Hari itu , aku dihasut oleh Kak Elliez tentang apam dotdot ini , aku hanya memandang dengan mata yang rabun , sikit pun tak tergoda. Kak Elliez berjanji untuk mengepos apam itu buat ku , namun hampa hingga kini tiada sebarang kiriman dari Abg Posmen. Mungkin tersangkut di mesin pengimbas kerana pihak berkuasa ingat kan itu barang merbahaya. Mungkin juga Kak Elliez tak tahu alamat aku sebab aku tak penah bagi alamat kat dia.
Hari ini , abang ku pula menghasut aku untuk membuat apam ini. Kali ini aku tewas atas dasar kekeluargaan.
Dialog kami berdua : ( yang pepel tu aku )
Jom buat apam polkadot
Malas la, sedap ker? ( sambil mengentel tat coklat )
Jom la , tadi kat clas aku belaja ni la. Tapi hampeh , aku tak sempat rasa. Bahagian aku budak2 lain dah kebas. Mentang2 la dorang tak pose.
( sambil buat muka bengis )
Hahahaha. ( gelak dalam hati ) Okay , jom la try.
Perbualan diteruskan dengan umpatan tanpa niat dan bergosip liar yang pasti nya mengugat tahap pahala puasa kami. Kalian tak payah la tahu , nanti pahala kalian pula terjejas.
Kami pun memulakan upacara mengepam berserta semangat kekeluargaan.
Resepi ini , aku ambil kopipes dengan izin dari buku resepi abang aku.
tulisan dah la buruk , dalam omputeh lak tuh. payah nak paham.hahaha
( aku mengeji dalam hati )
- 3biji telur ayam original
- 275gram tepung gandum cap halal jakim
- 150ml susu segar dari ladang
- 1 sudu teh ovaletee ( typo )
- 200gram gula halus cap Prai
- Sedikit esen vanilla
- Blueberri filling
- Pewarna yang dibenarkan oleh kerajaan
( Abang aku buat , aku tolong tengok sambil belajar )
Cara - cara :
- Pukul telur , gula dan ovelet ( typo ) menggunakan mixer atau tangan gagah anda.
- Pukul hingga sebati dan serasi bersama.
- Masukkan esen vanila , tepung dan susu segar dari ladang.
- Pukul sehingga sebati dan serasi bersama ( aku kopipes ayat diatas )
Warna kan mengikut warna kegemaran anda. Pastikan menggunakan warna yang halal dimakan dan selamat mengikut piawaian Jabatan Pemakanan. Kalau guna kaler pensil atau kaler air , pastikan perut anda kebal dari cirit birit atau food poisining ( aku tak pandai eja )
Gunakan bekas cup kun kap saiz S. Aku lapik guna tart mould . Bijak kan? Pastu apam jadi bentuk bintang.hahaha..
Picit adunan apam separuh cup dan masukkan filling. Kemudian picit semula adunan apam tadi.
Tangan yang sedang gigih mengepam diatas adalah tangan abang aku.Tangan aku tak besar macam dia.haha..
Ni baru tangan aku. Interprame. Muhaha.. Pandai baca? Tak pandai..aku baca kan ! Life Is Short !
dan apam sesat sebiji.
Ini plak apam ladybird ! Aku buat.. ( giler glamer )
ni baru kata buat kerja.. ( sepoh nok mapoh ! )
sedang direbus ( maksud aku , kukus ) dalam steamer yang dapat percuma kerana bertuah dalam cabutan bertuah.
UPDATE : seseorang telah memaki aku di Fesbuk. "Oit ! nak share resepi biar la details "
( aku tokok tambah jer )
Ops ! Aku terlupa masa kukus berapa lama :
Kukus sehingga masak dan masa nya kira-kira 15 minit mengikut waktu malaysia.
Peace !
UPDATE : seseorang telah memaki aku di Fesbuk. "Oit ! nak share resepi biar la details "
( aku tokok tambah jer )
Ops ! Aku terlupa masa kukus berapa lama :
Kukus sehingga masak dan masa nya kira-kira 15 minit mengikut waktu malaysia.
Peace !
Apam Lady Gagap puasa , tu yang kering dan merekah.
Wah ! akhirnya kami berjaya mengepam dan mengedot !
dan kami berbuka puasa berdua. Berdua !!!
43biji apam , makan sampai pecah perut
air tebu yang warna macam air ketum
murtabak telur basuh 2keping
bubur lambuk
Biasa la , kami membela. Korang bela kucing , kami bela hantu..
1 konsep kan? Tak sama tapi serupa. Muhaha..
Janji kita happy ! :)