Wednesday, 5 December 2012

Mencemar Duli Di Negeri Anak Mami Part 2


Day 2
Bangun bersama senyuman dan kesejukkan. Sudah lah tingkat 25, suhu aircond pula dibawah paras beku.Kami ambil pakej + breakfast di Violet Cafe House, jadi disebabkan buffet sehingga 10.30am sahaja, aku terpaksa bangun awal dari kebiasaan. Pagi itu aku membaham sarapan ala2 omputih. Tapi tak payah omputih sangatlah, makan nasi goreng jugak. Menu Nasi Goreng tak cukup rasa, telur hancur, sosej kurang masak, ayam masak kicap, salad + thounsand island dan air oren sunquick. Selepas kenyang perut suka hati, aku menhasut dua bodyguard ku, Asri dan Neezam untuk berjalan2 menghirup udara segar di tepi pantai yang indah. Sebelum menuju ke pantai, kami lalu di lorong gelap, dan ada terserempak dengan deretan Land Rover usang zaman komunis datang ke malaya. Pantai di kawasan ampartment agak kotor dan anjing berkeliaran mencari tuannya. Jadi, hasrat untuk mencuci mata melihat aksi2 terlarang terpaksa di batalkan.


Misi seterusnya ; Memanjat Bukit Bendera @ Penang Hill.
Tiket bagi dewasa untuk menaiki kereta kabel ialah rm8/seorang. rm4/warga emas dan percuma bagi warga OKU. Asri pura2 menjadi OKU namun rancangan itu gagal akibat ketiadaan kad pengesahan OKU. Selepas memakan ubat anti gayat, kami beramai2 berasak2 seperti menaiki komuter. Perjalanan menuju ke puncak lebih kurang 15minit. Kali terakhir aku menaiki kereta kabel disini pada usia ku 3 tahun, masa tu abah aku bawa aku, dan 2 abang ku berjalan di Penang. Tapi time tu kereta kabel tidaklah secanggih sekarang. Tak pasti sama ada kereta kabel masa dulu menggunakan tenaga manusia atau minyak diesel. Yela, umur 3 tahon, apa pom aku tak hingat.





Di puncak bukit terdapat 5 biji teropong yang anda boleh manfaatkan untuk skodeng warga Penang. Cuma masukkan 50senx2 kedalam teropong itu. Kalau anda bernasib baik, mungkin boleh lihat aksi cubaan bunuh diri mahu terjun dari Penang Bridge. Setiba di puncak, pelbagai aktiviti boleh diadakan seperti menangkap gambar bersama ular sawa, owl muzium, dan yang menarik, origami belalang kunyit yang dianyam dari daun kelapa boleh dibeli dengan harga rm2/seekor. Sebelum turun, aku melahap Banana Spilt sebagai penghilang dahaga. Sejuk2 makan eskem terasa nyaman.



Misi seterusnya ; Lawatan Di Masjid Terapung

Sekarang ini masjid dah macam muzium, menjadi tempat lawatan untuk dikunjungi. Kunjung untuk solat, itu lagi baik sebenarnya. Tapi disebabkan kami musafir dan gunakan kesempatan itu untuk Jamak Takdim Zohor-Asar, takkan mahu solat Asar buat kali kedua pula. Aku je yang solat jamak Takyah. Eh? Masjid ini hanya nampak terapung dikala air laut pasang saja. Kami pula datang disaat air laut surut, jadi masjid itu takde la nampak terapung sangat. Kalau time air pasang mesti cantek reflection yang terhasil di permukaan air. Ceh, nak gambar cantik, pakai camera digital saja. Huh..i miss my dslr yang hilang itu.

Misi seterusnya ; Spice Routes di Tropical Spice Garden
Ingat  Chef Adabi saja yang boleh buat rancangan Spice Routes? Kami pom boleh la. Aku, Asi dan Neezam tiba pada di taman herba ini agak lewat. Kami masuk secara senyap2, kaunter pom takde orang jaga. Dengan muka toya dan selamba, kami berjalan melihat pokok2 herba yang terdapat disini. Lanskap disini sangat cantik, ada tasik buatan, dan terdapat sampan kecil tapi tak boleh naik, takut nanti terbalik. Setiap pokok  herba ada maklumat yang disediakan berserta nama santifik dan kegunaan. Hutan di taman itu agak tebal, bila hari semakin gelap, cuak pula kami untuk berada disana lama2. Nanti disorok hantu pokok Kacip Fatimah pula. Harga tiket bagi dewasa ialah rm15/seorang. Kanak2 belum akil baligh rm10/seorang. Tapi kami masuk takde tiket dan percuma sebab ingatkan masuk free. Hehe.




Misi terakhir ; Sun Goes Down



Mencemar Duli Di Negeri Anak Mami part 1
Mencemar Duli Di Negeri Anak Mami part 3