Wednesday, 26 June 2013

Battle Of The Chefs 2013

11.6.2013
Battle Of The Chefs ialah satu event yang diadakan 2 tahun sekali sama seperti orang menyambut hari lahir pada 30 February.Jadi selama 2 tahun, sempat la kita berlatih dan membuat persediaan untuk sebarang competition yang dimasuki. Walaupun kami hanya tahu beberapa bulan sebelum,  namun masih cool sebab biasanya kerja last minute itu lebih berkesan hasilnya. Eh? Seperti tahun sebelum2 nya BOTC di adakan di Strait Quay Convention Centre, Penang. Team kami dari GM Parit, Seri Iskandar pom tidak terkecuali dalam mencemar duli dan mencabar competitor lain. Pelbagi rintangan dan dugaan yang kami terpaksa hadapi sebelum kami dapat join BOTC ni seperti kurang sapot nya dari pihak pengurus sendiri,  nama kami tak tersenarai dalam list competitor yang menyebabkan Cikgu Izma terpaksa direct register kepada pihak BOTC disaat2 akhir, namun dugaan itu hanyalah dugaan.



Berbekalkan semangat gigih tanpa berputus asa walaupun kurang tidor dan rehat, perjalanan menuju cita2 pom bermula. Jauh perjalanan, luas pandangan, tapi  kami , jauh perjalanan gelap saja pandangan, sebab semuanya tidor sepanjang perjalanan kecuali  Hakim yang sememangnya wajib utk menemani cikgu Izma yang memandu dengan penuh berhati2 kerana banyaknya harta benda yang dibawa. Berlagak  saja guna GPS, tapi kadang2 GPS macam gampang juga. Selamat tiba di bumi DAP itu pada pukul 11pm, kami terus check in ke Golden View Apartment & Services yang telah dibooked awal oleh Kak Siti, merangkap isteri kepada Cikgu Azmil. Jangan berangan nak terus masuk bilik dan tidor, sebab banyak persiapan yang perlu dilakukan. Malam itu aku, Najwa dan Cikgu Izma bertungkus lumus menyiapkan showpiece beliau.

Day 1
12.6.2013


Hari pertama BOTC, pagi itu kelam kabut kami membantu Abg Zul membuat persiapan untuk competition beliau, Malay Ethnic : Ketupat Palas dan Rendang. Abg Zul masih sempat ke pasar borong untuk membeli belah disaat akhir untuk mencari daging segar dan santan segar. Namun , santan segar tu tumpah semasa nak keluar lif dan  kena pada kasut dan seluar aku. Sudahnya, satu rumah terpaksa mendengar bebelan 100ayat dalam 1 minit dari Cikgu Izma. Kalau aku jadi Cikgu pom aku membebel  juga sebab semua persiapan belum Abg Zul buat. Bukan tu saja, mandi pom belum. Tetap mandi lama, walaupun rambut tidak perlu disyampoo. Hehe.






Jam 2 ptg, kami bertolak menuju ke SQCC. Competition Abg Zul bermula pukul 3.30ptg, sementara menunggu beliau menghabiskan masa membuat rendang dan ketupat, aku berjalan2 melihat sekeliling. Banyak hasil product yang didispaly hasil dari competitior yang masuk bertanding. Showpiece, chocolate,  dessert platted, confectionary, cakes, fruit craving dan macam2 benda pelik yang boleh kita tengok dan belajar.  BOTC adalah bertaraf Asia, jadi selain Malaysia, banyak negara yang bertanding, seperti Thailand, Jepun dan Korea. Competitor dari Thailand adalah yang paling banyak menang medals. Ntah jampi sarapah bomoh Siam apa yang mereka amalkan. Namun, tidak dinafikan hasil tangan mereka sangat mengujakan terutama sekali dalam fruit craving.








Kembali kepada Abg Zul, jenuh kami menjadi tukang sorak yang hesteria utk  memberi kata2 semangat buat Abg Zul yang kadang2 seakan blur mungkin akibat darah gemuruh dan cemas. Namun, semua itu berbaloi dan tidak sia2 aku  mengilai kerana Abg Zul berjaya mengondol Gold Medal! Tahniah buat Abg Zul :) Petang itu pulang dari SQCC sebelum balik ke ampartment, kami mentahekdarah di gerai makan sekitar Gurney Drive. Gerai yang kemungkinan takde tikus, tapi banyak kucing2 yang berkeliaran. Walaupun Penang terkenal dengan dunia makanan, tapi harga makanan nya kadang membuat kami memandang wallet sendiri sebelum mengorder.  Aku membaham Char Kotew yang kering macam kena kemarau dan air kelapa.. Rasa macam kena minum air kelapa itu sekali dengan kulit nya baru berbaloi. Namun, hakikatnya..itu lah perit jerih realiti kaum Melayu yang mencari makan di Penang.  Setiba di ampartment, tanpa rehat dan mandi..kami menyambung semula kerja2 seni untuk menyiapkan showpiece.



Day 2 - 13.6.2013
Malam itu siapkan showpiece Cikgu Izma, aku dan Miera tidor pukul 5am sebab siapkan  showpiece tentang perkampungan Smurfs. Ini semua adalah hasil bersama Adele dan Cpa, Hasmira, Najwa, Izani ( hanya buat cerobing asap dan bridge) Hakim yang tolong colour kerak bumi, aku pula suka buat benda halus2 macam kebun stobeli, labu, tiang lampu. Finishing, kami dah tak larat sangat malam tu sebab banyak lagi rumput yang belum siap, jadinya semua piping sesuka hati saja. Cikgu Izma, Hakim dan Najwa pula tidak tidor. Aku tak tahu mereka dapat tenaga dari mana. Abg Zul awal2 lagi sudah berdengkur. Pagi2 lagi beliau cool sahaja sempat panaskan rendang untuk dijadikan sarapan. Cikgu Azmil dan Alif tiba pukul 5.30am dari Seri Iskandar. Bangun saja dari tidur, semua sudah meninggalkan kami dan membuat persiapan di SQCC. Kerana competition Cikgu Azmil ,Cikgu Izma dan Alif bermula 5am. Cikgu Azmil masuk competition Confectionary. Tahniah kerana berjaya merangkul erat Silver medal.  Ternyata itu lah harga yang perlu dibayar untuk pengorbanan beliau yang tak tidor selama 2 hari. Alif pula, dessert platted - dapat diploma. namun, beliau tidak berpuas hati selagi tidak mendapat medal. Dan Cikgu Izma tenang saja bila mendapat diploma dalam showpiece.







Jam 9am , Cikgu Izma jemput aku dan Mera untuk ke SQCC sebab competition kami bermula 10am hingga 12pm. Dengan riaknya aku dah update dalam entri sebelum ni ---> http://www.ainiesyeema.blogspot.com/2013/06/burning-like-silver-lining-of-vintage.html
Thanks pada Sis Kelly, sebab sudi tegur aku. masa aku tengah kalut competition. Beliau adalah kawan fesbuk aku. Sis, u're beautiful in person.
Hehe. Baru saja 5 minit competitiion tamat, baru lah clasmate kami datang mencemar duli. Tapi apalah makna bawa sepanduk besar, sebab competition baru saja habis. Namun, kehadiran korang sudah cukup untuk menunjukkan sokongan padu dari semua. Tak lupa pada Encik Ghazali yang turut datang mungkin untuk bagi support juga.

Sementara menunggu keputusan competition,  dengan buat muka keletihan dan tanpa rasa bersalah, kami melepak di kaki lima sekalipun sudah ada warning disitu. Sudah kena tegur dengan urus setia, baru la bangun.





Hehe. Sebelum kembali ke ampartment, perkara pertama yang wajib dituju ialah kedai makan, kelaparan tahap maksima akibat dari pagi tidak makan apa2.  Masih di area yang sama, Gurney Drive. kali ini betul2 berhadapan dengan laut. Baru sahaja selesai  mentakadarah, ttetiba angin kuat, habis kerusi2 bergerak, pokok patah depan mata. Bumbung restoran dah mula terangkat. Air laut naik tinggi, ombak kuat. Aku dan Najwa lari kebelakang stall tempat buat air, mamak yang kat situ pom terkejut. Yang lain semua lari masuk ke dalam restoran. Cikgu Azmil masih sempat bawa lari bersama roti telur dan air tea o. Papadom aku yang hanya tinggal plastik pom beliau pegang juga. Kalau berlaku darurat, Cikgu Azmil jela yang masih ada bekalan makanan. Bila angin mula sedikit reda, baru kami balik ke  ampartment. Malam tu  baru kami dapat tahu yang Penang dilanda ribut teruk sehingga mengorbankan 2 nyawa. Takziah. Mujur kami takde apa2 melainkan Chef Ela yang jammed ditengah jalan akibat tanah runtuh.



Day 3 -14.6.2013

Hari terakhir kami di Penang, kami check out sedikit awal sebab services di amparment ni sangat teruk tahap mak lampir. Semua benda nak caj tersembunyi, receiption sudahlah tidak mesra langsung. Kalau tak nak bagi sentuhan fizikal, sekadar senyuman pom jadilah. Sebelum ke SQCC buat kali terakhir, kami makan dahulu di gerai tepi jalan. Nama saja gerai, namun harga seperti kami di restoran. Tidak mengapalah janji perut dapat diisi. 

Tiba di SQCC, aku mencari mangsa bergambar  untuk dijadikan kenangan Bila datang event camni, barulah kita dapat jumpa chef2 yang hebat atau yang tak pernah kenal, sebelum ni, tapi mereka sebenarnya sangatlah hebat. Setiap chef yang lalu, aku tegur saja mintak untuk bergambar. Hanya Chef Sabri saja yang tidak berjaya ditemui, mungkin beliau sedang sibuk jalani pengambaran untuk program Spice Routes. Beliau juga adalah salah seorang judge untuk BOTC. Tapi jangankan chef, jejaka dan gadis kacak juga kami jadikan mangsa.









Disana juga ada booth jual chef uniform, jadi aku tidak  melepaskan peluang untuk beli sehelai kitchen jacket dan apron di Australia Tailor. Bila sudah rasa tiada apa nak buat lagi, kami pom beransur pulang dan meninggalkan Abg Zul yang ada dinner bersama chef2 hebat malam tu. Jadi Abg Zul mintak untuk balik sendiri. Kami datang dengan harapan, dan pulang ke pangkal jalan dengan kejayaan berserta senyuman. 


Setiba dirumah sewa, baru aku teringat anak2 ikan ku yang telah 4 hari ditinggalkan tanpa belaian kasih sayang dan makanan. Selama 4 hari mereka mungkin makan hasil kumuhan sendiri.