru.
Nafas baru.
Mereka yang tak henti2 buat aku ketawa.
Kanan kiri yang buat aku rasa gembira.
Dan dia di hadapan yang sentiasa beri bahagia.
Hingga aku hampir terlupa dibelakang ku yang pernah beri duka.
Hidup jadi sakit bila kita ada too much expectations,
Perlu belajar cherish all the little things.

Dan gembira dengan diri sendiri .
Aku bercita cita nak jadi budak baik.
Menabung
Bayar zakat
Semayang 

Sebab dalam dunia ni tak banyak yang aku nak,
berjaya,
kaya,
dan bahagia.
tu je..
boleh kan?

Tuesday, 20 November 2012

Syok Sendiri 1#


            cantik, mak belanja                                                      comey, anak mak
                                     

hahaha..perasan.

Thursday, 12 July 2012

Bitter. Life. Coffee

Sejak aku kerja part time sebagai gadis bunga, badan rasa lesu saja. Even kerja tak berat seperti mengangkat batu atau pasu bunga, cari idea untuk deco bunga juga adalah satu hal yang meletihkan.
Gaya macam tak lama je. Semalam aku nampak janda anak 2 Rita Rudaini lalu depan Pretty Petals, dia fotogenik. Dlm tibi cam mak dara, kat luar betul2 cam janda. Takpe, anak2 dia comey.
Kelmarin aku nampak Jue Aziz lalu depan Pretty Petals, cun, flawless skin, tapi gemok. Sebab tu Jehan tinggalkan dia kot. Pagi ini di opis aku menghidapi rasa mengantuk yang teramat sangat. 
Laloq.Rasa macam ada orang suap aku pil khayal. Padah balik lewat malam tadi. Selesai kerja part time, sambung berfoya.Sampai saja rumah, tanpa pandang kiri kanan, terus merebahkan diri.
Aben bising aku tak mandi sebelum tidor.Aku pekak kan telinga,Tarik selimut.
Tertidor bersama spek yang lupa dibuka. Padan la dlm mimpi malam tadi aku nampak clear jer.
Honey merajok aku tak wish gudnite. Cis. Spesis kanak2 Ribena yang suka minum susu Anlene.
Nanti2 la aku pujuk dan sogok kau. Aku mahu minum Nescaffe Brown & Creamy. Best~
Tenggelam dalam syurga dunia.

kalau dah ngntok, tidor dlm bilik karok sementara tggu mereka melalak pun aku mampu.
boleh celen?


Sunday, 8 July 2012

Pagi Yang Gelap, Kini Sudah Terang



Pagi.

Mata itu senyum.


" Awak cantik hari ini, cantik sangat2.."

Mata ini senyum.

Sebagai seorang gadis biasa yang sukakan roses, suka bela ikan, suka buat kek dan bencikan lipas,
hati mula kembang bila kena puji. (ala.. bagi la chance skit)

Aku tahu kau suka bila aku sarung baju kurung. Pakej bersama tudung ikan bawal. Wajah polos tanpa secalit bahan kimia.

Tapi itu bukan pakaian febret aku.

Jadi, takkan pakai selalu.

Biar jarang pakai, baru nampak istimewa dimata kau.

Haha. Aku mula kerja penuh bunga2.

Dah la, sebagai seorang gadis biasa yang sukakan roses,suka bela ikan, suka makan Snickers dan bencikan lipas, aku tak nak suka sangat.

Nanti menangis berbaldi-baldi.


p/s : Semalam tgk 8Jam. Kisah perjalanan hidup yang penuh tragic. Kalau aku jadi Alang, agak2 aku akan buat benda yang sama tak? 

Sunday, 18 September 2011

Entri Tiada Guna 4#

New header.

sahaja suka.


L.I.F.E.I.S.S.H.O.R.T


edited by : ainie syeema . photoscape
location : kompleks sukan 
photo by : riasi
canon EOS 1100D

Tuesday, 13 September 2011

Wordless Wednesday 3#





Cis !
Berlagak woo ada FIXIE..


mission bicycles black

















Eleh..aku pon ada la !



Sekali dengan aksesori tambahan , bakul. Nak tumpang?

Friday, 9 September 2011

Serius! Aku Nak Sambung Study

Nilai Hantaran Kahwin Mengikut Harga Purata Terkini dan Status Pelajaran diSeluruh Semenanjung :-


UPSR, PMR/SRP : RM1,000-RM3,000


SPM : RM3,000-RM8,000



STPM/DIPLOMA : RM8,000-RM12,000



DEGREE : RM12,000-RM15,000



2ND DEGREE/MASTER : RM15,000-RM20,000



PHD : RM20,000-RM30,000


- sumber BERNAMA

Tuesday, 6 September 2011

Entri Jujur 2#

Antara ;

seseorang yang setia menunggu bertahun lama nya. S.E.P.I

seseorang yang diikat oleh sebuah komitmen atas dasar kekeluargaan. Rela dalam P.A.K.S.A.



seseorang yang sentiasa di sisi , tak jemu memberi. P.E.N.D.I.N.G



Bila diberi lebih dari satu pilihan , manusia akan mudah menjadi seorang yang memilih.



Tapi bukan kah lebih baik menjadi seseorang yang M.E.M.I.L.I.H daripada tersalah P.I.L.I.H?


Ini bukan soal hari ini , atau esok.. ini tentang M.A.S.A  D.E.P.A.N.


Demn ! aku buntu bila tak mampu memberi sebarang keputusan!


3/10 hanya dalam kawalan aku.

Monday, 5 September 2011

Entri Jujur #1

Dalam keadaan ini , dalam kawalan aku cuma ; 3/10
Dalam hubungan ini , bergantung juga pada bahagian kau ; 3/10
Dalam hal berat ini , kawalan Dia melebihi kawalan aku juga kau ; 4/10

Lumrah hidup , apa yang kita tidak mahu , kita dapat dengan mudah.
Apa yang kita hampir hesteria mahu kan , jarang juga kita diberi.
Lebih baik , belajar berusaha dengan lebih  gigih dan redha dengan apa yang diberi.
( Ah ! ayat je kencang ! )


Orang yang nak kawen , tak dapat kawen.
Orang yang tak nak kawen , kene pulak kawen. KLISE.



Hey Doctor ! terima kasih sebab kamu temankan saya malam itu. Walaupun sekadar di suara ! ( u know who u are )

Saturday, 3 September 2011

J.A.K.U.N

Bukan sedikit. Tapi jakun banyaaaaak !


JAKUN SHUTTER




JAKUN CLOSE - UP






JAKUN ...






dan TERUS JAKUN...! hahahaha...sebab aku masih kurang faham apa itu ISO , Exposure n bla..bla..






Fakta serius ; aku seorang beginner, dan DIA cuma berusia 7hari. Sila beri tunjuk ajar! :)

Wednesday, 31 August 2011

54

Merdeka !

perjuangan sang malaya menuntut negara

31 ogos 1957

berjaya.



kini, 

jati diri hanya serapuh ranting kering


hilang sudah makna merdeka


kerana hakikat kau masih dijajah !


sungai perak , 31 ogos 2011
selamat hari kemerdekaan Malaysia !

Tuesday, 30 August 2011

Harga Kamu Bukan 3 Ringgit.

Gaji aku sebulan bukan 3 juta rupiah , jadi aku harus kerja keras demi kamu.


Hanya kerana aku minat.


Hey sifus ! saya Eni , sila beri tunjuk ajar !









selamat hari raya !!

Thursday, 18 August 2011

Lupa Diri Sebentar



Hari itu...


dengan hanya berselipar jepun berharga rm9.90sen,


memakai Giordano jeans tak basuh, 


tshirt murah beli di Sogo semasa less,


shawl pasar malam berlilit di kepala untuk menutup separa aurat ,


dan sedang membuat tugas rasmi sambil menunggu chasier.


seorang makcik hadir, sambil berurusan sempat berbicara ;

'' Dik , ko ni tak sekolah ker , hari2 makcik tgk kamu kat kedai nie ? "


Hanya mampu tersenyum...tak perlu kata apa - apa.






Terima kasih makcik , kata - kata itu membuat kan aku untuk tidak kenal erti penuaan.

Perasan comel buat sementara waktu..



tenggelam dalam ilusi.







ala , bagilah chance aku nak perasan muda sikit. hahaha..


gambar tiada guna