Kehadiran binatang peliharaan di rumah seharusnya menjadikan hidup kita lebih gembira, lebih ceria dengan gelagat mereka yang comel dan wajah mereka yang tidak bersalah itu. Perkara tersebut adalah applicable untuk semua jenis binatang peliharaan seperti kucing, anjing mahupun tupai terbang. Ikan tak termasuk sebab aku tak penah tengok mimik muka mereka. Rutin harian, sebelum pulang ke rumah, aku akan singgah sebentar ke SpeedMart untuk membeli lunch buat anak2 yang tak diwajibkan berpuasa. Akon, Gaga dan Omok. Nama mereka saja sudah melambangkan mereka bukan Islam, malah mereka juga belum akhil baligh utk sama2 berpuasa. Akon dan Gaga adalah hasil adopted dari Omiey Home. Sebuah pusat jagaan kucing yang beroperasi di Kepong, tapi mereka ada cawangan di Uptown Danau Kota. Untuk saja2 pergi ke Uptown, memang bukan aku la sebab aku kurang menggemari utk bershoping di tempat yg sesak dan panas walaupun di malam hari. Uptown ibarat one stop centre. Apa yang anda mahu, semua ada. kalau orang pun boleh jual secara sah, dah lama aku lelong Aben untuk dijual. Haha. Jika anda juga bercita2 mahu mengangkat anak kucing comel tapi tak nak keluarkan wang disaku, boleh dapatkan free adopted di Omiey Home.
Akon dan Gaga aku dan Honey adopted secara halal melalui Jabatan Kebajikan Kucing, tapi Omok atau nama sebenar beliau Gemuk adalah hasil kutipan di tepi jalan. Dah la yatim piatu, anak lorong pula Omok ni. Tapi abaikan saja asal usul beliau, yang penting Omok antara yang tercomel di kalangan mereka dan disebabkan dia yang terakhir datang, selalu la kena buli tanpa belas oleh Akon dan Gaga. Itu belum termasuk kena gigit telinga oleh Honey dan dihagah oleh Tam. Dorang ni kurang menggemari keropok moni versi kucing iaitu biskut kering, taste tak nak kalah, nak makan yang mahal2 jer, hari2 kena suap Whiskas Tuna, jenis 'wet food'. Selepas kenyang perut dan selesai membuang najis mutawassitah, mereka akan dibiar berkeliaran di dalam rumah tanpa pengawasan. Berlari2 kesana kesini ntah kejar apa pun aku tak tahu. Bergomol sesama sendiri, habis satu rumah dijelajahi dan selebihnya pukul 4 pagi baru semua masuk tidor. Itu pun kadang2 gigit2 kaki aku yang sedang tidur untuk ajak main. Maksud aku main yang tiada unsur seksual. Untungla kau makan tanggung, berak cangkung.
Ini adalah pengalaman pertama aku menternak kucing. Yang pernah diternak dirumah hanyalah Hamster, Ikan dalam akuarium dan Ayam Laga. Tiap hujung minggu abah ku pergi mencari rezeki lebih dengan melaga ayam (fitnah). Sebenarnya aku baru saja pulih dari penyakit Ailurophobia iaitu takut dan fobia pada kucing. Bukan saja aku geli, malah takut nak pegang. Risau dicakar dan akan bertukar menjadi kucing jadian bila bulan mengambang. Kini aku baru berjinak2 dalam menjinakkan kucing yang dah memang jinak dan sukakan perhatian, kawan2 yang kenal aku dulu terkejut tengok aku tiba2 bertukar menjadi pencinta kucing. Mula2 kerap juga batuk dan selsema kerana alah. Lama2 bulu hidung aku pun dah serasi dengan bulu kucing. Pelbagai aktiviti bukan terlarang yang aku boleh buat dengan kucing tanpa ada rasa fobia, sebab dorang kecik dan suka buat muka innocent, kalau kucing besar dan kurang comel serta berkurap, mungkin fobia aku akan kembali. Cuma aku masih belum pandai nak bogelkan dan mandikan mereka. Jadi, tugas itu diserahkan pada Aben untuk menukar lampin kucing. Maka kedengaran lah suara mengilai dari bilik air akibat diseksa bila kena rendam dalam baldi sekor demi sekor didera dengan dilumur sabun Lifebouy. Rumah yang mempunyai haiwan ternakan wajib dilengkapi dengan semburan Air Wick sebab bila masuk rumah dah macam bau PetWorld kat Giant Kota Damansara, bau ketiak kucing, bau tahi mereka yang Aben malas nak buang, belum termasuk bau semulajadi manusia2 yang ada di dalam rumah.
Akon
Nama Sebenar : Akonah
Jantina : Jantan. Teruna masih belum mimpi basah
Kurus kering tapi kuat makan. Namun aktif bermain lompat pagar demi mencapai mainan.
Kalau dia manusia, mesti beliau aktif bersukan. Suka duduk atas riba time drive keta. Ciri2 alim kucing dah nampak dah tu. Tidak kelihatan di waktu malam yg gelap, kerana warna kulit cerah sikit dari penyanyi Akon, tapi gelap sikit dari Aben. Haha. Kejam tak lawak racist aku ini. Ala, kau tahu aku sayangkan kau kan. hehe.
Gaga
Nama sebenar : Baby Gaga.
Jantina : Betina masih suci.
Perut boyot mencecah lantai. Kemungkinan terkena jangkitan cacing. Malas, nak main pun sambil baring.Mempunyai ciri2 kucing lesbian, setiap malam mahu meniduri aku. Letak jauh2 pun, bangun pagi mesti ada kat bawah, dalam selimut. Tak reti simpan kuku, habis tubuh badan ku ada kesan calar2 kena cakar. Suka menggigit,namun gigitannya itu tidaklah berbisa sekadar gigitan yang teman lelaki anda selalu buat terhadap anda ketika tiada orang di sekeliling. Eh?
Omok
Nama sebenar : Gemuk. Tapi kat gemok mana pom.
Jantina : Betina
Yang paling bongsu dan comel, ada eyeliner kat mata jenama Silkygirl, kuat mengiau. Asal nampak orang makan, beliau pun mula datang mengoda dengan wajah yang comel dan suara yang nyaring. Kau ingat kau dapat makan? Dah kena kurung dalam bilik. Haha. Selalu kena buli dengan Akon dan Gaga dan juga pembuli dari kalangan manusia. Baru belajar berri kat pasir. Selalunya berri dalam bilik air. Dah kena jentik bontot baru kau pandai berri kat pasir. Suka mengintai orang mandi. Was2 kau ni kucing jadian ker..