harta pusaka.. |
October 201
Kisah sebagai seorang perantau bermula,aku tinggal di rumah Angah di Desa Mentari,PJ selama 2 bulan. Tapi oleh kerana long distance dari tempat kerja aku di Kota Damansara dan rumah di PJ, aku terpaksa memilih untuk pindah ke Kota Damansara. Percintaan jarak jauh itu yang membuatkan aku terpaksa mandi di awal pagi hingga mengigil2 seperti mangsa Pakinson dan mencarut ringan hampir berat bila menghadapi jalan jammed setiap pagi yg hanya lenggang di malaum hari. The worst part ialah turun2 saja dari rumah tayar berserta pakej breakdisc motor LC ku hilang dirembat. Melayang RM 340 aku. Super shitty! RM200/monthly
Januari 2012,
Gugusan Matahari Seksyen 4. Disitu juga aku tinggal hanya selama 2 bulan. Perangai ex housemate yang mempunyai tahap IQ dibawah paras laut memaksa aku memblahkan diri dari situ. Walaupun aku seorang 'open minded' tapi tak bermakna kau boleh bawa jantan masing2 keluar masuk rumah. Siap jantan2 itu ada kunci rumah. Wlaupun aku tak de ciri2 untuk jadi juara ustazah pilihan yang patut diundi malah jauh lagi dicontohi, tapi sebagai orang yang sama2 tinggal satu bumbung, secara tak langsung aku turut tanggung dosa. Dosa aku dah la banyak, dah takde tempat nak tanggung dosa orang lain pula. Itu belum kes kau sorok bil api letrik, pastu main mintak je duit. Berkira pasal kerja rumah, mengungkit2. Aku paling hangin bila
berhadapan dengan spesis ungkit mengungkit ni. Perangai yang macam syial ni boleh tingkatkan stress levels kita dengan mendadak. Double super shitty. RM 200/monthly
Mac 2012,
Pindah lagi, kali ini jauh skit dari KD, bilik sewa baru di Pangsapuri Matahari, Nusa Subang. Rumah selesa, fully furnished. Deposit pun tak payah. Cuma agak terbatas, tak boleh bawak orang luar masuk sesuka hati. Housemates nak privacy. Worst part , harta benda berupa Laptop dan DSLR yg dibeli tunai telah dirembat dengan percuma oleh manusia serigala tak cukup duit nak beli dadah. Ntahla, Ikut firasat, kerja orang dalam. Tapi dah takde bukti kukuh, air liur tak laku. Jadinya, hati kena belajar redha. Semakin berkurang la harta dunia yang aku miliki. Hilang arah hidup aku tanpa kamu berdua. Mana aku nak rakam dan simpan aksi2 terlarang aku nanti? Haha. Sewa hanya 3 bulan jer bertahan. Owner nak masuk balik sebab dia konon2 nak kawen. Tapi owner tu minta move dengan cara paling kurang hajar. Tak tau kau jenis manusia cap apa. Janji kuar 30hb, kau suruh juga move 27th. Aku nak lepak mana dengan harta2 pusaka yang berlori2 tuh?! Triple super shitty! Master bedroom. RM300/monthly
Trivia : Desa Mentari (PJ), Gugusan Matahari (KD) & Pangsapuri Matahari ( SBG)
Adakah aku telah disumpah tinggal di kawasan yang berkaitan dengan Sang Mentari selama 3kali berturut2?
Trivia : Desa Mentari (PJ), Gugusan Matahari (KD) & Pangsapuri Matahari ( SBG)
Adakah aku telah disumpah tinggal di kawasan yang berkaitan dengan Sang Mentari selama 3kali berturut2?
makanan ruji ketika pokai |
Julai 2012
Serik sewa bilik, aku decide untuk sewa rumah. Tak kacau orang, orang pun tak kacau aku. Aku butuh privacy.( saje letak pkataan double meaning) Dan aku tak nak ramai tahu rumah baru aku kat mana. Nanti ramai makhluk perosak yang ganggu. Syarat yang kami berdua setuju, kaum berbeza jantina yang bukan muhrim yang halal di kahwini dan akan dijatuhkan hukuman jika ditangkap basah is NOT allowed. Hanya keluarga dan teman2 sahaja. Teman2 pun ada senarai blacklist. Kawan Aben yang aku tak suka, atau kawan aku yang Aben tak suka is not allowed too.Haha. Giler strict punya rules. Rumah ni 3 bilik, 1 buat bilik tidur, 1 bilik baju n bilik solat n 1 bilik lagi bakal dijadikan mini library khas untuk kami berdua yang hantu buku ini. Ada 2 bilik air. Takde nak berebut2 bila sama2 kena cirit birit. Pasni kalau Aben berak tinggalkan hasil yang terdampar tanpa di flush pun aku tahu la siapa punya angkara. Haha. Ada balconi kecik, boleh hirup angin sambil pegang tangan macam aksi Leonardo Dicaperiuk & Kate Winslet dalam Titanic. Agak2 tgh broken heart, nak terjun bunuh diri pom boleh. Luar nampak setingan, dalam kasi makeup kondo la wui! Tema rumah Apple green.Wall pun dah warna hijau. Ohsem! Rumah masih belum penuh dengan harta. Hanya ada shoes rack,almari baju,rangka katil tanpa tilam,dining table,tv pinjam tanpa bayar sewa dari Tam,dapur pemberian dari owner, n tong gas kosong hasil seludup dari Melaka. Perabot yang baru beli pom cuma barang2 alatan dapor, almari tibi, dvd player. Aku pokai bayar deposit rumah, Aben pokai beli perabot rumah. Haha. Amik kaw. Ma ku ini bila la nak hulurkan bantuan pada anak2 mu disini!
Bersabarlah~ Belajar susah, baru rasa nikmat hidup.
Bersabarlah~ Belajar susah, baru rasa nikmat hidup.
Paling teruja, aku bebas bawa masuk pelbagai jenis haiwan yang halal dibela. Meow2..harap Meow nnti tak kacau ikan2 belaan ku. Namun hingga kini misi menculik kucing comel masih belum berjaya. Yela, sebelum bela anak, belajar bela benda lain dulu. Tapi bela hantu tak termasuk la dalam senarai.
Aku harap rumah kali ini bertahan lama..
"Ya Allah, sesungguhnya aku memohon akan Dikau kebaikan rumah ini, dan kebaikan yang ada di dalamnya. Aku berlindung denganMu daripada kejahatan rumah ini, juga kejahatan yang ada di dalamnya. Segala puji itu bagi Allah Tuhan sekian alam, Ameen"
Betta : My lil "HoneyBee' Guppy one masih belum bernama. Gift from Honey :) |
Aku harap rumah kali ini bertahan lama..
"Ya Allah, sesungguhnya aku memohon akan Dikau kebaikan rumah ini, dan kebaikan yang ada di dalamnya. Aku berlindung denganMu daripada kejahatan rumah ini, juga kejahatan yang ada di dalamnya. Segala puji itu bagi Allah Tuhan sekian alam, Ameen"