Sunday, 16 September 2012

Nasi Sudah Menjadi Bubur

Setiap manusia akan lalui pelbagai fasa dalam kehidupan. Dan semua orang mahukan yang terbaik, tapi persoalannya, terbaik macam mana yang kita nak? Walaupun tak baik dimata orang lain, tapi mungkin terbaik dimata kau. Sekarang fasa ini yang aku sedang lalui, bila aku cuba nak cari yang terbaik dan bila dah beri yang terbaik utk puaskan hati semua pihak, usaha tak kan jadi, memang akan jadi berat sebelah. Padahnya, kena harung hidup ini selangkah lagi, mahu pandang belakang tak berani. Tiba masa utk cari erti hidup dengan cara sendiri. Kalau bilamana orang sekeliling tak mampu bagi yang terbaik dalam hidup kau, kau mahu salahkah mereka?mahu tunding jari pada takdir?atau tuhan?salahkan parents kau sebab lahirkan kau? blame kawan2 kau sebab dorang jadi camni? Sometimes, u have to do whats best for u n ur life. Not whats for everybody else. Stop fooling yourself, stop put blame on others, berhenti buang masa,siang malam tunding sana sini, minta simpati, kau lah yang innocent, wake up, dan cari yang terbaik untuk diri kau sendiri, salah orang lain yang tak mampu bagi kau yg terbaik, yang tu kau gali..simpan dalam2,biar mati. Berhenti harapkn orang lain untuk beri bahagia untuk kau. Sekarang cuma harus bersangka baik, kerana Tuhan itu baik. Harus suka apa saja yang datang dari Dia.
Ehem,
Intro yang agak serius.



Kelmarin kesayangan aku eksiden masa on the way nak ke tempat kerja, kena langgar lari, teruk juga hancur berkecai bahagian belakang motor,tapi still bleh bawa pada kelajuan 10km/j. Boleh bersaing dgn pejalan kaki.mujur beliau takde apa2,cuma lebam dipeha dan belakang,yang sadis pelbagai gadjet,hp,samsung tab dan charger bersepai jadi arwah. Benda kalau nk jadi, kita elak camne pun,tetap akan jadi kan. Menu untuk orang sakit, aku masakkan beliau bubur nasi. Nak masak bubur nasi ini simple saja. Bahan yang nak aku campak pun semua ada kat rumah. Jadi tak perlu lah aku bergegas menuju ke Carefour untuk membeli belah.


Bahan yang digunakan :

*Beras 1/2 cawan
*Carrot yang dipotong dadu. Aku nak tulis lobak, tapi rasa macam terfikir dua tiga kali. Perkataan 'lobak' terasa asing je kan, sebab biasa kita panggil carrot. Kecurangan pada bahasa ibunda sendiri.
*Kobis yang dipotong halus2 sehalus makhluk halus.
*Ikan bilis yang diketok hingga hancur
*Bawang merah yang digoreng
*Sedikit lada hitam yang ditumbok dengan kejam hingga menjadi halus.
* Sedikit garam



* First sekali, basuh beras sebersihnya hingga suci dan murni.
* Masukkan ke dalam periuk dan masukkan kuantiti air sebanyak mungkin asalkan tak melimpah keluar dari periuk nasi.
* Seksa beras hingga ia berubah menjadi nasi. Kalau air tu kering, tambah lagi air hingga nasi menjadi lembik.
*Masukkan semua bahan yang ada di dalam resepi.
* Biarkan semua sebati dan serasi baru masukkan garam.
* Tabur kan daun sup yang diulik mayang dan serbuk lada hitam.

Orang sakit ini selera akan berubah sedikit, aku sudah letak garam sebukit pun masih terasa kurang masin. Tekak pun tak dapat nak terima makanan yang berketul2, menu hari2 kamu kena baham bubur dan sup saja. Doaku, moga kamu cepat sembuh dan boleh berfoya2 seperti biasa.