Thursday, 25 July 2013

Momento

Sejak kebelakang hari, asyik memikirkan kamu.
Orang tua2 kata, kalau kita teringatkan seseorang,
orang itu pom ingatkan kita. Orang tua kata, bukan aku kata.
Harap fakta itu hanya fitnah, sebab aku tak mahu kamu ingatkan aku.
Yang pernah cuba cipta bahagia.
Yang pernah cuba buktikan aku lah yang segala.
Yang mahu khabarkan pada dunia aku kau punya.
Hadir kamu tak lama, namun cukup terasa.
Khilaf aku tinggalkan kamu dengan tanda tanya, sepi tanpa bicara.
Dan biar kamu rasa diperguna.

* nafas hela

Maafkan aku.
Bahagia aku bukan untuk kita.