Tuesday, 9 August 2011

Puding Roti Tiber - Tiber

Abang aku suka buat kerja yang tiba - tiba.

Hari itu , secara tibe tibe menghasut aku melakukan operasi mengepam Apam Dot Dot. 

Semalam , sedang aku asyik menonton Jejak Rasul sambil memakan angin, dia baru pulang dari clas.
Dengan tiba - tiba ( yang pepel tu aku )


Weh , jom buat Puding Roti
Hah? tiba - tiba jer.
Jom la..
Sempat ker? Dah 6.30ptg ni. Jap lagi dah nak berbuka.
Sempat punya..
Tibe - tibe dia mula mengigil - gigil..berguling2 dan mulut nya mula berbuih seperti orang kene sawan sudu.
( Nak ugut aku la tuh..) kisah sebenar di exaggerated.
Okay2..jom buat ! Hang p beli barang. 

Dengan tibe - tibe dia keluar membeli bahan - bahan yang diperlukan.


  • sebungkus Roti Gardinea enak dimakan begitu sahaja~
  • sedikit butter bukan jenama Golden Churn yang kurang halal tuh.
  • 125ml susu segar dari ladang lembu
  • 125ml whip cream
  • 200g gula halus
  • sedikit esen vanilla
  • 2 biji telur ayam original yang dah dibasuh terlebih dahulu menggunakan air mutlak
  • 1 telur kuning sahaja
  • Kismis import dari Arab Saudi

Tibe - tibe abang ku pulang dari menyeludup bahan - bahan tersebut dari kedai runcit.
dan tibe - tibe lagi ,

Nah , amik bahan2 nie , hang tolong buat sauce , aku siapkan roti.
Hah? aku ker?
Aah..hang la..
Cis ! Aku juga jadi mangsa penderaan di dapur.


STEP 1
  • Masukkan susu,  whip cream dan gula di dalam periuk anda. Tak de periuk , tempayan pun boleh.
  • Masak di atas api yang sederhana besar dan sehingga sebati.
  • Kemudian tutup api , dan masukkan telur sebiji demi sebiji hingga habis.
  • Akhir sekali ,masukkan esen vanilla untuk kita potong sama itu bau telur...


STEP 2:
  • Sapu butter di atas badan roti . Tepi roti yang tak putih tu , boleh la dipotong buang.
    Usah buang dalam tong sampah , bagi la ikan makan ker , hamster ke , membazir itu kawan syaiton dan iblys tahu?
  • Susun roti didalam loyang / bekas / mangkuk kalis meletup 
  • Curahkan sos vanila tadi ke atas roti dan taburkan kismis.
  • Kemudian , seksa puding roti anda di dalam oven pada suhu mencecah 170c selama 25minit bergantung pada jenis dan saiz tubuh badan oven anda atau sehingga puding keperangan.
  • Apabila sudah sejuk , potong dan sedia di lahap di waktu azan maghrib berkumandang.

Jika anda seeorang manusia yang bersyukur , semoga anda tidak lupa membaca doa sebelum makan tanda ingat pada yang Memberi Rezeki , dan berterima kasih kepada apek penjual telur , pakcik penjual tepung dan Ainie Syeema yang kongsi resepi ini. hahaha.. ( aku gurau saja )




Akhirnya kami sempat menjamah Puding Roti ini walaupun dibuat secara tiba - tiba. Memang best ! Jimat wang ke bazar Ramadhan. Tapi yang agak kurang , puding ni agak kering. So , lepas nie kena tambah lagi sauce tu supaya lebih juicy..


Aku harap petang ni , semoga abang aku tak muncul lagi dengan idea yang tiba - tiba..