Sudah 2 minggu aku disini, suasana baru yang sangat memberi jiwa baru pada aku. Seminggu 7 hari aku ketawa, akan ada satu hari yang akan buat aku menangis, tapi kanan kiri tetap sentiasa beri kan senyuman. Belum jumpa lagi sesuatu yang aku nak rungut dan complain. Belum jumpa, its doesnt means takde. Haha. Jalani hidup sorang pelajar, untuk masuk kembali ke alam ini, sesuatu yang agak benak bagi aku. Dah lama tinggalkan dunia teori, terasa bengap, minum air rebusan buku pom belum tentu aku pulih. Tapi Alhamdullillah, untuk exam modul pertama yang kompem2 nya teori, purata semuanya lulus. Jelas yang ilmu yang aku ada hanyalah setitik dari lautan ilmu yang Dia punya, banyak benda yang perlu aku kejar, start from zero, from nothing to something. Weekend, aku akan pulang ke kampung halaman, dari aku membazirkan masa melepak di hostel yang aktiviti nya hanya bergosip, lebih baik aku pulang untuk berbakti. Tiba di rumah, aku disambut oleh senyuman dari buah hati, Marimar. Rindu bangat sama semek kelate hok comey nie. Make paje mung nie..
Passion ialah bermaksud minat atau keghairahan, Namun, jika anda merasakan apabila selepas anda memakan passionfruit ini, ia akan memberi kesan ghairah seperti ubat tenaga batin atau viagra, anda adalah salah sama sekali. Bila makan buah ini, aku teringat masa zaman kecik2 dulu, aku suka makan buah letop2. Ntah apa nama santifiknya aku tak tahu. Yang aku tahu, badan nya berbulu, bila makan ada biji2 macam buah markisa ini. Kemungkinan besar buah letop2 dan markisa datang dari keturunan yang sama. Itu aku masih tak sempat nak kaji.
Basic aku gunakan serpihan biskut oreo yang dihancurkan dan ditumbuk dengan kejam. Di pasaran gelap, ada jual serbuk sekut ini. So, aku guna yang ready made. Kalau tak jumpa, anda beli saja sekut oreo, buang kan cream nya. Dah hancurkan2 jadi serpihan2 kasar. Nak lebih halus boleh tumbuk dengan lesung batu atau blend je dalam blender. Boleh juga gunakan digestive biscuit. Resepi asal cheesecake ini aku seludup dari http://www.taste.com.au .Aku ambil tanpa minta izin, sapa suruh letak resepi merata2 di tempat umum, kan pakcik Google dah dapat jejak.
Bahan yang diperlukan sangat mudah didapati di kedai2 runcit bersebelahan rumah anda ;
50g sekut oreo yang dihancurkan
15g unsalted butter, melted (aku guna buttercup)
1/4 tsp ground cinnamon ( optional )
100g cream cheese, at room temperature ( aku guna cap tatura )
2 tbs caster sugar
2 tsp milk
1/2 tsp vanilla essence
125ml (1/2 cup) whip cream
60ml (1/4 cup) fresh passionfruit pulp
2 tsp caster sugar
2 tsp water
1/4 tsp gelatine powder
- Gaulkan serpihan sekut oreo bersama butter dan sedikit cinnamon powder ( optional ). Butter haruslah dibiarkan ia cair pada suhu bilik tidur anda. Gaul sebati sehingga serasi dan lembab bersama. Tepekkan ke dalam cawan/loyang/bekas. Anggaran ketinggian dalam 1/2 inci - 1inci. Sebenarnya lagi tebal lagi sedap. Serius. Tak tipu. Ratakan, kemudian sejukkan ke dalam peti.
- Bahan A
- Pukul cream cheese penuh kekejaman hingga kembang, masukkan gula. Pukul lagi mereka berdua hingga lebam.
- Masukkan susu. Aku guna susu sejat cap ape ntah, lupa. Tak kisah la susu apa pom, cuma susu ibu aku tak pasti boleh ke tak.
- Bahan B
- Dalam mangkuk ayun yang lain, pukul whip cream hingga kembang semangkuk dan masukkan esen vanilla serta gula. Pukul hingga mereka sebati dan serasi bersama.
- Kacau serbuk gelatin di dalam air panas hingga larut.
- Masukkan ke dalam adunan whip cream tadi.
- Gabungkan kedua2 bahan aduan A dan B.
- Masukkan isi markisa ke dalam aduan , gaul2 bersama hingga mereka serasi bersama. Bau lah terasa keenak kannya bila anda makan dan tergigit isian markisa tadi.
- Masukkan ke dalam bekas yang comel. Aku masukkan guna piping, so.. tak la comot2 wajah bekas yang comel tu. Just taruk ke dalam plastik, kemudian paipkan ia.
- Ratakan dan lap2 la mana yang comot2. Letakkan isi markisa/ passionfruit di atas kek sebagai sentuhan terkahir, namun, jika anda mempunyai daya kreativit yang luar biasa, silah deco dengan penuh semangat kesenian kerana presentation haruslah cantik sebab nak makan, ia bermula dari mata dan barulah jatuh ke anak tekak. Tahap kesenian aku, cukup sampai itu saja.
- Kemudian, seksa ia didalam peti sejuk selama 4-5 jam atau sehingga ia telah 'set'. Kalau dah nafsu makan jenis tak dapat dikawal, anda lahap saja lah tanpa perlu membaca doa makan.
Dessert ini kami sekeluarga lahap sebagai pencuci mulut dan gigi semasa selesai membaham makanan tengahari. Lunch istimewa ikan kembung bakar hasil titik peluh abah aku yang jenuh pasang arang di belakang rumah, dicecah dengan budu import dari Kelate, sayur sawi goreng hasil tangan Mashi yang tawar lupa taruk garam kot, dan diakhiri dengan dessert istimewa hasil air perahan tangan aku.
Keluarga aku adalah juri2 tetap yang sentiasa jadi mangsa pertama dalam aku mencuba resepi2 baru, komen mereka untuk dessert kali ini, taste nya boleh dikatakan ohsem. Cuma kandungan isi buah yang terlalu banyak membuatkan kek itu terasa super sour. Passionfruit memang2 dilahirkan dengan rasa masam sikit manis. Kalau dah terlebih letak, kompem la yang makan semuanya muka berkerut menahan kemasaman. Kalau dapat isi buah yang manis, rasanya memang walah..Yelah, first trial, so..perasaan sangat eksited la kan. okay, aku tanpa segan silu puji dan kutuk diri sendiri.
Harini Isnin, clas dah mula seperti biasa. Bermula bulan Feb, clas amali pom bermula.Yeah ! Aku orang teknikal, skill..bila hadap benda2 teori, memang automatik mata jadi ngantok, fikiran jadi lost. Teringat kesayangan yang jauh dimata, dekat dihati, di jantung dan limpa. Cactus, beta fish dan and bejuta-juta kasih sayang yang mencurah curah.
Ailebiyu.