Tuesday, 8 January 2013

Nilai

Aku cakap balik ;

Aku teruskan hidup.
Menangis, gembira atau apa sahaja yang datang aku cuba positif.
Betul cakap cikgu, aku perlu motivasi. Setiap hari.
Mungkin dengan cara berbeza.
Mungkin dengan cara hanya melihat jiran sebelah rumah mengecat rumah dia aku rasa termotivasi.
Mungkin dengan cara aku lihat orang lain tidur dari pagi sampai petang aku rasa termotivasi.

Tapi bukan semua orang macam aku. Setiap orang itu nilai dia lain-lain.

Aku pandang jiran cat rumah, aku rasa dia rajin, bagus dan rumah dia cantik.
Orang lain pandang mungkin rasa jiran itu nak menunjuk-nunjuk.

Nilai setiap orang sangat lain.






-jorahim