Permainan kanak2 sekarang ni dah jauh beza dengan masa aku kecik2 dulu. Yela , zaman dah berubah..dunia dah maju. Sekarang ni budak2 jadi pokok , tembak zombies , jadi burung tembak anak babi , main tukar2 baju pompuan. Aku ni budak kampung je , tapi lagi best rasa nya..Masa aku kecik kecik suka main rounders , galah panjang , main parit , panjat pokok , lepak atas bumbung rumah , masuk hutan , mandi air terjun . Dulu kuaga aku duduk kat Bukit Jana , Taiping. Dekat sangat la dengan air terjun. Boleh kata hari2 pergi mandi air terjun tak pakai baju , pakai suar jer.hahaha. Tapi tak penah plak kena ganguan seksual walaupun mandi manda separuh bogel. Budak2 laki zaman aku dulu mana ada gatal2 macam budak zaman sekarang. Balik umah time maghrib , badan gigil2 sejuk , kaki tangan kecut..sampai umah , kene rotan dengan abah.hahaha..Aku takde ramai kawan pompuan sebab aku lebih rapat dengan abang2 aku. Apa yang dorang main , itu la yang aku main.
Kenangan paling mengelikan masa zaman kecik , aku dengan abang2 aku suka main air longkang belakang rumah. Kalau loghat utara sebut 'ayaq acaq' . Buat sampan kertas , pastu lawan sampan sapa paling depan skali. Hanya bergantung pada tahap kederasan air longkang tersebut . Masuk rumah je , kene cubit dengan mak , busuk !! Eiu ! bila ingat balik , geli hookay ! Tapi semua tu dah tinggal kenangan , bila aku kene masuk asrama penuh , pastu abah aku kene pindah sebab transfer mengajar kat MRSM Pasir Salak. Rumah kuarga aku kat Bukit Jana tu pun dah diroboh kan. Abah aku plan nak bina banglo 9 tingkat kat tapak rumah tuh.hahaha..
Sebenar nya resepi yang aku nak kongsi ni takde kaitan pun dengan kisah hidup aku di atas. Saja nak bagi melalut sikit intro entry aku kali nie. Dan biskut ni juga takde kene mengena pun dengan sampan kertas yang aku main kat air acaq tuh. Biskut Bahtera / Sampan nie memang febret aku , sejenis biskut tradisonal turun temurun warisan melayu. Sebelum ni , aku kerja makan jer. Dan ini adalah kali pertama aku buat. Hasil nya sungguh membangga kan diri aku sendiri. ( haha..) Resepi ini aku dapat hasil dari usaha aku membuli seorang budak praktikal dari Kolej Komuniti kat bakery aku sem lepas. ( batch July/10 )
Nway , thanks Nor atau nama artis beliau , Eton.
Bahan - bahan
250g butter cap halal jakim150g gula icing diayak terlebih dahulu
4biji telur kuning
400g tepung gandum cap sauh kapal titanic ~ di ayak
sedikit esen vanilla
* Pukul butter dan gula sehingga lebam dan kembang.
* Masukkan telur satu persatu hingga mereka serasi dan sebati bersama.
* Masukkan tepung dan di akhiri dengan esen vanilla.
* Uli hingga menjadi doh yang sempurna tanpa sebarang cela.
siap di uli hingga timbul segala urat gagah di tangan.hahaha.. ( padahal guna mixer ) |
* 1 cawan buah buahan campuran
* 1 cawan kelapa kering
* 1/2 cawan susu pekat manis F&N
Gaul semua bahan hingga sebati dan serasi :)
acuan sampan yang di import khas dari tukang buat sampan di Kelantan ( beli kat Citarasa Kota Bahru ) |
siap di acu ( jelas di situ , tangan aku semakin gemok ) |
siap sedia untuk belayar di Lautan Hindi |
masukkan filling sebagai penumpang |
bakor di dalam oven anda selama 25 minit / hingga keperangan |
ready to serve ! ini kapal kertas aku..hehe :) sedia dimakan dengan lahap nya ( jika anda penagih biskut ini seperti saya ) |
Selamat Membaking ! :)
~ the end ~
~ the end ~