Thursday 19 July 2012

Misi Mengurangkan Dosa Bermula


Photo: Selamat malam dear...
gud nite dear..
Opis. Mata ngantok sangat2, rasa macam ada batu tergantung dekat bulu mata , tarikan graviti pula memaksa batu itu berat jatuh kebawah. Macam itu lah rasa nya. Aku minum air dadah jenama Nescaffe pun tak mampu nak hilangkan rasa ngantok ni. Aku salahkan Honey. Sampai opis pagi tadi lewat 15 minit. Aku masuk saja bagi muka innocent. Aku salahkan Honey. Khamis malam Jumaat, Punca, tidur lewat. bukan lewat sikit, tapi lewat banyak. Aku salahkan Honey. Esok dah mula puasa. Jadi , mari kita belajar kurangkan dosa dan maksiat sempena bulan mulia. Bukan lama pun, 30 hari je tinggal dosa berat. Dosa ringan masih buat. Eh? 

Malam ni company ada makan besar di Coconut Flower,Klang. Philip tak henti2 menghasut aku ntuk pergi. Tapi aku terpaksa menolak jemputan makan free itu sebab pertama konon2 plan nak balik kampung sambut Ramadhan bersama keluarga. Semenjak jiwa bertukar jadi jiwa perantau, benda2 sentimental macam tu senang menusuk ke jiwa. Sebab kedua , restoran itu jauh dan mengikut kajian di Google, harga makanan disitu agak membebankan.  Kailan Ikan Masin pun satu pinggan RM14. Baik aku pergi Tesco beli kailan, goreng kat umah. Tapi kalau aku join kali ini, semuanya ditanggung halal dan percuma oleh bos. Sebab ketiga , kalau aku pergi, hanya aku saja wanita melayu terakhir yang hadir, nanti berlaku kejadian racist bila mereka mula mencarut menggunakan bahasa ibunda mereka dan perkataan yang aku faham cuma  woo ain ne , wo pu chitau, pu yau dan tomchi. Ternganga lah aku sorang2 menadah telinga. Jenuh pula Jasmine nak translate kan macam kejadian yang berlaku semasa farewell di Ice Room tempoh hari.


Hakikat sebenar nya , aku tak jadi balik kampung. Dan aku nak isi masa yang aku ada pada malam Ramadhan pertama dengan sebaiknya. Terima Kasih Tuhan , kau masih temukan aku dengan bulan mulia ini. Moga keberkatan bulan Mu, dapat membawa aku , Ma Abah , keluarga tercinta , Honey tersayang, kawan2 dan mereka yang aku kenal agar lebih dekat dengan Mu. Salam Ramadhan. * syahdu  

Masjid Beijing - 2011 - canon eos

Selamat Berpose, kalau nak ponteng pose, jgn sampai kantoi.