Selepas sebulan, aku kian berubah..berubah ke arah yang aku sendiri benci ! Aku benci diri aku yang tak jujur , yang rela dalam terpaksa , yang berpura - pura ! Deym ! Disebabkan hal itu , aku hilang semangat untuk fikirkan tentang masa depan ! Aku semakin pemalas tahap kafir Quraisy !
Selagi belum 9 pagi , aku takkan bangun. Macam malas je nak hadapi kehidupan dari hari ke hari. Nak menghadapi realiti yang menyesakkan ! Masuk kerja kul 11 , kene bla..bla..dengan Madam , masuk lubang hidung kanan , kua lobang idong kiri je.
Baking clas? Lama dah aku tak pergi..Ahad ni ada kelas , kalau rajin , aku pegi la..Tapi nafsu makan semakin berganda2 dari biasa. Memang azam tahun ni aku target untuk dapatkan badan ala2 Daphene Iking.
Semua makanan halal aku bantai , tapi hasilnya? Lepas makan , aku pergi berry , dah la lama bertapa diruang yang kecil dan sunyi tu. Buang masa lagi..Perut aku je yang besar , bila duduk , dah macam lipatan daging Double Cheese Burger. Cis ! Terpaksa tahan nafas ketika berjalan di hadapan jejaka2 kacak.
Aku kian malas meng update akaun syarikat , pastu kene ceramah free dari Abah aku , kene kira akaun nie..zakat kena bayar , bla..bla.. Hookay ! Dalam 2 hari aku gagah siapkan untung rugi , aset nilai semua bagai sambil ditemani Lazy Song by Abg Bruno dan geng monyet beliau. Muahaha...!
Semakin malas dalam bhubung dengan sesiapa2. Kecuali musuh ketat ku , Bella. Dia tak kan bisa hidup tanpa ku. ( haha.) SMS masuk , sejam lepas tu baru aku balas. Itu pun sekadar 'Ok' Kadang2 tak balas pun.
Nak charge betri henpon pon malas, sedang asyik bergosip dan bermesraan bersama kekasih gelap , putus la plak ! Spoil..Henpon ni macam tau2 je aku sedang curang tanpa niat. Nasib baik guna bil , kalau tak , memang sumpah aku malas pergi topup !
Apesal dengan aku nie? Mana pergi Eni yang dulu? Ntah..aku pun tak tau. Adakah aku tidak bahagia dengan kehidupan aku kini? Aku tiada jawapan untuk itu. Yang pasti aku semakin tenggelam dalam keadaan yang kian melemaskan ! I'M A LOSER ? Mangsa keadaan atau membiarkan diri menjadi mangsa? hurm...
p/s : nak tido , esok kene bangun kul 8 ! ( malas !! )
Sebelum tido kene sapu Krim Mujarab Pati Halia bersama tungku eletronik
( pinjam mak punye ) semoga perut ku kembali ramping seperti perut janda hot , Nora Danish ! :)