comey yang comel |
red velvet |
Selama 8 hari aku makan tanggung berak cangkung disana. Sementara menunggu hari untuk memulakan zaman persekolahan, aku menghabiskan masa yang ada bersama kesayangan. Hari2 yang dilalui diisi dengan misi melawat tempat2 menarik di sekitar Melaka, menolong Kak Ina memasak di dapur dan menghabiskan masa melayan korea movies selama berjam2 hingga lupa mandi. Demi menemani kesayangan yang nampak kurang macho bila melayan K-Pop, aku merelakan saja hati ini untuk menonton movie Korea klise yang jalan cerita nya lebih kurang sahaja. Cerita tentang gadis bodoh alam, tunggul dan kelam kabut akan jatuh cinta dengan jejaka kacak rebutan ramai. 3 movies sempat dikhatamkan. Perfect Couple, You're Beautiful dan Playful Kiss. Cis ! nak tak nak, terpaksa juga tengok sampai habis bersama2. Dalam entri berepisod ini aku garapkan semua tempat2 menarik dan aktiviti terlarang yang aku buat selama 8 hari 7 malam disana.
MELAKA BERSEJARAH
Day 7- Negeri Melaka adalah negeri bersejarah, banyak bahan sejarah peninggalan dari jajahan Sultan2 Melayu dahulu kala, Portugis dan Baba Nyonya. Kalau sampai di Bandar Melaka, boleh la adakan lawatan sambil belajar di tempat2 sejarah. Aku sekadar berjalan2 di sekitar bandar melaka sambil melihat pelancong2 yang giat melakukan aktiviti pengambaran. Banyak beca disediakan, dengan caj dikenakan pada harga rm40/ sejam, Kalau berat badan anda melebihi 70kg, baik lupakan saja hasrat itu kerana kebarangkalian akan dikenakan caj tambahan. Penat berjalan, kami melepaskan lelah di MekD dengan membaham Prosperity Burger dan Pineapple Pie yang aku rasa rugi beli sebab rasa nya tak best. Sedap lagi Apple Pie. Haish..
PUSAT REKREASI SUNGAI UDANG
Day 7 -Berhampiran dengan Masjid Tanah, ada satu kawasan yang diberi nama Sungai Udang. Kemungkinan disitu adalah pusat udang2 berkumpul disungai2 berdekatan. Terdapat satu taman yang sesuai untuk kita berjoging sambil bercanda. Taman Reakerasi Sungai Udang. Disebabkan aku sudah kurus kering, aku memang jarang bersenam, jadi aku dan kesayangan sekadar berjalan2 mengelingi taman, tak sempat keluar peluh, dah masuk kereta. Aku sayangkan lemak2 aku. Terdapat banyak pokok2 hutan berserta nama saintifik nya. Ada sehelai sungai disediakan, tapi tidak dibenarkan mandi atau memancing. Tapi siapa yang sanggup berenang kat sungai tu pom. Macam lubuk saja.
GADEK HOT SPRING
Day 5- Misi di malam hari pula ialah mandi manda di Gadek Hot Spring. Kolam air panas terjadi hasil dari tindak balas sulfur dibawah tanah..mahu tahu lebih lanjut sila masuk kelas Sains. Tiket masuk ke Gadek Hot Spring ialah rm5 bagi dewasa dan akil baligh. Terdapat banyak kolam2 buatan manusia disediakan dan air panas dipam dari kolam asli yang ada di bahagian depan laluan pintu utama . Bagi yang penakut, anda hanya boleh main celup2 kaki saja.
MACAM MELAKA TIADA BOWLING
Day 2- Untuk mengisi kebosanan, Zack, Farah, aku dan kesayangan menuju ke Seremban 2. Sekadar melepaskan gian bermain bowling, macamlah di Melaka takde bowling. Aku juara pada 1st round, 2nd round jatuh tempat kedua, kalah di tangan Zack. Farah terkial2 dan hanya masuk longkang. Rental shoes sangatlah buruk dan busuk. Jadi, aku pinjam kasut kesayangan, tapi bau macam lebih kurang sama saja. Hehe.
Selepas melepaskan gian, tempat dituju, MPH. Aku cari buku resepi dan kesayangan pula beli buku Soduku. Ada juga teman2 aku yang masih tinggal di sini, banyak kenangan aku di Seremban 2. Lepas pulang dari Labuan dulu, Seremban 2 pernah menjadi kawasan jajahan aku selama 5 bulan. Dah banyak kemajuan, pusing2 Garden Homes, terserempak cawangan baru Saraya Zahret. Aku sempat kol bekas skandal, Az. Tapi beliau sedang main futsal pula. Tak dapat la nak jumpa setelah sekian lama tak bertentang mata. Mahu lepak S2 City Park, cuaca pula seperti mahu hujan. Jadi, kami pulang saja ke Melaka membawa kenangan.

Kedalaman kolam utama paras airnya hingga ke pinggang aku yang berketinggian wanita Asia normal. Boleh main selam2, tapi aku berendam hanya sekadar hingga ke pinggang sahaja. Tak sanggup masuk hingga ke kepala walaupun dicabar oleh kesayangan. Istimewa nya kalau anda mandi di kolam air panas, secara tak langsung lemak2 tersembunyi di pinggang dan perut akan turut terbakar, dan peluh mula membasahi. Kemungkinan besar, jika anda berendam selama 2 jam, boleh menurunkan berat anda sehingga 2kg. Kot. Nak kencing pun tiada masalah, kerana panas hasil kumuhan, sama saja dengan panas air di dalam kolam. Jadi, jangan sesekali terminum air dari kolam air panas ini kerana tahap kebersihan meragukan akibat pembuangan sisa2 kumuhan.