Tanggal 19 Sept 2012, tarikh Akon pergi meninggalkan kami. Bukan pergi lari dari rumah akibat kena guna2 oleh si kucing betina. Tapi mati meninggalkan kisah duka. Masa tu aku kat Serdang, tengah sibuk siapkan tender data research lanskap under MPSJ. Tiba tiba dapat kol dr Abg Ali membawa khabar berita Akon mati kat beranda rumah. Aku pun gegas dengan Laling pulang ke umah. Laling bawa motor pada kelajuan 120km tak padan
dgn baru lepas kena langgar lari. Sampai dirumah, sedih aku tgk jasad Akon sudah keras kejong. Akon kucing yatim piatu, aku n Honey ambil dia kat rumah kebajikan kucing Omiey Home. Nama Akon dipilih walaupun dia tak pandai rap tapi sebab dia hitam legam,nampak mata dan gigi je. Makanan febret sampingan Akon telur goreng dan cucur. Makanan utama,mestilah Whiskas wet food yg harganya lebih mahal lagi breakfast aku. Bagi makan sekut Whiskas tak nak,demand. Kalau bawa dia jalan2, dia suka duduk atas riba time aku drive..dia lah kucing paling aktif berbanding Gaga n Omok. Pantang dengar bunyi bell mainan ,mesti akan lari mcm kena hesteria.
Gaga meratapi pemergian Akon |
Tapi lepas balik dari kampung Melaka cuti raya lepas ,Akon banyak berubah, Akon macam tak sihat. Mungkin Akon alah pada suasana kampung. Akon jadi pasif, malas, aku sogok dengan bunyi bell pun Akon pandang saja tanpa nafsu. Time makan pun Akon makan sikit je. Nak kata diet, badan Akon dah kurus panjang. Selang dua tiga hari ,Akon tiba2 mengalami sakit dada, semput dan batuk2. Aku dan Honey jadi panik, tak tau nak buat ape,mahu buat bantuan CPR aku tak penah tengok pula bantuan pernafasan mulut manusia ke mulut kucing. Bila diusap2 dada Akon,baru lah Akon bernafas semula secara normal.
2,3 hari sebelum Akon mati, Akon jadi kembali aktif, kembali bernafsu bila dengar bell, siap buli Omok dan Gaga, dan suka main kotak. Aku punya la happy, sebab aku tengok Akon dah sihat. Malam sebelum Akon mati, Akon kacau aku masa aku tengah siapkan laporan, rupanya dia nak cucur goreng yg aku tengah makan. Aku amik dia letak atas riba. Esok pagi nya, sebelum aku n Aben keluar ke Serdang, Akon masih lagi aktif mcm biasa. Rupanya tak sangka, itu kali terakhir aku tengok Akon. Akon diklasfikasi kan kucing yang baik walaupun wajahnya tak sekacak kucing jantan lain. Akon tak penah buat hal sepanjang dibela,tak penah bawa betina masuk rumah waktu aku takde kat rumah,punggung jenis pergi sekolah sebab tak penah berak merata, jarang kuar suara melainkan bila telinga Akon kena gigit dgn Honey atau bila kena mandi..bergema satu bilik air dengan bunyi suara Akon.
Disebabkan tak jumpa tanah perkuburan kucing, jasad Akon ktorg main je tanam kat bawah flat malam tu jugak. Memang sedih bila kehilangan benda yang kita sayang dan dah jadi sebahagian dari hidup, hilang sebab kena sorok hantu, hilang kena curi, pergi obesea ok la lagi, tapi kalu mati, rasa separuh jiwa ni pergi. Ini baru cerita pasal kucing mati. Bayangkan kalu orang tersayang yang mati? tak kuat rasanya. Andai akan terjadi, aku harap Kau beri aku petanda, agar aku tak mnyesal bila gagal menghargai apa yang ada disekeliling aku, sejauh mana aku mahu jaga tetap juga bila belah kanan ku ketawa belah kiri aku pula akan menangis. Sudah adat, bila kau dapat satu, kau hilang satu. Tapi yg aku takut, kalau2 bila aku dapat satu, aku hilang sepuluh.
we love you, Akon |