Wednesday, 5 December 2012

Mencemar Duli Di Negeri Anak Mami Part 3

Day 3
Apa guna jika pergi ke pantai tapi tidak mandi laut. Takkan mahu pandang saja kan. Hari ke tiga dan juga hari terakhir kami disini, selepas membaham sarapan di cafe yang sama tapi menu sikit berbeza. Kami semua menuju ke pantai yang sesuai untuk mandi manda. Agak jauh sikit dari ampartment. Aku tak mandi laut, sebab tak pakai bikini.Takkan mahu mandi pakai tshirt dan jeans pula. Aktiviti aku berjalan di tepi pantai mengutip kulit kerang untuk jadikan hadiah buat kesayangan.



oh my english !
Aku terserempak dengan sejenis haiwan laut yang tak pasti spesis nya. Tapi wajah dan rupa seakan makhluk asing. Asri pula rajin kutip dan simpan dalam botol untuk dibawa pulang. Sampai di ampartment, barulah aku menunjukkan bakat berenang di swimming pool.

Misi terakhir ; kami singgah di Georgtown untuk membeli belah apa yang patut. Aku belikan cenderahati berupa cermin comel untuk cermin diri sendiri buat Bell, Ina dan Geeda. Buat kesayangan, aku belikan tshirt Kimberly, jeruk kelubi dan jeruk salak, kesayangan suka makan jeruk tak padan dengan ada semput. Jeruk Madu Pak Ali menjadi pilihan. Banyak mak aku borong untuk dibawa balik buat pekerja2 beliau. Jeruk Pak Ali adalah diantara jeruk yang tersohor tanpa bahan kimia dan pernah masuk berita Utama TV3. Encik B.O pom ada pesan jeruk ini tapi memang sekadar pesan di mulut saja lah.


Sebelum melangkah keluar dari Penang, kami membaham makan tengahari di Juru. Aku lahap mee udang sebagai santapan kali terakhir air tangan warga Penang. Kebanyakkan gadis2 di Penang, semua cun2 hitam manis. Kalau aku ni laki, kompem aku ngorat buat awek. Nak jadi pengkid, aku pakai tudung pula. Jejaka2 disini semua muka mix. Mata lawa2. Nak cari melayu biasa agak jarang ditemui kecuali di seberang sana. Jadi, melayu di penang, adalah melayu mamak/anak mami. 


Tipikal mengatakan kereta no plat P biasanya agak langsi. But no wonder kebanyakkan nya pemandu di sini langsi, sebab trafic disini sangat sesat dan sesak. Sudah lebih kurang KL, tapi KL jalan nya besar. Ini sudah lah jalan tak sama saiz, bandar sangat padat, masing2 bersaing semua nak cepat. Kalau aku bawa kancil PGC aku tu, mesti aku pom boleh berlagak langsi. Berakhir lah percutian selama 3 hari 2 malam di negeri anak mami. Bercuti memang seronok lagi2 bila bersama kesayangan dan sahabat handai. Tapi sebelum bercuti, pastikan bajet anda sesuai dengan tempat yang dituju. Nanti ada yang tak lepas balik rumah. Hehe. Sepulang dari bercuti, poket aku sudah kering kontang.


with love
Mencemar Duli Di Negeri Anak Mami part 1
Mencemar Duli Di Negeri Anak Mami part 2