Saturday, 24 November 2012

Tiramisu! Pick Me Up!



Nama beliau kedengaran seakan berasal dari negara Jepon, tapi sebenarnya asal usul tiramisu adalah dari Treviso,Itali. Tiramisu yang bermaksud " pick me up' yang bila ditranslate dalam bahasa rumi ialah "lahaplah aku" Tiramisu is a one of my febret cake, namun bahan utama yang digunakan berkalori tinggi dan akan menjadi musuh ketat pada mereka yang sedang diet. Untuk aku takpe, makan 10 biji pun berat badan tak naik2, macam ada saka dalam badan. Tiramisu juga diibaratkan sebagai 'kek cinta' dan biasanya diberi hadiah dari kekasih pada hari Valentine's Day. Time tu gadis2 yang sebelum ini tak pernah pegang spatula pun, terkocoh2 di dapur untuk membuat Tiramisu buat jejaka idaman mereka dengan menggunakan resepi yang diseludup dari google. Tiramisu pernah menjadi isu kerana diragui status halalnya satu ketika dulu kerana ada segelintir baker yang tak dapat membezakan halal dan haram,  mereka menggunakan cecair berakohol dalam membuat tiramisu. Itu kisah lampau, zaman sekarang semua dah pandai guna ubat gigi Mukmin, jadi pilihan di tangan anda, di Malaysia ini sudah ramai bakers muslim termasuk lah aku. Eh?

Pulang dari perantauan, ini kali kedua aku bikin tiramisu atas desakan Cheetah yang sudah mengidam lama tiramisu hasil tangan aku.  Kali pertama aku bikin tempoh hari, buat kesayangan aku sempena hari istimewa aku dan dia. Nama pun kek cinta, kena la suap kek tiramisu. Baru boleh jadi kenangan terindah kan. Hehe ( gatal..) Suka tengok kesayangan aku makan penuh nikmat dan  diakhiri dengan pujian menggunung. Dia tak tau aku ada letak minyak pengasih dalam tu. Eh? Gurauan semata. 
Resepi aku seludup dari kitab aku yang dibeli dengan ringgit malaysia. Tapi kitab itu akhirnya dikebas oleh seseorang yang  pinjam tapi lupa nak pulangkan. Mujurlah penyakit amnsesia aku belum ke tahap kritikal, jadi walaupun sudah hampir setahun tak buat tiramisu ini, resepi nya masih kekal di ingatan memori 18GB nie.

Tiramisu ada banyak versi, ada yang guna lady fingers iaitu jari2 wanita yang dikerat2 kemudian di panggang dalam oven hingga kering. Haha. Karut je tu. Lady fingers sejenis biskut yang biasa nya digunakan untuk membuat tiramisu. Boleh didapati di kedai bakeri berhampiran rumah anda. Ada juga yang gunakan sponge cake perasa coffe. Ada yang buat whole cake, ada yang letak dalam glass yang comel dan dijual dengan harga yang mahal disebabkan rupa paras.. terpulang pada cita rasa nafsu masing2.

Bahan digunakan ;

  • Coffe Sponge Cake ( boleh dibeli di kedai / pasaraya besar )
  • sedikit air nescaffe tanpa gula 
  • 250gram krim cheese
  • 200gram gula halus
  • 20gram serbuk gelatin halal
  • sedikit air panas
  • 300gram whipping cream
  • perahan lemon
  • serbuk coklat / coco 

Biasanya aku buat tiramisu whole cake, tapi kali ini saja mahu mencipta sedikit kelainan, aku guna mangkuk yang kecil.Senang sedikit nak pelahap bagi mereka yang kuat nafsu makan macam aku. Tak perlu nak tunggu potong2 bagai.

  • Langkah pertama, masukkan gula pasir halus dan cheese ke dalam periuk, panaskan di atas api yang kecil. Kacau hingga gula larut dan cream cheese mencair. Jangan sesekali biarkan tanpa pengawasan, nanti rentung pula cream cheese anda,
  • Pukul whipping cream dengan kejam menggunakan mixer. Kalau nak guna tangan gagah anda pom boleh, pukul  kembang tanpa belas kasihan hingga keluar urat2 gagah di tangan anda itu. 
  • Larutkan serbuk gelatin halal ke dalam air panas. Kacau hingga larut. Serbuk gelatin ini bau nya agak menusuk kalbu. Pastikan anda menggunakan serbuk gelatin yang diiktiraf status halalnya kerana asal usul gelatin adalah dari tulang atau kulit haiwan. Jadi takut pula terguna gelatin dari tulang manusia atau haiwan yang diragukan.
  • Masukkan lemon juice ke dalam bancuhan gelatin. Lemon juice aku guna untuk hilangkan aroma gelatin. Sebab aku tak minat bau yang kurang enak  itu. Kalau tak de lemon,boleh gantikan dengan haruman terwangi di dunia, esen vanilla.
  • Gabungkan cream cheese yang dimasak tadi, larutan gelatin dan whippiing cream. Pukul mereka beramai2 hingga semuanya sebati dan serasi bersama.
  • Ukir spongebob, eh? sponge cake mengikut bentuk acuan yang anda mahu guna. Kalau mahu buat whole cake, tak perlu la dipotong2.
  • Masukkan sponge cake kedalam cawan/ loyang / mangkuk ayun dan sapu sedikit air nescaffe yang pahit tanpa gula itu.
  • Lapiskan cream cheese tadi ke atas sponge cake.
  • Lapiskan kembali dengan sponge cake.
  • Ulang langkah tadi hingga anda naik bosan dan akhir sekali, cream cheese haruslah ada di bahagian atas.
  • Taburkan serbuk coco / coklat menggunakan pengayak / penapis ke atas cream cheese.
  • Hiaslah sesuka hati anda mengikut kemahuan dan bakat seni yang terpendam.

Biarkan ia kesejukan di dalam peti ais selama 3-4 jam atau tiramisu telah 'set ' dan barulah boleh dilahap ketika menikmati minum petang bersama keluarga, kawan2 atau jiran sebelah sambil bergosip pasal Apek Fahmi yang dapat tajaan 300k untuk wedding dia nanti.  Tiramisu sesuai dijadikan hadiah yang teristimewa buat kesayangan anda. Dan tiramisu ini sudah pom menjadi kesukaan perut kesayangan aku. Hehe. Tak rugi aku letak minyak dagu dalam tuh. Eh? Khurafat saja semua itu. Nak tackle hati kesayangan, tackel perut dia dulu. Tak pe kalau tak sedap, yang penting ada usaha. Lepas makan, masuk icu akibat keracunan makanan, itu cerita kedua. :)