Aku cuba pula cek sms di telefon bimbit ku. Sebentar ! Aku ada telefon ker? Aku sungguh alpa. Kadang - kadang aku terlupa yang aku ada telefon , dan lupa yang aku adalah orang penting syarikat.
Pagi itu , sebelum adik aku pulang ke MRSM Kulim bersama Kek Batik , beliau sempat mengambil kesempatan keatas kelemahan aku untuk bangun awal pagi dengan menukarkan henpon aku dengan henpon beliau. Cuma , aku tersedar masa dia salam tangan aku sebelum pergi. Aku rasa la..tak tau plak kalau aku mamai. Mungkin minta restu. Mungkin.
Aku tak pasti jenama henpon ini , Nokia kot. Takde OS , takde 3G , aku tak kisah kalau guna hendpon takde 3G , sebab aku tak penah buat 3G. Kesian kan? Gadis kesunyian memang camnie. Aku tak kisah kalau guna henpon baling anjing. Bak kata kutukan abang aku. Pelik , kenapa nak baling kat anjing? Anjing pandai main henpon ker?
Aku tak kisah semua itu , yang aku kisah , mana pergi cover belakang henpon nie?!! Sungguh memalukan, !
Maaf kawan - kawan kalau jika kalian tidak dapat menghubungi aku sejak kebelakangan ini , aku sedang mengumpul dana untuk membeli sekeping henpon baru.
Switch off , simpan dalam almari |
Kali ini ..
aku betul - betul buat - buat lupa yang aku ada sebiji henpon .