Aku memulakan tahun baru 2013 ini dengan sesuatu yang menghairahkan hingga mengugat nafsu makan, Red Velvet Cupcakes! Penangan nya lebih hebat dari anda menonton filem Datin Ghairah. Malah RV pernah menjadi fanomena, sebelum kedatangan fanomena Durian Crepe, Awie kalau makan, sanggup tukar nama lagu Baldu Biru jadi Baldu Merah. Red Velvet antara yang pernah menjadi mangsa trend suatu ketika dulu. Hari2 aku di tagged oleh usahawan Red Velvet yang dengan gigihnya mempromosikan red velvet mereka menggunakan cara yang licik iaitu meletakkan gambar red velvet dengan aksi yang mengiurkan sesiapa yang melihat. Namun, iman manusia kedekut seperti aku, rela aku buat sendiri. Dan yang menjadi juri pertama merasa kek red velvet ku buat kali pertama pada 2 tahun lepas ialah En Pie. Respon beliau tidak berkata apa2, tapi hanya menunjukkan aksi melompat kegembiraan. Body language, kita kena paham2 sendiri la. Hehe. Sejarah mungkin berulang, malam tadi, aku dihasut untuk membuat kek red velvet ini, oleh seorang jejaka kurang kacak, Asri yang simpan rambut panjang ala2 korea tak padan dengan warna kulit dan paras rupa. Buat pembedahan plastik pom belum tentu muka jadi cam mamat korea. Hahaha.. ( ketawa keji) Hobi aku memang suka mengeji, tapi jujur. Harap maklum.
Berbekalkan resepi yang aku tiru dari koleksi kitabku, yang dibeli secara online direct dari Chef kacak, Chef Azli Razali berserta dengan autograf beliau. Kalau rasa nak resepi free, boleh stalking di blog beliau. Aku pernah beli red velvet di Melaka, suatu ketika dulu. Rasanya agak ohsem, cuma krim nya menggunakan buttercream dari krimwell. Satu gabungan yang aku rasa macam tak kena. Kerana pasangan yang ideal untuk bergandingan bersama red velvet ialah cream cheese. Macam ideal nya Awie berduet dengan Ella dalam lagu Baldu Biru. Harga yang aku pernah jumpa setelah sekian lama hari2 ditagged oleh usahawan red velvet yang berjaya, boleh mencecah hingga rm12 sepotong. Sepotong yer, bukan sebiji kek. Mungkin hanya mahal pada rupa dan nama. Tapi kat secret recipe tak penah pulak jumpa. Malam tadi, sambil menonton movie Dark Night buat kali ke 18 sebab tv3 memang suka ulang2 cerita yang sama, kami memulakan operasi dengan semangat kekeluargaan.
Bahan yang digunakan dijamin halal tanpa ragu2 ;
250gram butter
180 gram gula pasir
260 tepung gandum cap sauh kapal titanic
2 sudu makan serbuk koko
1 sudu teh soda bikarbonat
( tiga - tiga bahan ini wajib diayak bersama2, menggunakan pengayak tepung, kalau takde, guna penapis ikan pom boleh )
2 biji telur ayam segar dari ibu ayam
1 sudu teh esen vanilla
240ml buttermilk / susu sejat
2 sudu makan perahan lemon
2 sudu makan pewarna merah
1 sudu teh cuka makan
Mulakan dengan bismillah, pukul dengan kejam butter dan gula hingga kembang dan gebu segebu kulit zila bakarin yang dengar kabar dia ada cucuk botox.
Masukkan telur ayam sebiji demi sebiji. Pastikan aduan sebati dulu, baru masukkan telur yang kedua. Jangan gelojoh yer, tau la nak cepat siap.
Korek2 aduan hingga ke dasar mangkuk mixer, kadang2 ada aduan yang tak sebati.
Masukkan esen vanilla dan cuka. Pukul lagi pada kelajuan sederhana..
Campurkan susu sejat tadi bersama perahan lemon dan pewarna merah dan biarkan selama 5 minit.. Kalau anda menggunakan buttermilk, tak perlu gunakan perahan lemon. Namun, disebabkan buttermilk amat payah untuk diseludup, mungkin barang kawalan atau harga nya agak mahal, jalan alternatif yang digunakan , ialah dengan mencampurkan susu sejat + perahan lemon.
Masukkan susu tadi ke dalam adunan, dan berselang seli dengan tepung yang telah diayak bersama serbuk koko dan soda.
Pukul lagi hingga aduan sebati, sekata dan serasi bersama.
Paipkan adunan ke dalam cawan kertas yang comel.
Kemudian, seksa cupcake kedalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 180celcius. Lakukan penyeksaaan itu selama 20minit atau hingga cupcake masak.
Nak tahu kek masak camne, cucuk lidi / cake tester dan tarik, kalau masih ada sisa2 kek pada lidi / cake tester, teruskan lagi penyeksaan hingga cupcake betul2 masak ranum dan tiada saki baki kek pada cake terster bila dicucuk. Kalau anda kebal, boleh cucuk guna jari sendiri.
Apabila cupcake sudah masak , baunya akan harum semerbak satu rumah. Sejukkan dan tahan dahulu nafsu kebulur anda itu kerana misi belum selesai.
Dengan perasaan rela atau paksa, sebiiji cupcake dijadikan korban untuk membuat crumbs, hancurkan hingga menjadi serbuk2. Crumbs digunakan untuk hiasan diatas topping nanti.
Untuk topping, pastikan cupcakes telah sejuk dengan sempurna.
180ml whipping cream
125gram cream cheese
110 butter
sedikit esen vanilla
55grram gula aising
Pukul butter dan cream cheese hingga gebu dan halus. Masukkan sedikit esen vanilla dan gula aising hingga sebati dan serasi.
Di mangkuk yang lain, pukul whip cream hingga kembang dan gebu, kemudian barulah dicampurkan dalam adunan cream cheese tadi.
Cream cheese sudah siap, berbekalkan ilmu didada dan daya kreativiti, hiaskan cupcakes dengan corak dan gaya kesukaan anda..dan hiaskan dengan crumbs tadi.
Indentiti RV kebiasaannya menggunakan crumbs sebagai hiasan. Baru lah kena dengan gaya, rupa serta rasa.
Selesai sudah misi kita, dan adegan seterusnya, kalau anda jenis spesis gilakan publisiti macam aku, boleh ambil gambar untuk diupload ke laman sosial. Mana tahu, ada jejaka kacak yang akan teruja melihat anda pandai membuat RV kegilaan ramai ini. Aku ambil gambar, terus mms pada kesayangan yang jauh dimata, namun dekat di hati, jantung dan limpa. Walau sejauh mana, tidak lah terasa sangat long distance relationship dengan adanya kemajuan sms, mms, 3g call, dan boleh stalking di fesbuk jua twitter. Boleh tunjuk aksi ringan2 di Skype, dan malam2 pom boleh bergayut hingga berdengkur dengan ada nya Supersaver kalau anda pelanggan Maxis atau plan Budddyz dari Digi. Barulah kena dengan tagline ~ Bersama mu..~ Okay, ini iklan tidak berbayar. Esok aku akan pulang ke hostel untuk memulakan minggu orentasi. Seri Iskandar dan rumah aku, jaraknya hanya lah sekankang kera, boleh saja aku mahu berulang alik dari rumah. Namun, memikirkan aku yang bukan seorang morning person, takut nanti hari2 kena berdiri luar kelas sebab datang lambat. Haha. Hujung minggu cuti, barulah pulang ke rumah sendiri ataupun bercuti di rumah kesayangan. Setelah kalah one to jus, minggu ini turn aku pula kesana.