Saturday, 15 June 2013

Burning Like A Silver : Lining Of Vintage

.
langkah bermula.

Bermula dari berjayanya aku melepasi saringan dan dipartner kan secara paksa bersama Izani sebagai sebuah team, tapi beliau telah disingkirkan akibat kelebihan umur. Masa masuk ujian saringan, semua tak perasan yang dia umur 24. Beliau pula pura2 perasan muda. Partner seterusnya ialah Zaty. Namun, akibat masalah yang tidak dapat dipastikan, beliau juga disingkirkan. Pasangan bertukar ganti, hanya aku yang masih berada di takuk yang lama. Akhirnya, Miera pula dipilih utk menjadi partner. Didalam hati aku berdoa, agar biarlah ini pilihan yang terakhir kerana masa terus berjalan. Training masih belum bermula.  Selepas sah dan yakin, Miera lah pasangan aku yang akan kekal hingga ke akhir competition. Dibawah bimbingan Cikgu Izma, training pom bermula. Idea asal kami mahu menggunakan fondant. Tapi memikirkan masa hanya diberi 2 jam, fondant digantikan dengan buttercream. Masing2 punya otak macam makan kismis setiap hari, idea sentiasa nak ubah2 dan suka menokok tambah, 2 minggu sebelum  competition barulah dapat idea yang tetap . Training, scrap , do it again and again until perfect.

Lining Of Vintage

13.Jun.2013 it’s a day. Battle Of The Chefs 2013
Malam tu aku tidor pukul 5am sebab tolong Cikgu Izma siapkan showpiece. Hanya tidor 3 jam, pukul 8 aku bangun dan terus siap2 untuk ke Strait Quay Convention Centre yang jaraknya hanya 5 minit perjalanan nya dari Golden View Ampartment jika menaiki van yang dipandu laju oleh Cikgu Izma.   Mahu bawa bekal makanan, memang tak sempat nak beli.  Jadi, aku hanya bekalkan doa dan restu ketika masuk ke dalam convention centre. Competition bermula pukul 10pg hingga 12pm. 2 tier cake harus disiapkan within 2 hours.
Surprise me ! Kami harus menggunakan topping cream yang diprovided oleh sponsor. Come on, topping cream sudah lah mudah split dan selama ini kami hanya berlatih hanya menggunakan buttercream. Namun, dengan semangat tanpa mudah putus asa, aku guna saja cream yang telah diprovided. Kena beat on the spot. Time frame aku lari jauh 20 minutes, masa training, utk coating dua2 cake hanya ambil masa 20 minutes, disebabkan aku tak reti nak bajet berapa banyak cream yang harus dibeat, cream aku tak cukup, dah harus dibeat lagi. Coating saja makan masa 50minutes.  Ikut design, coating warna peach, akibat menggunakan topping cream, aku tak nak ambil risiko cream split dan watering, jadi  aku coating saja warna putih. Sementara tungggu cream dibeat, aku pura2 sibuk bersihkan meja sebab point untuk teamwork juga diambil kira Namun, lakonan pura2  aku itu berjaya dikesan oleh Cikgu Izma. Hehe..




Jam pertama aku yang  sedang gigih mengcoating cake dan Mera yg sedang tekun mencipta roses  dan daisy dari gumpaste  masih tenang dan siap boleh bergosip. Aku masih sempat betulkan tudung dua kali sebab rambut asyik nak terkeluar sekalipun aku dah pakai serkup. Aku sempat say Hi pada sis Kelly Wather yang datang menyapa aku. Kalau Cikgu Izma tak tegur, mesti aku pergi salam dan laga2 pipi dengan beliau. Hihi. Thanks sis Kelly. Para penyokong, Hakim , Alif dan Najwa hanya kerja  mengutuk saja. Selesai aku coating kedua2 biji kek. Tiba masa utk stack kan kek. Kat sini lah berlaku sedikit accident yang mana tangan Miera tertarik sekali dengan cream pada kek atas yang menyebabkan kek mengalami injured. Banyak mata yang memerhati termasuklah juri2.  Sepantas kilat aku scrap dan cover semula. Miera dah jammed. Masa terus berjalan, design  masih banyak belum buat.  Aku mula jadi kelam kabut, cream dah mula split, pecah2, cream tak cukup. Tangan shacking masa aku piping design S scroll. Brige aku tak floating. Terlalu banyak mistake aku rasa. Masa tu aku dah tak pandang orang keliling, hanya kejar masa.

injured

Time’s up! Siap ontime termasuk display. Semua dihalau keluar dan harus berkumpul semula dalam masa 15minit sebab judges nak mengkaji sambil memuji dan mengeji hasil tangan oleh kami yang masih green horn sebab all of us adalah students.  Keputusan telah dibuat, judges berjumpa dengan kami semua dan memberi sepatah kata dan kata semangat sebab apa pom keputusan yang bakal keluar, ia bukan lah satu pengakhiran. Barisan juri ialah Chef Eric Roos, Chef Buddy Trinidad, Chef Randy  Chow dan  Chef Jochen Kern.Sebelum bersurai, tanpa segan silu, aku memanggil Chef Randy dan Chef Eric untuk mengomen secara personal tentang pandangan beliau terhadap kek kami. Alhamdullilah, tanpa perlu menggunakan ilmu pengasih.. beliau memuji hasil kerja kami tapi turut juga mengeji  kesilapan dan kelemahan yang ada. Ya, ianya masih belum cukup sempurna.


Keputusan keluar pada pukul 3 ptg dan tanpa menghiraukan mata2 liar yang memandang, aku dan Miera menjerit dan berpelukan kegembiraan! Syukur tak terhenti. Usaha selama ini sangat berbaloi. Kiraan dalam competition, bukan macam hari sukan. Ada tempat pertama, kedua dan ketiga. Tapi adalah mengikut point. Jika point kita melayakkan untuk dapat gold, kita akan dapat gold. Begitu juga dengan silver,dan diploma. Tahniah juga buat Kolej Komuniti Selayang yang mendapat bronze dan diploma.



 

Thanks to all. My partner, Miera yang turut sama2 gigih berusaha utk kita sama2 berjaya. To our mentor, Chef Syaifa Izma dan Chef Azmil, terima kasih untuk segalanya, for supporting us, beri tunjuk ajar , kata semangat dan tak jemu2 ajar aku yang bengap ni hingga dah habis semua ayat dalam dunia ni untuk diexplain bagi aku faham. Tanpa bimbingan mereka, aku takkan berjaya. For my parents, my family and my frens, thanks for doa dan restu. To my Bintang yang selalu kena tinggal bila aku pura2 sibuk  atau betul2 sibuk, yang selalu merajuk, tapi aku tak pernah pujuk, yang sekarang sakit..tapi masih kuat untuk aku, kejayaan ini hadiah buat kamu. 
 
1tahun 7bulan