~ Ingat world , ingat Mawi , ape citer la dia sekarang..dengar gosip liar beliau sekarang dah jadi imam kat Surau Felda Taib Andak , betoi ker? ~
Nway , utk dessert , bukan desert hookay ! Aku bikin sebiji pai labu ..hurm, pai labu? Agak jarang bagi masyarakat melayu beragama islam makan pai labu. Biasa dengar pengat labu , cucuq labu , lepat labu , labu sira , biji labu dan Luncai bersama labu2 nya.Yeah , ini adalah tradisi masyarakat kafir quraisy yang meraikan Thanks Giving's Day dan Happy Halloween. Kira ni makanan ni adalah makanan tradisional turun temurun nenek moyang depa la. So , HALAL ke tak ? Apa jenis soalan daa.. selagi pai labu tu tiada kandungan yang meragukan seperti DNA babi atau kandungan acohol serendah 0.5% seperti Barbican , tiada sebab untuk menghalang kita makan makanan ini ! :)

Pie crust / kulit pai
- 220g tepung gandum cap Sauh Kapal Titanic
- 50g cornflakes di parut halus
- 120g butter cap halal Jakim
- susu lembu segar dari ladang ( kuantiti bgntung pada tahap kelembutan doh )
- Sedikit esen vanila
* Pukul butter dan gula sampai kembang dan sebati* Masukkan tepung , jadikan ia seperti bread crumbs* Masukkan susu , dan sedikit esen vanilla* Kalau doh tu lembik , taruk tepung sikit..dan kalau doh tu keras macam batu , masukkan sedikit susu* Pastu simpan dalam peti besi yang sejuk , selama 15 minit.* Keluar kan dan tepek atas pie mould anda.
- 2 cawan labu yang dikukus sehingga lemah lembut
- 1 1/2 cawan heavy cream / susu cair cap F&N
- 1/2 cawan gula perang dunia ke 2
- 1/2 cawan gula halus cap prai
- 1/2 sudu garam
- 2 biji telur ayam made in reban ayam
- 1 biji telur kuning sahaja
- 1/2 sudu lemon zest / limau segar dari ladang
- sedikit esen vanila esen
- 1 sudu pumpkin pie spices atau
- sedikit :
* cinnamon powder
* ginger ground
* nutmeg ground
* cardamon ground
* cloves ground
Langkah - langkah berikut :
* Pukul cream / susu cair bersama gula perang dan gula halus sehingga kembang dan sebati .
* Masukkan telur , labu dan semua bahan2 di atas.
* Pastikan semua sebati dan serasi bersama di dalam mangkuk / bowl mixer anda.
* Masukkan di dalam pie crust tadi.
* Sila seksa pai anda di dalam oven selama 40 minit di dalam suhu 180c.
* Tempoh masak bergantung pada saiz tubuh badan oven dan asal usul oven anda.

* Bila dah agak keperangan seperti rambut karat Didie Elias , boleh la diangkat
* Sejuk kan , deco dengan sedikit whip cream dan sedia di lahap dengan di dahului bacaan talkin dan doa mengingati Pemberi Rezeki.
* Sejuk kan , deco dengan sedikit whip cream dan sedia di lahap dengan di dahului bacaan talkin dan doa mengingati Pemberi Rezeki.
Selamat Membaking :)
~ Honestly , pie agak kurang bersesuaian dengan anak tekak serta nafsu makan aku. Aku makan sikit je , maybe sebab ada campuran herbs, so..rasa labu agak tenggelam. Yang aneh , mak dan abah aku minat giler , sorang 3 slices dibantai. Mungkin rasa nya agak kena dengan jiwa old skool. Nama pun tradisional pumpkin pie. Adik dan abang aku? Memang tak sentuh lansung..So , next time aku akan buat tanpa campuran herbs tuh. Baru kene dengan selera ~ :)
~ the end ~