Wednesday, 5 December 2012

Mencemar Duli Di Negeri Anak Mami Part 1



Day 1

Pulau Pinang adalah salah sebuah negeri di Malaysia. Negeri dibawah naungan pihak pembangkang dan majority ditakluki oleh bangsa cina yang sepet mata nya. Tarikh 27 Nov 2012, aku dan kaum kerabat bercuti di sana selama 3 hari 2 malam. Selepas membaca doa naik kenderaan secara solo, kami bertolak dari rumah pada pukul 10 pagi. Sepanjang perjalanan yang memakan masa selama 5 jam dari Perak aku isi dengan bermimpi disiang hari akibat kepenatan berjaga di malam hari nya sehingga pukul 5pagi. Celik mata saja, aku sudah sampai di negeri anak mami itu. Benda pertama yang kami tuju ialah penginapan. Abg aku, Zul yang memang menetap disana dan bekerja di Bayview Hotel menunggu ketibaan kami di Batu Frengghi. Ampartment yang bakal menjadi mangsa kami betul2 berada di hadapan laut tapi kena seberang jalan di Seaview@Sri Sayang Ampartment, tingkat 25th, bukak tingkap nampak laut, boleh terus terjun.


Setiba aku di ampartment, aku sambung lagi tidor untuk mengecas tenaga sementara menunggu malam menjelma. Bangun, dan misi memburu makan malam bermula. Pepatah ada mengatakan, Pulau Pinang adalah syurga makanan, tapi disebabkan majority kaum kerabat aku tidak mengemari makanan mamak, jadi memang jadi tak lengkap percutian di Penang ini bila tak dapat baham makanan mamak di gerai Nasi Kandar yang tersohor seperti Nasi Kandar Line Clear ataupun beratur di Nasi Kandar Beratur. Pilihan yang menjadi tempat membaham atas hasutan pemandu pelancong tak berbayar, ialah di Tanjong Bungah  Cis ! Jauh2 datang, makan Lamb Chop, Chicken Chop dan Sate saja.


Selepas puas mentakdarah, kami beramai2 menuju ke Ferengghi Nite Market untuk mencuci mata. Gerai2 berderet sepanjang jalan di pekan Batu Ferengghi. Kalau anda OKU atau malas nak jalan, boleh naik beca yang disediakan dan tambang yang dikenakan bergantung pada berat badan anda. Jenuh nak kayuh. Suasana disini sama saja seperti Uptown, Downtown, Gerbang Malam, Petaling Street dan yang seakatan dengan nya. Segala macam benda ada yang anda boleh borong dengan harga yang boleh ditawar sampai turun separuh harga. Yang banyak dijual, handbag tak ori, dvd haram rm4 sekeping, tshirt, dan cenderahati. Dengan lagak seorang pelancong tempatan, aku borong sekeping bikini dan sehelai rantai yang diukir 'Wo Ai Ni' yang membawa 2 maksud, 'aku ainie / aku chenta pada mu'  Ntah betul entah tak. Kalau tukang ukir tu mencarut pom, aku bukan paham tulisan kantonis. 

firework



Mencemar Duli Di Negeri Anak Mami part 2
Mencemar Duli Di Negeri Anak Mami part 3