Wednesday, 8 August 2012

Party Iftar Ramadhan 1433H

Saat terindah dimasa bulan puasa ini ialah bersama keluarga tersayang menunggu di meja makan , merenung pelbagai jenis juadah yang diborong mengikut hawa nafsu di bazar berdekatan sementara menunggu azan Maghrib berkumandang untuk seisi membatalkan puasa. Walaupun keluarga ku jauh dimata, namun mereka dekat di Facebook. Oleh kerana aku tiada keluarga disini, dan perlukan perhatian serta kasih sayang, aku haruslah berpura2 menganggap teman2 disini sebagai keluarga ku sendiri.

Part I
29/7/2012 - 9 Ramadhan 1433H

Sebagai seorang gadis yang mempunyai nafsu makan luar biasa, aku tidak berupaya untuk menolak hasutan Abg Jay dan Wada untuk iftar di rumah mereka yg terletak di Sri Semarak, Setapak. Nama saja Setapak, hakikatnya rumah mereka beribu tapak dari Damansara. Abg Jay adalah salah sorang dari barisan abg long yang berbadan sasa dalam kumpulan futsal D'Blisz. So, jangan main2 la. Aku dan Honey tiba sebagai tetamu yang paling akhir sekali datang, datang bukan saja membawa tangan yang kosong malah perut juga kosong minta diisi gara2 malas bangun sahur.
baru masa pertama..

Pelbagai juadah disediakan oleh Wada dan Abg Jay, ada juga juadah yang dibawa oleh kawan2 yang datang  dan mendakwa itu adalah hasil tangan mereka. Pelbagai jenis genre makanan yang ada, kalau nak western, boleh baham Spaghetti Bolog, nak genre kampung, ada ikan masin, masak lemak ayam warna kuning, aku makan sampai kuning jari, kuih muih bulat2 warna hijau ada kelapa hasil gentelan Izan, Kimi, Wada dan Atip, puding jagung kegemaran As, kek batik yang ada 2 versi dan puding caramel Honey baham sampai 3 slices, dah la mkn tak habis, tamak sungguh, last2 aku pula kena habiskan. Biasalah bulan puasa kan walaupun syaitan telah dirantai nafsu serakah masih ada.
sedang menggentel kuih gentel
Oleh kerana tidak manis jika kami menempah billik karoke di waktu2 bulan mulia ini, kami mengerjakan set karoke milik tuan rumah. Sempat juga aku karok satu lagu Sarah bini Mamat Sepah. Mahu nyanyi yang berunsur ketuhanan, lagu Maher Zain tiada pula. Seorang demi seorang pulang kerana masih ingat jalan pulang ke rumah, aku dan Honey mahu pulang juga kerana risau Gaga, Akon dan Omok kelaparan. Namun dihalang dan dihasut oleh mereka, sudah nya, bergelimpangan lah kami di ruang tamu. Dari 17 orang yang hadir.. hanya tinggal kami bertujuh menunggu waktu Sahur sambil khatam dvd Step Up 1 hingga Step 3. Last2 tak sapa yang bangun Sahur pom. Semua nya nyenyak tidur kerana sesungguhnya tidur itu lebih enak dari makan.


Nway, thanks to tuan rumah, Abg Jay dan Wada atas kesudian menjemput kami makan free, memasak Spaghetti yang sedap hingga aku tambah 2 kali dan tkasih membenarkan kami membuli Aboy hingga beliau keletihan untuk bermain. Hehe. Raya nanti jemput la lagi. Eh?

*gambar ehsan fb milik tuan rumah.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Part II
5 Ogos 2012 - 15 Ramadhan 1433H

Seperti gambar rajah yang di highlight diatas, party iftar kali ini disambut sempena majlis ulangtahun anak angkat Tam yang pertama.  Misha, nama penuh serta nama bapa sebenar aku kurang pasti. Majlis di adakan di restoran tepi jalan Sungai Buloh yang aku lupa namanya. Seperti biasa, aku dan Honey datang hanya membawa perut yang kosong saja minta diisi. Tiba di restoran pura2 buat muka lapar kerana berpuasa. Padahal sebelum keluar rumah sudah makan maggi sebungkus. Ala, aku tak puasa tak bermakna aku sengaja, tapi terpaksa. Hehe.

       
Menu iftar hari itu diorder dan ditanggung oleh penaja, Tumyam Campor, Telur Dada, Kangkang Belacan (sengaja typo), Kailan Goreng dan febret Honey, Daging Goreng Kunyit. Semuanya dipelahap penuh rakus sebaik saja azan Maghrib berkumandang. Banyak makanan tak habis. Takpe, kami tak rasa rugi sebab bukan duit kami yg keluar. Hehe. Kemudian diakhiri dengan kek coklat Angry Bird sempena hari jadi Misha. Aku kurang minat dengan kek span + buttercream, jadi aku tengok saja.

budak gemok!!! 
Selepas puas memuaskan nafsu makan, kami sambung melepak di rumah Mama Misha sambil menonton perlawanan badminton Olimpik London antara Lee Chong Wee dan musuh ketat beliau sejak azali, Lin Dan. LCW kalah tipis saja. Aku pun tak tahu apa jampi bomoh siam yang si Lin Dan ni guna. Hampa lah seluruh rakyat Malaysia yang ponteng tarawikh malam itu sebab tak dapat nak makan eskrem Baskin Robbin percuma. Tapi dengar cerita malam itu Nasi Kandar tetap diberi percuma walaupun LCW kalah. Cis, rugi tak lepak Nasi Kandar Kayu Manis malam itu. Boleh mengilai bersama2. Walaupun aku tak makan mamak, sebab bukan canibal, tapi kalau makan free, memang takkan ditolak.


iklan kaca mata