Friday, 10 August 2012

Spaghetti Goreng


Petang semalam, Izan dan Kimi datang ke rumah mencemar duli untuk berbuka. Aben pula inform last minute, terus aku blur nak masak apa untuk menu berbuka. Tetamu diundang datang membawa rahmat, takkan nak jamu biskut kering cecah milo saja untuk berbuka. Tetamu tak diundang lain la cerita. Eh? Well, u can't make eveybody like you, u dont even like everybody kan..kan? So, alamatnya kena la masak special sikit dari menu biasa yang hari2 makan meggi je sebagai makan malam. Lepas habis waktu kerja setelah seharian menanti detik 5pm, aku bergerak menuju ke Carefour. Makin hari makin bosan aku kerja di company baru ini. Memang aku dilahirkan bukan untuk menghadap kertas2 saja, boleh beku dan kaku otak ini sebab tak berkembang. Actually aku dah lama sangat berangan nak kerja di  Bonjour Garden. Tempat aku selalu pau Honey bila beliau baru dapat gaji. Riak saja perasaan ini kalau dapat sarung kot putih, lepak depan oven, sedut bau pastry sedang dimasak, dan boleh makan free hari2. Titiber rasa macam Tak Gu dalam Bread, Love & Dream. Tapi rezeki belum ada, sudah 2 kali aku apply jawatan baker disitu, sampai sekarang masih belum ada jawapan. Sudah takde pilihan, kerja saja lah kat sini walaupun takde jiwa.



 Pergi Carefour borong segala keperluan utk masak menu Iftar. Spaghetti Goreng + Bubur Cha Cha. Bubur Cha Cha spesial buat Kimi yang sudah lama mengidam. Resepi bubur Cha akan dikeluarkan pada entri akan datang.


Bahan yang diperlukan :

* Sawi jepung
* Fish cake
* Fish ball
* 2 helai sotong
* Bawang putih
* Bawang merah
* Cili boh
* Garam
* Parmesan cheese
* Pudina ( hiasan saja)

Spaghetti goreng ini sama saja dengan mee goreng , koteau goreng  juga bihun goreng. Cuma beza, spaghetti harus direbus terlebih dahulu. Pastikan anda tidak salah ketika membeli dan dapat membeza kan antara pasta spaghetti dan juga spaghetti (sejenis pakaian wanita )



*Panaskan minyak, tumis bawang putih dan bawang merah yang telah dicincang tanpa belas kasihan hingga naik bau semerbak hingga tergugat iman mereka yang berpuasa.

*Masukkan cili boh. Aku beli cili boh ready made dalam botol jenama Puteri. Biasalah, baru pindah rumah, rumah bujang, nak blend cili, blender pun takde.

*Masukkan sikit sos pasta. Optional. Itu baki dari sos spaghetti bolongoise yang aku guna dulu tak habis.

* Masukkan segala jenis haiwan yang telah dipotong dadu. Terpulang lah nak masukkan haiwan laut apa pun, asalkan ianya halal dan selamat dimakan tanpa was2.

* Masukkan sayur sawi jepun. Nama saja sawi jepun, tapi sebenarnya import dari kebun sayur belakang rumah ahso jual sayur di Cameron saja.

* Masukkan garam secukup rasa.

* Akhir sekali, barulah masukkan spaghetti yang telah direbus dahulu okay.

* Gaul sehingga kuahnya sebati bersama spaghetti.

* Biarkan ia bertapa sebentar di atas kuali, dan get ready untuk dibaham secara berjemaah.

* Lebih enak hingga menjilat meja makan jika ditambah dengan parmesan cheese dan sehelai daun pudina sebagai hiasan.


Okay, jam dah pukul 5pm, aku mahu pulang ke rumah. Cukup2 sudah aku kerjakan pc ofis ini sepanjang hari. Hik..Hik.. Malam ini berbuka di rumah Bell,  Sabtu ada event bersama DBlitz, dan Ahad pula berbuka di rumah Atip. Woha ! Makan free saja weekend ini. Raya sudah dekat..tapi nape tak rasa apa2 lagi eh. Sebab puasa tak penuh kot tahun ni. Eh?